Proton Lancarkan Saga FLX SE (1.6 CVT)

Proton Saga 1.6 CVT sebenarnya dah lama jadi berita panas. Dan kelmarin Proton secara rasminya melancarkan Saga FLX SE yang mana di atas kertas nampak lebih berbaloi daripada Perodua Myvi Lagi Power, Lagi Best. Model terbaru Saga SE itu nampak lebih sporty berbanding Saga FLX yang walaupun sudah berwajah baru tetapi tetap nampak ketinggalan satu zaman di belakang dek kerana profail sisi, papan pemuka dan bahagian belakang yang direka seolah-olah pasaran tempatan seperti negara yang ekonominya disekat oleh Amerika Syarikat.

Berbeza dengan Saga 1.6 yang dilancarkan beberapa bulan lepas, Saga FLX SE dipasangkan dengan transmisi  tunggal CVT. Kombinasi enjin 1.6 liter Campro IAFM dengan transmisi CVT menjanjikan tork yang lebih baik, empat peratus lebih pecutan dan empat peratus lebih jimat minyak berbanding Saga 1.6 FL.

Dengan perbezaan sebanyak RM2,900 (RM49,449) berbanding Saga 1.6 FL, Saga FLX SE mempunyai beberapa perubahan baru, antaranya:

  • Roda aloi 15″
  • Kit badan
  • Lampu kabus
  • Lampu belakang jernih
  • Interior yang dibalut kulit
  • Dua warna: Solid White & Fire Red

Sejak dilancarkan pada Januari 2008, sebanyak 274,469 unit Saga sudah berada di atas jalan raya dengan tempahan yang diterima Proton sebanyak 331,768 unit. Sasaran jualan Proton untuk model terbaru itu sekitar 500 unit sebulan dengan sasaran tahun kewangan 2011/12 sebanyak 78,752 unit.

Di dalam perkembangan yang lain, Proton akan melancarkan beberapa model lagi pada awal tahun depan iaitu Exora Bold, Exora Prime, Proton Inspira R3 (ori) dan model sedan global baru.

PROTON LAUNCHES SPORTIER SAGA FLX SE

SUBANG JAYA, 30 November 2011 – To provide car owners with greater excitement and driving pleasure, and more performance and fuel economy from an affordable vehicle, national car company PROTON Holdings Berhad today unveiled a new Saga variant, the Saga FLX SE.

Powered by a 1.6 litre Campro IAFM engine and available only with CVT automatic transmission, the Saga FLX SE is priced from RM49,449 (Peninsular Malaysia). Car buyers can view the new model at all PROTON showrooms from 1 December 2011.

“The introduction of the Saga FLX SE effectively expands the range of the Saga model by providing customers with a vehicle that has a higher engine capacity while at the same time, reaffirming the Saga as the people’s car given its exceptional affordability and value for money attributes that include better fuel economy, greater performance, and superior ride and handling characteristics,” said PROTON Holdings Berhad Group Managing Director Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin added that the Saga FLX SE is also a model that was designed to appeal to the younger generation of car buyers who now have the option of owning an entry-level vehicle which offered not only affordable ownership and upkeep, but exceptional performance – in line with PROTON’s brand promise of “Committed to be Better.”

The combination of the 1.6-litre Campro IAFM engine with the CVT automatic transmission delivers better torque, four percent better acceleration, and reduces fuel consumption by an additional four percent compared to the current 1.6-litre Saga.

Priced RM2,900 above the current selling 1.6-litre automatic Saga FL, the Saga FLX SE features eight and three exterior and interior changes. The car is fitted with 15” inch alloy wheels, an all round factory-fitted body kit, fog lamps and smoked finishing rear lights. The cabin is trimmed in leather which comprises the seats, steering wheel, door ornament, parking brake and gearshift lever.

Since the Saga was first launched in January 2008, there are already a total of 274,469 units of Saga on the road with PROTON receiving some 331,768 bookings. The Saga remains PROTON’s best selling model to date and in 2010 rose to being ranked the second top most selling car in Malaysia. The Saga has also won five prestigious awards within three years of its introduction, which includes being named Best Model of the Year in 2009 by Frost & Sullivan, and crowned Best Passenger Car of the Year in 2010, also by Frost & Sullivan. On average, PROTON sells about 6,500 units of the Saga per month.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin expects the new Saga FLX SE to sell in the region of 500 units per month. PROTON’s target is to sell some 78,752 units of the Saga in its current 2011/12 financial year.

Available in two colour choices – Solid White and Fire Red – the Saga FLX SE comes with a three-year or 100,000km warranty (whichever comes first). Customers who have ordered a Saga and are still waiting for their car to be delivered can opt to change their booking to the Saga FLX SE at the respective showroom in which the booking was originally made.

