VW Beetle: Model Baru Yang Klasik

DB2011AU00498

Baru-baru ini Volkswagen (VW) memperkenalkan kepada umum model terbaharu tetapi klasik dalam sejarah penubuhannya, Beetle. Kereta ‘kumbang’ ini begitu mayshur hinggakan apabila ditanya mereka yang tidak arif hal-ehwal kereta pun berkemungkinan tinggi akan mengenalinya. Salah satu faktor popularitinya ialah rekabentuk yang pelik dan hampir-hampir tidak berubah sejak dari mula diproduksi pada tahun 1938.

Generasi terbaru itu walaupun rekabentuknya masih dipengaruhi model klasik namun lari daripada Beetle moden yang diperkenalkan pada tahun 1998. Model terkini mengambil gayaan konsep Beetle Ragster yang dipertontonkan kepada umum pada tahun 2005. Ragster lebih panjang, lebar dan rendah begitu juga dengan Beetle generasi ketiga yang kini tampak lebih maskulin dan dinamik.

DB2011AU00469

Beetle baru berukuran 4,278 mm; 152 mm lebih panjang, 1808 mm; 84 mm lebih lebar dan 1,486 mm; 12 mm lebih rendah daripada model lama. Begitu juga dengan lebar antara keempat-empat bahagian tayar serta jarak titik roda, Beetle baru lebih besar. Selain dari itu, kadar [proportion] rekabentuk menjadikan bumbungnya dipanjangkan ke belakang begitu juga dengan cermin depan yang dianjak ke belakang manakala seksyen belakang lebih mirip kepada Beetle generasi pertama. Bonet belakang juga mengalami perubahan, saiznya kini 310 liter berbanding 209 liter pada Beetle generasi kedua. Kerusi belakang yang boleh memuatkan dua penumpang boleh dilipat kalau-kalau ruang bonet tidak mencukupi. Pada bahagian kabin, pereka VW telah menghasilkan ciri-ciri yang mesra pengguna seperti butang yang jelas dilihat dan ergonomik, manakala kotak barang [glove box] adalah seperti rekaan asal Beetle.

Bagi membezakan daripada satu pemilik ke pemilik lain, tiga varian ditawarkan iaitu Beetle, Design dan Sport di mana setiap satunya akan mempunyai ciri-ciri dan karakter khas. Pembeli juga ditawarkan pelbagai peralatan opsyen seperti akses tanpa kunci melalui sistem navigasi satelit, cermin suria panorama, lampu utama bi-xenon dan lampu siang hari LED yang mana kesemuanya adalah pertama kali ditawarkan untuk Beetle.

DB2011AU00497

Untuk pasaran Asia terpilih, Australia, Eropah dan New Zealand, Beetle dibekalkan dengan enjin berkuasa turbo yang sememangnya terkenal dalam model-model kenderaan VW moden. Enjin turbo-petrol [TSI] dan common rali turbodiesel direct injection [TDI] lebih jimat bahan api dengan emisi kotor yang lebih rendah berbanding model Beetle generasi kedua. Tiga varian enjin petrol pada Beetle baharu masing-masing berkuasa 105 ps, 160 ps dan 200 ps. Dua varian enjin diesel pula menghasilkan 105 ps dan 140 ps. Kelima-lima enjin digabungkan dengan transmisi klac berkembar.

Selain dari ekonomikal mesra alam sekitar, Beetle juga dibina untuk menjadi kempompong yang selamat untuk penumpangnya, Electronic Stability Programme [ESP] dan enam beg udara dipasangkan sebagai ciri standard manakala struktur badannya adalah daripada besi galvani dan dikimpal dengan laser, ketegaran kilas badan [torsion] adalah yang tertinggi dalam kelasnya iaitu 26 ribu Nm/?.

DB2011AU00495

Beetle akan mula dihantar kepada pelanggan bermula awal 2012, walaupun dilancarkan 73 tahun lalu dan begitu masyhur model ini hanya mempunyai tiga generasi. Volkswagen yang disebut Folks,va:gen bermaksud kereta rakyat dan mereka berjaya menjual Beetle sebanyak 21.5 juta unit, bandingkan dengan jumlah bancian populasi rakyat Malaysia pada tahun 2010 iaitu 27.5 juta, ramai sungguh pemilik Beetle.

Kereta rakyat sememangnya lembu perahan untuk pembuat kereta namun Beetle kini bukan lagi termasuk dalam kategori itu, mungkin ada kereta rakyat daripada VW, itu pun selepas kilang mereka di Pekan, Pahang beroperasi sepenuhnya kelak.

-Mak/d Uia-

Muhammad

7 Comments

  1. superbb!!! generasi baru beetle mmg best. kalo ada duit lebih mau beli 2 nie. hahahaha….

  2. roof line die agak rendah!! cantekkk… (tpi xmampu gua nk milik, trima kasih kepada cukai 300%)

  3. hai..korg semua pkai minyak pelincir ape utk kereta?feel free to join my blog..try guna maxoil..minyak pelincir kereta yg sgt2 berkualiti pd harga diskaun..

Kata Anda//