Video: Desain Nissan Juke

httpv://www.youtube.com/watch?v=cpeCCiX-pfQ&feature=player_embedded#!

Entri pasal Nissan Juke memang tak sepi dari kutukan, tak dinafikan desainnya memang kontroversi, tak pernah dibuat dek Nissan kereta macam ini. Walaupun ramai yang tak boleh terima desain baru ini tetapi di Jepun jualannya memberangsangkan. Agaknya orang sekarang ini suka desain yang pelik-pelik mungkin sebab nak nampak berbeza dengan orang kebanyakan atau mungkin juga dah tak tau nak beli kereta apa.

Untuk lebih memahami desain Juke, Encik Alfonso Albaisa, Timbalan Presiden Nissan Design Europe menerangkan pasal kereta ini dalam video di atas. Ada pengaruh dari kereta rali, bumerang dan badan ahli sukan. Benda yang kita kutuk-kutuk ni kan bila lama-lama boleh jadi suka pula.

-Mak Uia-

Muhammad

2 Comments

Kata Anda//