Proton Tawar Pemeriksaan Kenderaan Secara Percuma Sempena Hari Raya


Bersempena dengan sambutan Hari Raya dan percutian yang akan datang, PROTON Holdings Bhd mempelawa pemilik kenderaan Proton untuk ke pusat perkhidmatan terpilih bagi menikmati pemeriksaan keselamatan 20 mata secara percuma.

Kempen ini adalah sebahagian daripada kempen keselamatan PROTON di seluruh negara untuk melakukan pemeriksaan sebelum mereka memulakan perjalanan yang jauh.

Sama seperti musim-musim perayaan sebelum ini, Proton dengan kerjasama PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) sekali lagi membawa perkhidmatan ini berhampiran pelanggan iaitu di beberapa Stesen PETRONAS terpilih yang merupakan sebahagian daripada Kempen PETRONAS Coffee Break.

Berikutan dengan maklum balas positif yang diterima daripada pelaksanaan pusat-pusat pemeriksaan mudah alih sebelum ini, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) juga turut bekerjasama dengan PROTON untuk membuka stesen mudah alih buat pengguna Proton yang menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Pemeriksaan keselamatan mudah alih percuma di LDP akan diadakan di Hentian Sebelah Petaling Jaya (Puchong ke arah Sunway) dari 20 – 22 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Khemah bagi pemeriksaan mudah alih PROTON juga akan ditempatkan di 5 stesen PETRONAS yang terletak di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan, dari 21-23 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berikut adalah senarai lokasi mudah alih bagi pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma:

20 – 22 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang

  • Hentian Sebelah LDP Highway, Bandar Sunway, Petaling Jaya (sempadan Sunway)

21 – 23 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang

  • Stesen PETRONAS Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah
  • Stesen PETRONAS Seremban, Negeri Sembilan
  • Stesen PETRONAS Jerteh, Terengganu
  • PETRONAS R & R Gambang (Sempadan Timur), Pahang
  • Stesen PETRONAS Gua Musang, Kelantan

Perkhidmatan mudah alih pula merupakan kemudahan tambahan untuk pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menghantar kereta mereka untuk diperiksa.

Lokasi mudah alih telah dipilih berdasarkan lokasi yang bersesuaian bagi pengguna untuk singgah ketika dalam perjalanan mereka pulang ke kampung.

Pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma ini merangkumi perkara berikut:

  • Bunga dan tekanan tayar, sistem brek
  • Operasi pedal pada brek dan klac, suspensi, bateri
  • Bilah pengelap cermin, tali sawat
  • Semua suis dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, stereng, bahan pendingin dan pencuci bilah.

Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan ini, pemilik Proton juga akan membawa pulang buah tangan sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.

PROTON percaya bahawa kempen keselamatan ini boleh membantu dalam menyumbang ke arah kesedaran kepada pelanggan dan pengguna jalan raya mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan serta memberi peluang untuk mendidik dan mengutamakan keselamatan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

Matpon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *