Apr 07

Proton Prevé: To Proof!

Proton Prevé kemungkinan besar dilancarkan pada 16 April 2012. Prevé adalah modifikasi nama daripada perkataan asal preve yang bermaksud bukti atau untuk membuktikan. Prevé adalah bukti Proton mampu menghasilkan sebuah kereta yang menepati ciri-ciri global seperti keselamatan, rekabentuk, teknologi, prestasi dan kualiti.

Prevé dilengkapi dua varian enjin iaitu CamPro IAFM+ dan CFE. Enjin CamPro IAFM+ dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan Getrag atau CVT2 enam kelajuan. Model paling atas iaitu CFE pula dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan CVT3 atau ingin dikenali sebagai ProTronic.

Prevé mempunyai ciri-ciri cangih seperti beg udara di kerusi, Smart Info Display (SID) yang memaparkan pelbagai informasi untuk pemandu, push start button, sensor lampu dan pengilap cermin. Daripada segi binaan, sebanyak 12 peralatan struktur badan menggunakan teknologi Hot Press Forming (HPF) di mana peralatan tersebut kuat juga ringan untuk penggunaan minyak yang efisien. Pakej struktur HPF tersebut dipanggil sebagai RESS atau Reinforced Safety Structure. Lanjutan daripada ciri-ciri global yang ingin ditampilkan, Prevé didatangkan dengan Electronic Stability Control di samping sistem brek ABS dengan EBD.

Proton Prevé dijangka dipasarkan dengan julat harga di antara RM62 ribu hingga RM75 ribu.

Pre disebut sebagai PRAY atau PREY manakala vé disebut seperti hujung perkataan Satay, Forte, Resumé atau Café.

-Md Uia-

Silakan kongsi:

18 comments

Skip to comment form

  1. PRAY!

    Lu org baca betul2.. meh ikut gua ramai2 ok.

    Today is Friday. On Friday we Pray.

    Okay good boy…!

    Gua 1st.

    • perdanaburuk on April 6, 2012 at 10:44 am
    • Reply

    Gua 2nd der…..
    Untuk gua model ni kita kena tgk & lihat dulu kat jalanraya sama ada betul2 prove atau sebaliknya. Jgn jd igauan ngeri lg sudah…… Apa2pun syabas buat PROton. Pas ni persona dah stop la yekkk……

    • 787b on April 6, 2012 at 11:40 am
    • Reply

    macam honda city keli jer

  2. Kopi sate’…hahaha

    • Myvi Lemau on April 6, 2012 at 9:31 pm
    • Reply

    satu titik perubahan yg bagus..design cantik pada aku walaupon ader kekawan aku cakap “naper x buat sejibik cam konsep?”.ntahlah tapi pada aku proton dh menunjukkan perubahan yg bagus dalam industry.mesti pasni banyak body aftermarket dia keluar..kalau diorg bagi Cusco tune keta ni cantik jugak..

    • Myvi Lemau on April 6, 2012 at 9:32 pm
    • Reply

    xpon mcam Neo—ader version R3..lagi rock!!!!!

    • pokjik on April 7, 2012 at 2:45 pm
    • Reply

    kalau versi manial pakai cfe..sure kawe akan pi book jugok

    apa daa cfe hanya cvt sahaja..jgn ingat org yg nak beli manual tuh tak cukup duit nak beli cfe

    • Myvi Lemau on April 7, 2012 at 4:17 pm
    • Reply

    x ah..ahbeng?x mods pon keta tu,,pg balik kerja ker…stended mended..

    Cm punk-semangat sgguh ko pasal coupe’

    pokjik- setuju..kalau semua auto sape nk pakai manual..

    • Myvi Lemau on April 9, 2012 at 4:23 pm
    • Reply

    coupe” mmg lawa..yg ader dalam sejarah pon cuma putra..tapi aku setuju dgn ko cm punk camaro,kia koup mmg lawa..kat tmpat kerja aku ader 2 org mamat ni pakai koup hari2 buat kerja..sampai member aku paling 2 kali sbb x percaya yg kia buat koup.giler ahhhhhhhh..ahhh uwang..uwang…sggh x adil.

    • Myvi Lemau on April 9, 2012 at 4:26 pm
    • Reply

    kalau preve’ ader vesi coupe’ manual nescaya akan ada perebutan di kalangan kaki mods dgn modi kaw2..ahaii….

    • perdanaburuk on April 10, 2012 at 9:15 am
    • Reply

    Gua pun suka putra gak. Dah jd legend keta ni. Mintak proton buat persona coupe plak pun ok ape. Ada berani ke proton……

    • pokjik on April 11, 2012 at 1:42 am
    • Reply

    coupe mmg ensem lah tapi yg penting skrg ni… kawe nak CFE MANUAL!
    daripada buat neo tuh ..baik buat preeveeeeee coupe…pehhh…dia punya playboy ..kalah lah crx tuh

  3. Preve’ ni lampu blkg dier kureng skit la

    • WiSE on April 14, 2012 at 1:01 am
    • Reply

    aku pun prefer ada varian CFE manual…hope proton dgr suara hati anak2 muda..:)

    • pokjik on April 14, 2012 at 6:57 pm
    • Reply

    masalahnya skrg…rege toyota (scion) kat malaysia ni dah overprice sgt …86 baru pun rege dah merepek2 …takutnya scion tc pun akan rege merepek jugak walaupun direbadge…harap used car akan bawak masuk model recon je lah …

    • Myvi Lemau on April 17, 2012 at 1:02 am
    • Reply

    update nengok..tadi terlepas launching preve’

    • kakiborak on April 17, 2012 at 12:18 pm
    • Reply

    wah… keta lagak geri dah lunching….pg tgk la apa lg… kalo CFE kluar yg manual… perkh… ramai kaki mode yg upgrade engine… pkai turbine besar lg…heheh

    • Myvi Lemau on April 17, 2012 at 5:40 pm
    • Reply

    coupe’ lah cm punk.baru rock uuuu….aku tertunggu2..ahhh uwang uwang…..rasa nk trade in jer myvi amik preve’ cfe.auto pon auto lah…

Kata Anda//