Subaru WRX STI

Subaru Impreza WRX STI 2011.11

Walaupun peminat Subaru Impreza tempatan tidak seramai peminat Mitsubishi Evolution tetapi statistik GT menunjukkan yang model ini memang popular. Yang membuatkan peminatnya asyik dan tidak lena tidur ialah gegaran enjin boxer yang memang tiada pada kereta Jepun lain. Jika khabar angin Subaru kongsi platform dengan Toyota untuk generasi baru AE86 jadi kenyataan maknanya kaki kereta seluruh dunia boleh rasa hachibaru, Toyota dengan enjin boxer. Kereta prestasi dengan kualiti terbaik.

Subaru Impreza WRX STI 2011.09

Di UK, memandangkan WRX STI begitu popular maka nama Impreza digugurkan dan hanya dikenali dengan nama ringkas Subaru WRX STI. Model sedan ini menyertai model hatchback yang terlebih dahulu diperkenalkan kepada umum. Walaupun luaran model hatchback tidak agresif tetapi mengikut pengalaman saya menonton rali, model ini lebih senang dikawal, dan lembut serta lancar pada selekoh dan terbukti kejaguhannya apabila menang juara keseluruhan APRC 2009.

Subaru Impreza WRX STI 2011.10

WRX STI telah diuji dipelbagai litar terkenal seluruh dunia termasuk Nurburgring, Jerman. Dan untuk info, rangka WRX STI lebih tegar dan sistem suspensinya ditala semula berdasarkan model Spec C.

Enjin yang menggerakkan Subaru ini bersaiz 2.5 liter boxer berkuasa 300ps pada 6,000 rpm dan tork 407Nm pada 4,000 rpm, walaupun outputnya sama seperti STI lama tetapi enjin baru ini mempunyai tork yang lebih menyeluruh menjadikan kereta ini lebih responsif sewaktu memecut dan untuk mencapai kelajuan 62 bsj [99.7km/j] daripada pegun hanya mengambil masa 5.2 saat.

Harga Subaru WRX STI dalam RM selepas ditukar dari pound sterling lebih kurang 157,000.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

11 Comments

  1. blkg dah takde aura subaru.kira mcm camoflage la,depan ganas,blg mcm sedan mewah,ada driver,CEO duduk seat blkg.mcm yg slalu diperkatakan kat majalah kereta,bila mass production & nak target market ginilah jadinya

  2. ver.5,ver.6,gc8,b22b…555,…5 model ni mmg masyuk…
    tapi bila dh GENERAL MOTOR amik alih(menjahanamkan segalanya)….

Kata Anda//