Toyota Vios Baharu Mendapat Sambutan Hangat – Terima Lebih 20 Ribu Unit Tempahan!

Toyota Vios TRD 2013

Toyota Vios baharu yang dilancarkan pada Oktober 2013 lalu telah mendapat respons hangat daripada pasaran tempatan dengan rekod tempahan terkini sudah pun melebihi 20 ribu unit. Menurut UMW Toyota Motor, respons yang diterima positif di mana pelanggan memilih Vios berdasarkan beberapa faktor seperti reka bentuk yang sporty serta nilai pemilikan yang ditawarkan. Ramai pelanggan mengatakan prestasi yang bagus, reka bentuk, keselesaan dan penggunaan minyak yang ekonomikal berbanding pesaing lain adalah faktor utama di dalam pembuatan keputusan mereka untuk membeli Vios baharu.

“Kami menjangkakan respon yang positif ini akan berterusan sepanjang tahun memandangkan Vios sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia,” kata Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.” Sejak pengenalannya lebih dari 10 tahun lepas, Vios telah menjadi kereta bukan nasional paling laris di dalam segmen C B. Sehingga Disember 2013, jualan model itu sudah menghampiri 280 ribu unit,” tambah beliau.

Muhammad

3 Comments

Kata Anda//