Tengku Djan – The Unbeatable S.E.A Drifter!

dsc_0023

Siri Formula Drift Asia memang saya ikuti sejak dari Singapura hinggalah ke Thailand baru-baru ini. Apabila siri FD Malaysia bakal dianjurkan memang saya teruja hendak menonton bahkan siang-siang lagi saya sudah maklumkan kepada Baii, ada siri drift besar akan berlangsung di sini. Namun apabila mengetahui harga tiket grand stand yang berbumbung dan tidak berbumbung yang memang tinggi terus saya batalkan niat saya dan sebab itulah baru kini saya menulis mengenai pertandingan ini. Itupun sebab Djan yang menjadi juara kalau ikutkan hati malas rasanya, bukan sebab apa tapi memang saya rasa harga tiket tu tinggi.

Saya sedar jenama seperti Goodyear adalah potensi besar untuk iklan di GT dan jika anda baca di blog lain pun memang jenama tersebut diangkat, maklumlah lubuk emas. Tetapi saya dan skru lain asaskan GT sebab hendak menongkah arus, kitaorang hendak menulis dengan jujur, biar pembaca atau sekutu semua mendapat input berbeza. Tidaklah mendapat maklumat dengan monotonous sahaja. Tamat luahan saya.

dsc_0362

Tengku Djan Ley, putera kepada mantan CEO Proton, Tengku Mahaleel telah membuktikan yang beliau di peringkat Asia Tenggara adalah pemandu drift yang tidak dapat dikalahkan. Pengalaman beliau berlumba sangat kaya, dari rali hinggalah ke litar semuanya pernah dicuba bahkan biasa menjadi juara. Beliau juga memegang jawatan tinggi dalam pasukan A1 Team Malaysia dan resumenya tak payah ceritalah, pernah berkerja di Porsche dan Lotus dan apa yang menarik tentang karakternya beliau seorang yang merendah diri dan senang didekati, itu pengalaman saya dengan beliau, dengan orang lain saya tidak pasti.

dsc_0180

Hari pertama Goodyear FD Malaysia adalah untuk menapis 54 pelumba dari sekitar Asia dan tempatan kepada 32 drifters terbaik untuk penentuan pada hari Ahad. Setiap drifters diberi dua percubaan dan salah satu yang terbaik akan diambil kira. Dari Ampang saya perhatikan langit begitu mendung dan pastinya perlumbaan di Serdang sana akan basah dengan air hujan dan akan memerangkap drifter yang tidak biasa dengan tar becak. Telahan saya memang tepat, drifter kegemaran ramai, Mad Mike dari New Zealand dengan jentera FD 4 rotornya berpusing pada percubaan pertama dan percubaan keduanya dengan gaya selamat berjaya juga akhirnya tetapi di kedudukan KESEMBILAN BELAS!. Tempat kedua pula diduduki oleh Hanizam ‘Loyai’ Hamzah dan pastinya di tempat pertama adalah Tengku Djan dengan 88.7 mata. Ryuji Miki dari Jepun pula di tempat ketiga.

fd-05

Hari terakhir menyaksikan kedudukan hari sebelumnya kucar-kacir. Ryuji Miki dengan jentera Supranya entah ke mana, prestasinya memang tak boleh blah, senang-senang saja dikalahkan oleh Mad Mike. Sak Nana Kiki, raja drift dari Thailand pula cemerlang, mengalahkan terus Loyai dan maju untuk ke separuh akhir. Dalam pertarungan merebut ke final penonton disajikan dengan drama antara Mike dan Kiki. Pertarungan yang sengit membuatkan hakim menambah satu lagi pusingan [omt] dan malang menimpa Mad Mike dengan asap yang berkepul dari tayar Kiki menyebabkan penglihatannya terhad seterusnya melanggar Kiki dan penaltilah akibatnya. Sementara itu Djan pula bertarung dengan drifter tempatan iaitu Mervyn Nakamura dengan A31nya dan pasti anda boleh agak siapa yang mara ke final. Perebutan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan pertarungan antara Mad Mike dan Mervyn dengan kemenangan berpihak kepada Mad Mike.

fd-23

Laluan kejuaraan untuk Djan memang sukar, seperti yang berlaku semasa peringkat akhir FD Thai, beliau kalah kepada Mad Mike dan sekali lagi perlu melalui saat mendebarkan apabila bertarung dengan Kiki pula. Selepas dua pertarungan sengit hakim mengarahkan sekali lagi pusingan [omt], Kiki memang hebat dan semasa run terakhir Djan seperti raging bull, membalas dengan tenaga dan pengalaman yang ada dan menyingkirkan terus Kiki. Tengku Djan adalah juara Formula Asia, beliau menduduki podium dalam kesemua tiga pusingan dan dua kali menjadi juara!.

Kata akhir dari Djan selepas menjuarai Goodyear FD Malaysia, “Ada khabar angin yang cakap saya takkan bertanding tahun depan tapi saya nak pastikan di sini yang saya akan berada di grid tahun depan dan akan mencabar drifter-drifer lain!”.

httpv://www.youtube.com/watch?v=DCGvgre-f98

Tahniah kepada Tengku Djan!

Keputusan:

1. Tengku Djan,Team Bridgestone, Malaysia.

2. Sak Nana Kiki, Team PTT, Thailand.

3. ‘Mad’ Mike Whiddet, Team Goodyear, New Zealand.

Sumber: TrafficMagOnline.com

-Mak Uia-

ps: Rifat Sungkar, pemandu rali dari Indonesia menyewa Proton Waja R3 RWD dengan tajaan Goodyear.

_____________________________________

Matpon: Gua post entri ni lambat sebab Mak Uia nak letak berita pasal Petronas F1 semalam. Harap Maklum. Babai. Mana gua nak cari kawan pekena sirap bandung malam-malam macam ni?

Silakan kongsi:

Leave a Reply to CaparZo Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.