Toyota Aygo Black

Toyota Aygo Black

Toyota Aygo tidak dipasarkan di dalam negara, untuk mereka yang mahukan kereta kompak dari Toyota, Yaris adalah jawapannya. Yaris pada saya lebih lawa berbanding Vios dan kereta yang ada potensi untuk laku macam produk Toyota lain. Tapi itu yang saya fikir, UMW Toyota ada fikiran dan kajian pasaran mereka tersendiri dan saya fikir sebab itu mereka jual Yaris dengan harga premium. Dan Honda pun turut ikut sama, Jazz dijual dengan harga premium walaupun kita tahu Vios dan City lebih besar berbanding kedua model kompak tersebut.

Toyota Aygo Black

Di negara Eropah mereka dapat memiliki Aygo dan berlawanan dengan pasaran negara kita, mereka tidak ditawarkan Vios. Dan untuk menyegar-kembali Aygo, Toyota UK mengeluarkan varian baru iaitu Aygo Black. Perbezaan dengan model standard ialah dalaman yang diperbaharui dengan Alcantara dan balutan kulit, stereng kulit, tombol gear kulit. Pada bahagian luaran ialah rim 14 inci dan warna Tempest Black Metallic.

Toyota Aygo Black

Enjin pada Aygo Black masih sama seperti Aygo biasa iaitu enjin 1.0 liter VVT-i Toyota Optimal Drive yang memenangi anugerah International Engine of the Year bagi kategori enjin bawah 1 liter selama 3 tahun berturut-turut. Toyota Aygo Black mempunyai dua versi iaitu 3 pintu dan 5 pintu dengan harga permulaan GBP 9,460.

Toyota Aygo Black

Toyota Aygo Black

Walaupun banyak kedengaran kata-kata negatif tentang Toyota tetapi ianya adalah jenama Asia paling berjaya di negara barat dan boleh dianggap sebagai jaguh produk Asia. Pasaran hendakkan kereta yang membosankan dan itulah yang Toyota jual. Dan jujurnya saya tak berapa gemar dengan produk Toyota moden kecuali Yaris, Aygo ataupun iQ.

Sumber: Newspress/Toyota UK

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • on March 21, 2010 at 11:52 am
    • Reply

    ala2 fiat pn de?nk tarik pelangan europah la ni..
    klu msk mlysia cmform xlaku ni..

    • pendita_gila on March 21, 2010 at 12:52 pm
    • Reply

    gua tengok semua lu letak gambar je…kije senang je ni

    • montana on March 21, 2010 at 8:44 pm
    • Reply

    pendita_gila:ni kira ok la
    dari de org tu ltk gmba besa2 pastu wt teka tkuk
    hape2tah hahah

    • on March 21, 2010 at 10:05 pm
    • Reply

    Saya rasa pendita gila nak komen pada matpon tapi tersalah entri

    • on March 22, 2010 at 9:05 am
    • Reply

    Kete ni tak masuk M’sia ek?

    • sagaKNIGHT on March 22, 2010 at 10:20 am
    • Reply

    secara jujurnya lawa lg savvy 🙂

  1. kalau bukan made in rawang ..sorry laa aku nak support!!@ ptui

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.