Silakan kongsi:

84 comments

Skip to comment form

    • megatputrakuning on 17/12/2011 at 3:30 AM
    • Reply

    im bek….peh lame gile aku masuk spital….komen aku?kami sekutu2 bkn nk mamposkan atau memburukkan atau menghina PROTON…tetapi adakah para juruterrer2 proton blaja dri kesilapan lalu contoh kuarnye model sawy and champion?jgn jdik mcm nissan…livina sama dgn latio sma dgn latio sport lagi sama dgn xgear…weh…xdok idea kew????????????

    • megatputrakuning on 17/12/2011 at 3:32 AM
    • Reply

    mslhnye skrg ni hyundai pon kalau xsilap 25thun gak umo nye…kalau slh tlg betulkan k…tpi hyundai dah top kat us sampaikan kan GM pon bungkuss……..xnk ke jdi gergasi asia kita mufliskan kete2 buatan barat ni?..bkn nk sempitkan pikirran tp PROTON bg aku boleh pergi JAUH……

    • APTB on 19/12/2011 at 4:51 PM
    • Reply

    hyundai motor was founded in 1967..

    jika diteliti dan dibandingkan antara proton pada 25 thun yg lalu dgn proton yg skrg, adakah masih nak dikatakan jurutera proton tak belajar dr kesilapan? idea2 mereka dlm designing, upgrading system sekurang2nya berguna utk negara dan kreatif..dan mereka orang malaysia jugak cam korang yg tahu komen je..ade idea yg bagus,serahkan pd proton,biar mereka majukan..tak pon keje trus dgn proton..nak tgk ape lak korang rase kalo orang kata korang camtu, tak blaja dr kesilapan..

  1. Gua tak kisah laa apa lu org nak kemon pasal kereta nasional.. gua punya point:- KERETA NASIONAL = harga tak nasional.. itu ajer.. saper tak suka..mintak maaflah.. gua terimalah komen CEO proton kata kilang Proton terlalu sibuk keluarkan sebiji kereta setiap 56 saat so kualiti ada terlolos sikit SO..kalau dah itu kata2 CEO..maka gua pun merayu apa kata LOLOS sikit harga supaya setanding dgn kualiti yang ditawarkan?? amacam?

  2. Sepat : gua sokong same lu…
    cube kite lihat petikan di bawah ni:

    Di sini kami ingin kongsikan 2 kenyataan daripada orang kuat Proton dan Toyota apabila berlakunya sebarang masalah yang berkaitan dengan kereta mereka. Ada perbezaannya, anda nilaikan sendiri

    Tidak semua kereta pembuat kereta adalah “sempurna”, tetapi ada perbezaanya antara pembuat kereta di dunia samada mereka-mereka ini benar-benar bertanggungjawab atau tidak?

    Ada pembuat kereta, apabila timbulnya masalah walaupun sudah bertahun-tahun lamanya masih lagi buat sardin sahaja dan ada juga yang sudah bertahun-tahun lamanya masalah itu berlaku, baru sekarang sedar?
    Ada juga pembuat kereta yang bertanggungjawab apabila timbulnya masalah pada model kereta mereka, sebab mereka sedar mereka tidak ada “tongkat – subsidi”, mereka tidak monopoli. Jadi mereka terpaksa bersaing secara sihat, lebih-lebih lagi jikalau timbulnya masalah.

    Proton : Proton hasilkan sebuah kereta setiap 98 saat
    Toyota : Toyota mampu hasilkan sebuah kereta setiap 4 saat
    Proton : Jangan salahkan Proton kerana kami tiada masa nak periksa komponen Proton
    Toyota : Kami minta maaf dari hujung hujung rambut hingga hujung kaki “di atas kesalahan & kesilapan kami sendiri
    Proton : Pembuat kereta No 1 di Malaysia
    Toyota : Pembuat kereta No 1 di Dunia
    Proton : Harga?
    Toyota : Harga?
    Proton : Kualiti?
    Toyota : Kualiti?

    Kami petik semua kenyataan yang dilaporkan akhbar Oriental Daily ini :

    “Please do not put the blame on Proton, Proton makes 700 cars per day, that’s 1 car every 98 seconds, we do not have the time to check on Proton parts.” Earlier, Syed Zainal Abidin in his speech mentioned that Proton will emphasise on “Cheap selling price with cheap maintenance parts” principle to prevent having problems with expensive parts for cheap cars.

    Manakala TOYOTA pula permohonan maaf terbuka daripada Mr. Toyoda pada awal tahun 2010 kerana Toyota memanggil semula berjuta-juta model kereta mereka disebabkan masalah pedal minyak yang tersangkut di bawah karpet lantai. Masih ingat lagi?

