SUPER TAIKYU MOTEGI 2010: PETRONAS Podium 1 – 2!

Petronas Syntium Team STE Motegi006

Momentum kemenangan PETRONAS Syntium Team [PST] semasa perlumbaan 24Hours of Dubai pada Januari diteruskan dengan kejayaan di pusingan pembukaan Super Taikyu Endurance Series [STE] musim 2010 pada 29 Mac lepas. Pusingan tersebut yang berlangsung di litar Twin Ring Motegi menyaksikan kemenangan 1 – 2 untuk PST.

Petronas Syntium Team STE Motegi005

Melintasi bendera penamat pada tempat pertama ialah kereta nombor 1 BMW Z4M coupe yang dipandu oleh trio Nobuteru Taniguchi, Masataka Yanagida dan pelumba lokal yang julung kali membuat penampilan iaitu Imran Zaharias Shaharom. Mengambil tempat kedua pula ialah kereta nombor 28 yang dipandu oleh 2 pemandu lokal iaitu Fariqe Hairuman dan seorang lagi pemandu baru iaitu Melvin Moh Chun-Ho dan pemandu tunggal Jepun, Tatsuya Kataoka.

Petronas Syntium Team STE Motegi010

Kemenangan yang diperolehi PST adalah tidak mudah, pertukaran pemandu senior kepada junior dan tentangan hebat dari tim ART Taste GT3 Porsche yang lebih laju tidak menghalang kejayaan mereka, strategi perlumbaan dan hentian pit memainkan peranan penting bagi meraih kejayaan. PST bukan sahaja memperoleh podium tetapi turut mencatat masa terpantas perlumbaan.

Pusingan STE seterusnya akan berlangsung di litar Sportland Sugo pada 8 hingga 9 Mei depan.

Tahniah untuk PST!

Keputusan SUPER TAIKYU ENDURANCE SERIES MOTEGI 2010:

  1. PETRONAS SYNTIUM TEAM/BMW Z4 M COUPE
  2. PETRONAS SYNTIUM TEAM/BMW Z4 M COUPE
  3. ART TASTE GT3/PORCSHE GT3 997

Teks & Foto: TeamPetronas.com

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • brianbadboyz on April 7, 2010 at 8:18 am
    • Reply

    tahniah tim petronas!!!

    • jelapangPadi on April 7, 2010 at 8:45 am
    • Reply

    ni yg gua bangga nie,ada joki ank tempatan…

    congrats to petronas!

  1. Go Petronas…Go orang Johor!!!! he he he!

    ni Petronas ngan BMW dah tak JV lagi, adakah pasukan ini akan bertukar kereta untuk masa akan datang?

    • amy 2zz1 on April 7, 2010 at 9:20 am
    • Reply

    congrat..anak tempatan mmg hebat..
    petronas jv dgn mercdes,pakai meclaren SLR lah plak nnt…mmg tiptop ar..

    • on April 7, 2010 at 9:30 am
    • Reply

    Ni baru boleh bangga…Team Malaysia …Drebar pun org Malaysia…Malaysia boleh…

    • on April 7, 2010 at 5:19 pm
    • Reply

    baru syok de org malaysia,1malaysia pny..
    bnyk pelaburan petronas dlm pemotoran skrg..
    harap2 jgn lupakan org sendiri..tahniah..

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.