Posts Tagged ‘Lotus’

Proton Lekir: Lotus Europa

Pernah dengar Proton Sepang? Kereta sport yang pernah dirancang untuk dikeluarkan oleh Proton. Walau bagaimanapun projek ini tidak menjadi dan baru-baru ini Proton Lekir yang diambil daripada Lotus Europa ditayangkan di KLIMS. Dari situ kita boleh andaikan yang projek Proton Sepang dahulu adalah Lotus Europa. Bila ditanya oleh pemberita model manakah yang menjadi kegemaran Dato’ [...]

Lotus City Car Concept, Oktober 2013: Dany Bahar

Lotus City Car adalah varian tiga pintu daripada kereta bandar global Proton iaitu EMAS yang direka oleh ItalDesign. Pada Khamis, Dany Bahar, Ketua Pegawai Eksekutif grup Lotus telah mengesahkan City Car akan dilancar pada Oktober 2013 dan dibangunkan secara bersama dengan Proton dan paling menarik dengan sebuah lagi pembuat global. EMAS akan mempunyai tiga spesifikasi [...]

Sah Grup Lotus Ke F1, Lotus-Renault GP!

Grup Lotus semalam mengumumkan mereka akan kembali ke Formula Satu dengan nama Lotus Renault GP bermula musim hadapan, hubungan ini bukan suatu yang baru kerana mereka pernah bersama pada zaman 80an dahulu. Grup Lotus akan membeli pegangan dalam pasukan Renault dan urusan ini bukan sahaja melibatkan formula satu bahkan kerjasama dalam hal-hal teknologi.

Minggu Lotus: Elise 2015

Lotus Elise adalah model yang sangat ikonik, bila bercakap tentang Lotus pastinya model ini yang akan muncul dalam fikiran. Elise tidak mesra pemandu dan penumpang, pergerakan keluar masuk sukar dan kalau yang tidak biasa pasti menyumpah. Dan ciri-ciri tersebut akan digantikan pada versi baru yang lebih mesra penumpang di samping mengekalkan sifat utama Elise sebagai [...]

Minggu Lotus: Eterne 2015

Pernah dengar Lotus Carlton? Kereta ini dilancarkan pada tahun 1989 dengan enjin turbo berkembar berkuasa 377bhp, sangat kuat dan menariknya ialah Carlton adalah kereta sedan empat pintu. Ini menunjukkan Lotus pernah mengeluarkan kereta penumpang dan tidak mustahil untuk mereka mengeluarkannya lagi.

Minggu Lotus: Elite 2014 [2]

Elite adalah antara berita dari Lotus yang disebarkan kepada umum sebelum Pameran Kereta Paris 2010. Entri mengenainya ada diterbitkan dan kali ini saya tambah beberapa gambar yang baru dimuat turun dari laman web Lotus. Untuk menyegar kembali ingatan, Elite adalah model 2+2 tempat duduk dari kategori kereta GT. Nadinya adalah enjin 5,000 cc V8 dengan kelajuan [...]

Minggu Lotus: Elan 2013

Kereta kedua untuk minggu Lotus ialah Elan, model yang dijangka mengalihkan pemandu dari kereta prestasi lain kepada kereta ini. Elan adalah antara model ikonik Lotus, mula dikeluarkan pada tahun 1962 dengan model bumbung terbuka dan keseluruhannya mempunyai empat generasi kitaran produk. Untuk pengetahuan sekutu pada tahun 1995 Kia membeli lesen model terakhir Elan untuk mengeluarkan [...]

Minggu Lotus: Esprit 2013

Sebelum Dany Bahar bekerja dengan Grup Lotus, pengurusan lama merancang untuk mengeluarkan dua model ikonik iaitu Evora dan kemudian disusuli Esprit. Evora dikeluarkan dahulu dan memberi isyarat Lotus akan kembali kepada zaman kegemilangannya. Apabila Dany Bahar masuk bekerja perancangan tersebut diperbesarkan dan ini adalah strategi untuk kembali meraih keuntungan selepas berbelas tahun kerugian. Strategi yang [...]

Lotus Elite: Modal Masa Depan Lotus

Datang 2014 Lotus dijangka melancarkan pencabar kereta berkuasa tinggi lain dengan model terbaru ini, Lotus Elite. Dari pandangan pertama kita dapat cam yang ini adalah signatur desain Lotus, ringkas, bersahaja dan kini seperti Evora ada pengaruh Ferrari. Dengan trend semasa dan masa depan, kereta ini antaranya akan dikuasakan oleh sistem hybrid dan paling menarik ada KERS, storan kuasa dan [...]

Lotus Bagi Hadiah Pada Bos Toyota

Lotus meraikan kerjasama yang berjaya dengan Toyota pada majlis sambutan di Kedutaan British di Tokyo pada Jumaat lepas. CEO Lotus, Dany Bahar menghadiahkan Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda sebuah Lotus Elise terakhir yang dikuasakan enjin Toyota 2ZZ-GE VVTL-i. Majlis ini menandakan berakhirnya satu era dan permulaan satu hubungan yang lebih kuat antara dua syarikat.