Volkswagen Golf GTI 2013: Kereta Berprestasi Untuk Semua!

VW Golf adalah sebuah kereta yang hebat. Model itu adalah sebuah kereta yang diidami ramai. Mencapai taraf kereta idaman adalah suatu yang hebat di mana rata-rata orang membeli kereta kerana keperluan. Definisi idaman ialah apabila anda melihat sesebuah model kereta di atas jalan dan di dalam hati kecil anda berkata-kata, saya hendakkan kereta ini. Jenama VW sebenarnya masih baru di negara kita, tetapi entah bagaimana senang-senang sahaja mereka menarik banyak perhatian. Hendak kata harganya murah jauh sekali jika dibandingkan dengan produk Jepun atau Korea. VW Golf 1.4TSI misalnya dijual sekitar RM160 ribu, Polo 1.2 TSI pula dijual sekitar RM108 ribu. Jika dibandingkan dari segi saiz ternyata lebih kurang sahaja dengan model pesaing dari Jepun atau Korea.Lebih menarik, kecuali Scirocco, rekabentuk VW biasa-biasa sahaja. Boleh jadi persepsi bahawa buatan berkualiti tinggi adalah antara faktor penarik jualan.

Antara model VW yang popular di dalam negara ialah Polo dan Golf. Kedua-dua model itu mempunyai peminat yang tersendiri. Menariknya, Polo dan Golf mempunyai varian sport dengan pangkal nama GTI. Polo dan Golf GTI adalah untuk mereka yang mahukan kuasa dan eksklusiviti daripada model normal. Bijaknya VW dalam perancangan produk ialah dengan menawarkan pelbagai varian untuk pasaran. Jika anda mahukan Golf atau Polo untuk kegunaan asas anda boleh beli model standard. Dan jika berada di luar negara, anda boleh membeli varian BlueMotion yang menjimatkan minyak. Untuk mereka yang mahukan prestasi, anda boleh membayar model GTI.Lebih menarik apabila pemilik varian GTI terdiri daripada pelbagai usia dan kedua-dua gender. Ada yang muda, yang berusia dan kaum hawa. Masalah dengan rata-rata varian sporty ialah ianya hanya mampu menarik mata golongan muda tetapi tidak untuk versi GTI. Ini apa yang dipanggil sebagai suatu yang genius apabila berjaya mengarus perdanakan varian sporty.

VW Golf generasi ketujuh baru sahaja dilancarkan di dalam negara. Bonus untuk VW ialah Golf memenangi Car of the Year Award pada awal bulan Mac lepas. Lebih menyeronokkan Golf mencatat skor 414 poin jauh meninggalkan pesaing lain seperti Toyota GT86/Subaru BR-Z dan Volvo V40 dengan masing-masing memperolehi 202 dan 189 poin. Dengan pelancaran Golf 1.4 TSI di pasaran tempatan, VW Eropah sudah bersiap-siap untuk melancarkan Golf GTI. Buat pertama kali, model itu didatangkan dengan dua output kuasa iaitu standard 220 PS GTI dan GTI Performance dengan 230 PS yang turut dilengkapkan dengan cakera brek lebih besar dan limited-slip differential (VAQ).

GTI baharu dikuasakan oleh enjin turbo direct injection (TSI) dengan kedua-dua versi mempunyai tork maksimum 350 Nm. Versi GTI Performance mengambil masa 6.4 saat untuk mencecah 99.78km/j dengan kelajuan maksimum 249.45km/j. Kedua-dua versi dipasangkan sistem Start/Stop dan memenuhi standard emisi EU-6 yang akan mula berkuatkuasa pada tahun 2014. Memberi pilihan kepada pemandu, mereka ditawarkan transmisi enam kelajuan manual dan DSG juga dengan enam kelajuan.

Karakter sporty Golf GTI ditonjolkan lagi dengan angkup brek berwarna merah, tip ekzos krom berkembar dan suspensi sport. Pada luarannya dipasangkan rim aloi Brooklyn dengan tayar bersaiz 225/45. Aksesori lain ialah peresap angin pada bampar belakang, lampu belakang LED yang digelapkan dan lampu utama bi-xenon dengan lampu LED siang hari. Perincian dalaman pula terdiri daripada kerusi sport dengan corak klasik tartan yang merupakan identiti GTI.

Berdasarkan varian GTI sedia ada yang dijual, saya yakin model baharu ini turut akan dijual di dalam negara. Seingat saya, tidak ada lagi model sporty yang berjaya dijual dengan banyak berbanding produk VW ini. Dengan angka-angka jualan tersebut juga membuat pengeluar lain ingin tumpang sekaki. Ford sudah menawarkan Focus ST dan tidak lama lagi Mercedes akan membawa masuk A Class baharu. Jika A Class ditawarkan dengan harga kompetitif, permainan selamat VW akan berubah. Orang bisnes kata head to head competition. Selain daripada A-Class, Volvo pula akan membawa masuk V40. Tidak sabar rasanya hendak tunggu VW menawarkan Golf GTI. Bukan apa, saja mahu lihat bagaimana pemain industri bersaing terutama sekali pengeluar Eropah. Input baharu selepas bertahun melihat persaingan pengeluar Jepun.

Newspress

@muhd_gt

Muhammad

6 Comments

  1. “Memberi pilihan kepada pemandu, mereka ditawarkan transmisi enam kelajuan manual dan DSG juga dengan enam kelajuan.”

    apa dah jadi dengan DSG7? this is global issue. VM should come with solution to those experiencing the mechathronic control unit failure which cause the car to stall and this affecting most of VW range .. to be at the safe side previous DSG6 back in action? huhu

    https://www.facebook.com/pages/Vw-Dsg-7-Defects-Community/306447496142735?fref=ts

    natijahnya, even big gun like Volkswagen pun fail to deliver satisfaction as good as their name was.. even ramai complaint service center VM tak professionally trained with the issue.

    kadang2 bersyukur sungguh pakai myvi ..mmg patut laa kena hamun perodua tu sekali sekala tapi worth the penny LOL

  2. wah ini keje mudah …
    dah ade artikel ni dlam surat khabar rasanyer..hahaha..
    ke ambo hak silap ni ??
    BTW ..rancak kan blik page ni ..mkin lama mkin suram….apehal???

  3. Sepat M6:

    Dude gua dh cek kat UK punya web diaorang kata 6 speed DSG.

    Keje mudah:

    Secara tak kebetulan nama penulis tu sama dgn gua & artikel dalam GT keluar dulu.

  4. hahaha…kebetulan …macam ni pon boleh??
    walaubagaimanapun artikel tu memang terbaik…
    mengubah cara membaca surat khabar..x la strait sngat…
    terimakasih..

Kata Anda//