Category: Syukran

Feb 27

Pandu Uji: VW Golf 1.4 Tsi, Hot Hatch Padat Kuasa!

Dahulu, orang sibuk bercerita Proton akan bekerjasama dengan Volkswagen AG. Macam-macam khabar angin timbul. Kereta Proton akan dilengkapi dengan enjin VW, kereta VW akan jadi jauh lebih murah dan macam-macam lagi. Harapan itu bagaimanapun tidak kesampaian. Proton dan VW membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan bekerjasama antara satu sama lain. Bukan sekali, tetapi kedua-dua entiti …

Continue reading »

Feb 14

Pandu Uji: Honda CR-Z, Hot-hatch Hibrid Yang Mengujakan

Tanpa disangka, model hibrid terbaharu yang ditawarkan oleh Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia), CR-Z mendapat sambutan hangat. Sasaran jualan 100 unit pantas direalisasikan menerusi lebih 300 unit tempahan setakat ini. Sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan pada awal November lalu, hot hatch hibrid pertama di dunia yang dipasang dengan kotak gear manual enam kelajuan itu …

Continue reading »

Jan 09

Pandu Uji: Proton Saga FLX SE

Menjadi model penting buat pengeluar kereta nasional, Proton Hondings Berhad (Proton), kereta sub-kompak itu tidak pernah jemu menerima penambahbaikan. Bermula dengan model BLM pada tahun 2008, Saga mengalami revolusi menerusi model-model seperti BLM SE (2009), Saga FL (Disember 2010) dan FLX (Ogos 2011) sebelum pada minggu lalu Proton memperkenalkan pula varian yang dikenali sebagai Saga …

Continue reading »

Nov 23

Kia Sportage 2011

Kalau diingat semula kira-kira sepuluh atau lima tahun lalu, kereta berjenama Korea jarang sekali berada di senarai teratas jika seseorang hendak membeli kereta baru. Bagi segelintir yang membelinya, tidak kiralah sama ada Hyundai atau Kia ada beberapa sebab kenapa keputusan itu diambil. Antara sebab popular adalah mahu lari daripada kebiasaan. Sudah tidak mahu pandu Proton …

Continue reading »

Oct 31

Pandu Uji: Perodua Myvi Lagi Best, Lagi Power 1.5 SE Manual

Kalau dilihat pada trend pasaran tempatan, tidak mustahil satu hari nanti kereta bertransmisi manual akan pupus di Malaysia. Pemandu di negara ini nampaknya sudah tidak rajin lagi menekan klac dengan kerap, lebih-lebih lagi ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Lenguh kaki, kata mereka. Justeru, memandu kereta manual seakan-akan sudah tidak relevan lagi. Sehinggakan ada cadangan …

Continue reading »

Oct 12

Pandu Uji: Perodua Myvi Lagi Best!

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) adalah pengeluar kereta yang sempoi. Tidak perlu banyak model dalam bilik pameran. Tiga model cukup. Perodua Viva, Myvi dan Alza. Semua model itu boleh dijual dalam volum yang tinggi setiap bulan tanpa perlu terlalu banyak iklan atau promosi. Tanpa dipaksa, orang ramai akan datang ke bilik pameran, pandu uji …

Continue reading »

Sep 07

Pandu Uji: Kia Forte 2.0SX 2011

Kia memulakan persaingan dengan model dalam sedan segmen C pasaran tempatan menerusi model Sephia. Ia kemudian diganti dengan model Spectra. Harga yang ditawarkannya ketika itu jauh lebih murah berbanding Honda Civic atau Toyota Corolla yang sudah sekian lama menguasai pasaran tersebut. Bertahun-tahun berlalu, Sephia atau Spectra tidak memberi impak besar. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan …

Continue reading »