Proton Perkenalkan Saga Plus Dengan Lima Ciri Tambahan Tetapi Harga Kekal Seperti Saga SV

Proton Saga Plus 2015.02

Proton Holdings Berhad baru-baru ini memperkenalkan varian baharu model sedan paling popular iaitu Saga Plus. Model yang diperkenalkan sejak lapan tahun lalu telah terjual sebanyak 500,000 unit dan Saga generasi kedua itu terus kekal sebagai salah satu model nasional terlaris di Malaysia. Kebanyakan pembeli memilih Saga kerana prestasi enjin, keluasan, keselesaaan dan keselamatan menjadikannya model yang berbaloi untuk dimiliki di dalam kelasnya.

Proton Saga Plus 2015.01

Dengan mengambil kira prestasi tersebut, Proton menjadikannya lebih menarik dengan memperkenalkan Saga Plus. Dikuasakan oleh enjin 1.3 Campro IAFM dengan dua opsyen transmisi manual atau CVT, Saga Plus dijual pada harga RM33,242 hingga RM36,576 seunit. Saga Plus hadir menggantikan Saga SV tetapi dengan tambahan lima kelengkapan tanpa sebarang peningkatan harga. Susulan itu, Proton memberhentikan pengeluaran Executive dan SE dalam memberi lebih nilai kepada konsumer. Lima tambahan percuma pada Saga Plus ialah roda aloi 14″, kit badan penuh dan logo Plus sebagai lambang ciri-ciri tambahan tersebut. Secara ringkasnya, Saga Plus mempunyai luaran seperti Saga Executive tetapi pada harga Saga SV.

Proton Saga Plus 2015.03

Proton Saga Plus disasarkan kepada generasi muda yang inginkan kenderaan yang mampu mampu milik dan diselenggara. Sejak dilancarkan pada tahun 1985, sebanyak 1.6 juta unit Saga telah berada di atas jalan raya. Saga sehingga kini masih kekal model terlaris Proton dan salah satu kenderaan terlaris di Malaysia. 30 tahun lalu, Saga merupakan simbol pencapaian negara di dalam memasuk era perindustrian. Secara purata, Proton menjual sebanyak 3,000 unit Saga setiap bulan. Model nasional itu juga telah banyak memenangi anugerah di dalam negara. Proton Saga Plus didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown. Model itu juga diberi jaminan selama tiga tahun atau 60,000 km (yang mana dahulu).

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.