SHELL BAHARUI TAJAAN UTAMA MOTOGP™ MALAYSIA HINGGA 2020

shell-advance-global-brand-manager-vivek-pareek-l-and-ducati-sporting

Shell dan Dorna Sports telah mengumumkan perlanjutan selama empat tahun bagi penajaan utama syarikat tenaga itu dalam Grand Prix Motosikal Shell Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Berita yang dibawakan sebelum pusingan perlumbaan di Kuala Lumpur ini mengesahkan komitmen Shell terhadap sukan bermotor peringkat tinggi dan juga rantau Asia, setelah menjadi penaja utama acara tersebut bagi tujuh daripada lapan musim yang lalu sejak 2009. 

Sempena sambutan ke-125 tahun Shell di Malaysia, SIC dilihat begitu sesuai bagi syarikat tersebut untuk memperkukuhkan hubungannya dengan MotoGP, di mana ia juga mempunyai Kerjasama Teknikal yang baik dengan Ducati Corse.

Hubungannya dengan pengeluar Itali yang berada di barisan hadapan perlumbaan motosikal ini bermula sejak 2003, dan pada tahun lepas, Shell telah mula membekalkan minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus kepada jentera di bawah jenama tersebut. Di samping bahan api perlumbaan Shell V-Power, kedua-duanya dihasilkan dalam dunia permotoran yang penuh cabaran untuk dimanfaatkan oleh pelanggan di seluruh dunia.

the-malaysian-motogp-provides-excellent-exposure-to-shell-brands-such-as

Datuk Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia, berkata: “Tatkala kami menyambut warisan kami di Malaysia yang menjangkau 125 tahun, kerjasama dengan SIC menguatkan lagi komitmen kami bukan sahaja terhadap masa depan sukan ini, tetapi juga terhadap negara dan rantau ini. Harapan kami ialah untuk menjadikan Malaysia lebih daripada tempat untuk acara sukan, tetapi sebagai hab bagi aktiviti permotoran bertaraf dunia. Acara MotoGP Shell Malaysia telah menarik rakyat Malaysia dan menaikkan taraf acara sukan di Malaysia – bagi saya tiada cara lain yang lebih baik untuk memulakan 125 tahun yang akan datang, dan juga yang seterusnya, selain menerusi sumbangan kami ke arah kecemerlangan sukan permotoran di negara ini.”

Pau Serracanta, Pengarah Urusan, Bidang Komersial, Dorna Sports: “Saya gembira kerana Shell kembali sebagai penaja utama GP Malaysia dan melanjutkan tempoh kerjasama kami untuk empat tahun lagi. Hujung minggu MotoGP di Sepang sentiasa merupakan sambutan sukan permotoran jentera dua tayar yang istimewa dan hebat, dan kembalinya sebuah syarikat global seperti Shell sebagai penaja utama adalah suatu yang hebat bagi Shell, MotoGP dan Dorna Sports.”

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.