Scion FR-S Concept Coupe: Inspirasi AE86

Scion FR-S 2011.01

Kita dah banyak didedahkan dengan imej model gantian Toyota Levin, namun kereta sebenar masih lagi tidak muncul. Kali ini di New York, Toyota sekali lagi bermain dengan model konsep, bezanya ia dijenamakan di atas nama Scion FR-S. Entah kenapa Toyota tidak menggunakan namanya sendiri, L-FA di bawah nama Lexus dan kini Scion FR-S pula.

FR-S Concept adalah inspirasi kepada model baru Scion yang dijangka dikeluarkan tahun depan. FR-S Concept adalah singkatan kepada Front-engine, Rear-wheel drive, S atau Sport pula ialah definisi Scion untuk kereta berprestasi dengan enjin depan pacuan belakang yang bergaya, keseimbangan antara prestasi dan pengendalian, utiliti yang fleksibel dan penggunaan minyak munasabah.

Scion FR-S 2011.02

Kereta coupe ini mengambil inspirasi daripada Corolla AE86 atau glamor dengan nama Hachi-Roku yang bermaksud 8-6 dalam bahasa Jepun. Kereta enjin depan, pacuan roda belakang [FR] ini adalah ringan serta seimbang dan menjadi igauan ramai selepas bertahun-tahun dikeluarkan. FR-S juga dibina dengan tema “pure balance” yang mana boleh dilihat dalam penggunaan enjin boxer 2.0 liter konfigurasi FR. Bentuk enjin dan saiznya yang kompak membolehkannya dipasang rendah dan ke belakang seterusnya c.o.g atau center of gravity kereta ke bawah dan membantu nisbah berat depan ke belakang.

Scion FR-S 2011.03

Enjin FR-S tidak dibekalkan turbo [N/A] tetapi inovatif kerana boxer pertama dengan sistem suntikan D4-S Toyota yang menggunakan kedua-dua pancitan terus dan liang [port], hasilnya kuasa kuda meningkat pada kesemua band kuasa tanpa penggunaan minyak keterlaluan. Enjin flat-four boleh dipadankan sama ada dengan transmisi enam kelajuan manual short shift atau enam kelajuan automatik dengan tuil gear pada stereng.

Scion adalah jenama untuk Amerika, saya tidak pasti FR-S akan diletak di bawah jenama apa untuk pasaran lain. Secara peribadinya saya rindukan bentuk berkotak hachiroku. Scion, Lexus atau Toyota, terpulang kepada mereka, saya hanya akan duduk menyaksikan perkembangan kereta ini, bahagian pemasaran Toyota melabur berjuta-juta wang dalam kajian pasaran, mereka lebih arif tentang kehendak orang ramai.

-Mak/d Uia-

Muhammad

6 Comments

  1. ntah kenapa model2 toyota skrg sgt membosankan… rindu la zaman chasis AE era 80-90an

  2. Penghasilan kereta sporty ni masih mempunyai permintaan yang tinggi walaupun sekarang dah banyak kereta yg mesra alam (hybrid). Bagi aku, Wira aku jugak yg best sebab aku tak dapat beli keta lain (setakat ni) sebab komitmen nak beli rumah yg harganya semakin merepek-repek…

  3. desain skang ni dah memang camtu nak wat camna…
    macam dulu2 gak la..desain dulu2 camtu…
    nak xnak ikut jela….apa bleh bwat…

  4. TOYOTA tu champions kalau VIP mods…
    Mitsubishi kalu nk bikin Vip mods sure xleh blah…
    sudah tentu Toyota champions…TAPI MALU NAK letak badge T berbanding Lexus,Scion…jadi kesimpulan nya THE UNITED STATES OF TOYOTA la gamak nya….kt US nun Prius berlambak…tundra n so on…TOYODA-SAN….meh bagi aku duduk opis mu…

Kata Anda//