    P/S : Kualiti lebih penting daripada kauntiti. Sekurang-kurangnya biar ditegur akibat kekurangan penghasilan kereta berbanding ditegur kerana kualiti dipertikaikan oleh pengguna, tidak sepadan duit yang telah dibelanjakan…

    So fikir2kan laaaa…

  3. Sebenarnya kereta kat Malaysia ni bukan pengeluar/pengedar yang tentukan.

    Lu orang pun boleh agak kan.

  4. Gua tolong LIKE kan komen Mak Uia ni..kahkahkah

  5. Gua pun LIKE jugak sebab gua tau sampai kiamat rega tu takkan berubah kalau lembu2 kat atas tu kontrol hehe

  6. Yeahhh…I LIKE

    • entah ler on 25/12/2011 at 10:56 AM
    • Reply

    ntahler..malaysian punye mentaliti mmg sempit, same tahap mcm bdak darjah 6..korang ramai yg keje mkn gaji je, xtau erti sbenar pniagaan&keuntungan..knape proton mahal??kite da byk habis duit kat R&D, pastu market kite xluas, jd xbleh nk wat mass production sbyk honda or toyota..jd harga kos xdpt la nk dkurangkn sgt..da la org luar xnk beli sgt kreta proton, pastu lu org pun byk yg bang sane sini…bende2 simple mcm ni xbleh nk pikir, xpayah nk tunjuk hero komen mcm2…kereta kalo xde cukai murah??xpe, lu org pegi duk jepun, kereta murah, tp minyak, mknan, kperluan rutin mahal…honda rosak gearbox?toyota rosak brek?lg bahaya, xde lu org mnyalak, proton problem skit, korang mnyalak sana sini….

    • entah ler on 25/12/2011 at 11:11 AM
    • Reply

    aku rela dkenakn cukai kereta utk mnampung bende2 kperluan lain, ubat2an/rawatan mak ayah aku kat hospital kerajaan, buku2 teks anak2, yuran sekolah, harga minyak bsubsidi,mknan mentah murah, pmbanguan yg pesat & mcm2 lg..lu org pikir pakai lutut, kereta beli 9thn skali (kecuali lu org kaya), bende2 rutin hari dperlukn…tp kalo lu org kaya, lu org xkisah pun psl cukai kereta, maknanya yg bising2 ni jnis yg biar papa asal bgaya, nk beli vios / city pun jenuh bkira2, tolak duit blanja sana sini,hahahahhaha..

    kalo kereta jenama luar, sibuk lu org cari cari klebihan walaupun xbyk mane sampai xnmpk kelemahan, especially kereta2 entry level diorg

    tp kalo kereta proton plak lu org sibuk cari kelemahan, design la, dashboard la, & mcm2 lg walaupun sbenarnye klebihan lbih byk drpd kekurangan…

    sedar2la..

  7. entah ler…takyah cepat melatah dgn komen kitorg & jgn sedap mulut ckp kitorg pikir pakai lutut…drpd komen lu gua dah dpt tau …lu mesti org proton @ gomen…ade betui ka sekutu semua2?

    • Eddy9910 on 27/12/2011 at 9:50 AM
    • Reply

    xpyh gado2… kite tggu je menteri pengangkutan ke seratusduabelas jwb… iaitu Matpon

    • Alteja on 27/12/2011 at 1:03 PM
    • Reply

    Betul jugak kan, kesian Proton, dah buat R&D banyak, pastu takkan nak jual murah kan? (ni ayat budah darjah 6).

    Tapi, masa buat R&D tu, agak-agak camne approach pemasaran digunakan??? Aku penah tengok satu pemaju perumahan buat R&D utk hasilkan rumah di sebuah daerah di Pahang. So, memula, sebelum buat R&D, satu kajian pasaran luar melalui pendekatan “top-down” mereka buat utk tengok harga yg mampu dimiliki oleh penduduk & ciri-ciri rumah yg diminta oleh pasaran setempat termasuk aspek kualiti. Bila semua info dah buat, baru bahagian apekebenda ntah dalam kompenei tu design rumah supaya memenuhi semua aspek yg dikehendaki oleh pasaran termasukklah keuntungan dia sebagai pemaju.

    Penyudahnya, ada unsur situasi “win-win” yg mana pembeli dapat rumah yg mereka nak dgn harga yg mereka mampu berserta kualiti yg berpadanan & pemaju dapat untung. So, tak boleh ke R&D pengeluar kereta memasukkan pendekatan camni???

    Encik “entah ler” cakap, market tak besar. Sepatutnya lagi senang nak study… So, aku yg baru darjah 6 ni pun tahu produk yg ada kat pasaran adalah produk “down-top”. Buat dulu, pastu caj tanpa ambil kira kehendak pasaran…

    • Alteja on 27/12/2011 at 1:08 PM
    • Reply

    Itu baru cakap pasal harga… belum kualiti. So, R&D yg dilaburkan sepatutnya boleh bagi pulangan yg berbaloi kepada compeni dengan tak membebankan pengguna.

