Nov 12

Proton R3 Juara Pelumbaan Sepang 1000km!

Pasukan PROTON R3 merangkul gelaran Juara Keseluruhan perlumbaan Sepang 1000km Endurance 2017 (S1K) pada malam Sabtu lalu selepas permulaan hebat mengalahkan pesaing kuat dari Maxxoil Mayhem Team dan Tedco Racing yang masing-masingnya memandu kereta Honda dan Suzuki.

Admi Shahrul dan James Veerapen yang memandu kereta Proton Suprima S R3 bernombor 82 menamatkan saingan jauh di hadapan juara S1k tahun lalu, Tengku Djan Ley dan Keifli Othman.

Proton Iriz R3 bernombor 81 yang dipandu Syafiq Ali dan Farique Hairuman tamat di tempat ke- 5 selepas melalui 171 pusingan yang panjang dan mencabar di perlumbaan ini.

“Pasukan PROTON R3 menunjukkan kerjasama berpasukan yang sangat baik selepas tidak berlumba pada perlumbaan S1k tahun lalu.

PROTON memiliki pasukan pelumba, jurutera dan kakitangan teknikal yang sangat berdedikasi untuk pembangunan kereta R3 serta sukan permotoran, dan saya amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai pada malam ini.

Persediaan, perancangan dan analisis risiko yang telah mereka buat, selain kereta yang baik dan Petronas sebagai penaja, telah membuahkan kemenangan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

“Ramai peminat sukan permotoran mengakui akan pengendalian yang baik pada kereta Proton, di samping berupaya menahan cabaran seperti perlumbaan ini.

Kereta Proton tahan lasak dan pada malam ini, pelumba berpengalaman kami mengendalikan kereta ke tahap yang paling optimum untuk menonjolkan kebolehannya.

Pasukan R3 berlumba dengan baik dan keputusan yang diterima merupakan perkara yang manis bagi kemunculan semula kami di sukan permotoran. Ini tentunya titik tolak yang baik bagi PROTON,” Dr Li menambah.

“Kami akan terus merancang strategi penambahbaikan untuk kereta-kereta Proton agar dapat memberikan prestasi serta ketahanan yang lebih sempurna kepada pengalaman pemilikan para pelanggan kami.

Dengan pasukan yang kami ada, kami juga akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan agar dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik di perlumbaan yang akan datang,” tambah Dr Li lagi.

Para pelanggan boleh turut menikmati pengendalian kereta Proton yang terbaik dengan promosi 5 Nilai Hebat di bulan November – dengan RM0 kos penyelenggaraan* sehingga 5 tahun dan penjimatan sehingga RM8,000* untuk pembelian kereta Proton.

*RM0 kos penyelenggaraan tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana-mana terdahulu), termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja.

Waranti tamat selepas 5 tahun atau 150,000km, mana-mana terdahulu. Nilai penjimatan bergantung kepada model kereta.

Tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran bermula 1 Nov hingga 30 Nov 2017.

Kredit foto: Proton R3

Silakan kongsi:

Kata Anda//