Subaru Legacy: Kereta Paling Selamat di Jepun!

Subaru Legacy

Dulu-dulu antara Mitsu dan Subaru, saya lagi suka Mitsu mungkin sebab faktor Proton – Mitsu. Dan negara kita memang terkenal sebagai tanah Mitsu [Mitsu Land] manakala Singapura sebagai tanah Subaru [Subaru Land]. Walaupun saya minat dengan Evo tapi setiap kali Impreza melintas boleh tahan jugala kepala teleng nak tengok kereta ni. Tapi sekarang ini minat dari Evo dah beralih sikit pada Impreza tambahan pula Amid sekarang ini dah pandu Forester.

Untuk pengetahuan sekutu, Subaru Legacy secara rasminya dinamakan sebagai Kereta Paling Selamat di Jepun untuk tahun 2010 selepas dianugerahkan Grand Prix 09/10 dalam Japan’s New Car Assessment Programme [JNCAP]. Ini adalah adalah tahun ketiga Subaru menerima tauliah tersebut selepas Impreza pada tahun 2007 dan Forester pada tahun 2008. Subaru Legacy adalah satu-satunya kereta yang memenangi anugerah terulung tersebut dari 17 kereta lain yang diuji.

Legacy telah dinilaikan sebagai kereta penumpang paling selamat dalam pelanggaran dengan kelebihan pada pemandu dan penumpang hadapan. Legacy juga mendapat markah paling tinggi dalam perlindungan kepala pejalan kaki. Selain dari pasaran Jepun, Legacy turut mendapat anugerah keselamatan antarabangsa lain seperti 5 bintang dalam Euro NCAP, 5 bintang untuk keselematan penumpang dalam Australiasian New Car Assessment Programme [ANCAP] dan dinamakan ‘2010 Top Safety Pick’ oleh Insurance Institute of Highway Safety di Amerika Syarikat.

Laju dan selamat.

Foto: Newspress/Subaru UK

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • azwan nbs on May 8, 2010 at 12:53 pm
    • Reply

    kat malaya nie takde jual ke….???

    bagus gak ade kete camni…menunjukkan mereka begitu prihatin..

  1. malaysia punye kete ade tak fkir aspek2 macam ni utk buat kete??

    • Joule on May 8, 2010 at 8:41 pm
    • Reply

    Kat malaysia, bt la macam mana pn, dah jenis majoriti orang malaysia akan lebih mudah tertarik, terpengaruh, terdorong, untuk membeli barangan yang murah..

    Kalau jual tp xlaku sebab mahal (cukai), tidak menuntungkan..

    Tapi kebelakangn ni kesedaran pengguna dah makin bagus, akan datang makin byk la model kot..

  2. Dulo Proton dah nak keluarkan Wira versi wagon camnih. Prototaip (base dari Libero) pernah diorang tayang masa EON open day kat Glenmarie beberapa tahun. Tapi apasal ntah diorang x jadi buat.

    Walaupapapun ako peminat no.1 Subaru! brprprprprp!!

    • on May 9, 2010 at 1:24 pm
    • Reply

    doh income sebulan 2,3 ribu je mmg laa beli keta2 sedehane je….xkan nak pakai subaru nih…ye dok??

    • apai on May 9, 2010 at 9:32 pm
    • Reply

    ad rse selamat mcm dok kt dlm hospital ak??!

  3. amid pakai forrester model mana?? kalau jumpa nak hon kuat2

    • heron on October 22, 2010 at 12:49 am
    • Reply

    ble subaru legacy thn 90-93 nak msk mjlh..?

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.