SsangYong Actyon Sports Pickup Kemaskini Baharu

6 September 2012 – Competitive Supreme pada hari ini melancarkan pikap Actyon serba baharu. Pikap SssangYong Actyon Sports membawa era baharu dalam perincian kepada pasaran dengan kombinasi suspensi, enjin dan kabin seperti kereta sedan serta ciri-ciri pikap komersial dengan rekaan yang rugged.

Actyon Sports dijangka bakal menarik perhatian mereka yang memerlukan kenderaan serba boleh dengan praktikaliti pacuan empat tetapi pada masa yang sama dengan ciri-ciri kereta keluarga. Pikap ini lebih menjurus kepada kereta penumpang dengan versatiliti pikap dan paling menarik mempunyai kemasan yang sukar ditandingi lawan.

SsangYong Actyon Sports dikuasakan oleh enjin diesel e-XDi terkini. Enjin 2 liter tersebut mempunyai kuasa maksimum 155ops dengan tork puncak 360Nm yang boleh diraih di antara 1,500rpm hingga 2,800rpm. Digabungkan dengan enjin diesel itu ialah transmisi automatik 6 kelajuan dengan cruise control.

Pada bahagian interior, pikap ini didatangkan dengan balutan kulit dengan kerusi kawalan elektronik. Turut dipasang ialah cermin berkuasa boleh lipat dan sensor undur. Rimnya pula bersaiz 18 inci untuk model 4WD dan 16 inci untul model 2WD.

Untuk ciri keselamatan, Actyon Sports dipasangkan dua beg udara hadapan sebagai peralatan standard. Dibina dengan rangka casis berasingan, pikap ini mempunyai struktur yang rigid bagi melindungi penumpang sewaktu berlakunya pelanggaran. Selain daripada itu, pikap ini turut dilengkapi ESP, hill start assist (HSA) yang jarang dipasang pada kebanyakan pikap.

SsangYong Actyon Sports didatangkan dengan 3 tahun waranti atau 100,000km, yang mana dahulu.

Muhammad

2 Comments

  1. Dalam Top Gear atau apa rancangan apa ntah aku penah tonton bertahun-tahun lepas, Omputih kata SssangYong Actyon adalah antar kereta terburuk dr segi rupa paras yang pernah dihasilkan.

    Tapi, bagi aku… apedehal. Minat memasing la… Aku pakai satu MPV dr Toyota… org kata buruklah, nampak tua lah, tak sporty lah… Aku pedulik apa… sebab yg bayar duit aku… risiko kereta tu aku yg tanggung…

    Taste memasing….

Kata Anda//