    Kenapa ada isu membebankan pengguna??? Sebabnya, dlm penghasilan kereta nasional, pesaing lain terpaksa menjual kereta dengan mahal. So, sapa rugi? Pengguna golongan bawah jugakkan macam aku ni yg sekolah takat Darjah 6. MatPon graduated from Harvard tu pasal dia pakai Veyron….

  8. sebelum gua komen gua saspek ada baik lu org jawab pantun gua. 10q.

    • niki on 02/01/2012 at 4:20 PM
    • Reply

    bercakap pasal kete jepun boleh murah ada 2 sebab:
    1) market besar (boleh kata semua org jepun pakai kete buatan jepun shj.kete import mcm BMW, merc, Audi..jarang-jarang kita boleh tengok atas jln) dan kete jepun ekspot ke pasaran antarabangsa, makin bertambah besar le pasaran.
    2) jepun ada polisi pakai kete utk 8thn saje.maknanya lepas 8 thn pakai kete..kete tu kena ‘scrap’..hantar buat besi buruk.

    Kat Malaysia..boleh pakai kete sampai bila2..asalkan bole jln.

  9. Ckp lah ape saja pasal proton atau perodua, Pbincangan yg bagus utk dikupas,x puas hati cakap jea pastu disertakan dgn hujah2 yg bernas bukan ikut dan tunduk saja,Aku setuju sgt2 pandangan abg kasim, Harga kereta Proton ni mahal bangat x setanding dgn harganya begitu juga perodua myvi mahal x hingat, Pilihan yg kita ada ialah tgk duit kocek dulu pastu hak korang nak beli ape… nasiblah myvi buruk aku tu xde buat hal setelah 5 tahun aku pakai kalau tidak dah lama aku campak kt laut buat tukun

    • zzzzzz on 04/01/2012 at 2:01 PM
    • Reply

    entah ler tu penjilat proton..hahaha sibuk banding gearbox honda ngan brake toyota..oii unta,T & H lau ade problem,dorg xde malu nk recall blik kete tp lau proton kesayangan ko tuh plak ade ke nk buat?bg alasan ade la..konon xde mase nk cek..wat the hell

    • perdanaburuk on 04/01/2012 at 4:41 PM
    • Reply

    Betul tu zzzzzzzzzzzz…….. gua pun malas nk citer byk2 wlaupun gua pgguna tegar jenama p lebih dr 10 thn. Klu lu x pcaya lu turun sendiri ke yard p d bt 8 sijangkang n tgk sendiri brape byk neo, saga n exora yg problem smpikn vendor kene panggil utk settlekn problem.

    • apyzs gsr on 07/01/2012 at 8:40 AM
    • Reply

    hyundai tue dulu lagi lah bangang kete dye siap pakai enjin mitsu lagi cube tgk model sonata lama dah mcm vr4 besar.tp owg tetap minat.tengok skrg sonata cmane cntiknye? ade sunroof.proton ade?? kepada pecinta pi one,ko pakai kete ape? owg kat sini nak proton buat kereta yg rakyat suke bukan gelak je.myvi walaupon bnyak variant keluar dye tetap pd syarikat asal nye iaitu toyota ngan daihatsu.proton ikut ape? dah mcm lalang.tiup sini g mitsu,tiup sane semak nak gi vw.vw pon xnak lah kalau company x untung..gua keje toyota gua tau mcmane sedapnye dan kualiti toyota,oklah ko pikir kantara toyota vios model lama lah dgn saga flx mane best? dah tentu toyo kan..betul x korang semua

    • APS on 07/02/2012 at 1:19 AM
    • Reply

    Saya seorg pengguna kereta Proton. Kereta Proton pertama yg saya guna ialah Saga (yg depan mcm Iswara tu). Lepas tu saya tukar saya pakai Savvy sampai sekarang (dah masuk tahun ke-3 pakai). Walaubagaimanapun, saya harus katakan bahawa Proton memang sepatutnya dijual pada harga lebih murah di Malaysia kerana ini ialah produk negara Malaysia yg seharusnya dapat dinikmati oleh rakyat Msia sdiri dgn harga yg murah. Sekarang ni kereta Savvy tu dh jadi kereta 2nd saya, dan kereta utama saya ialah Hyundai Sonata YF 2.0. Dari segi kualiti, seharusnya Sonata menang besar kerana harga dia pun mahal. Tapi soalnya skarang ialah harga, untuk kualiti kereta Proton yg rata2 penggunanya ialah rakyat Msia juga, harganya patut dikaji agar bersesuaian dgn kualiti pembikinannya, kualiti servisnya, kualiti salesman yg menjualnya, kualiti service centre nya dan byk lagi. Hyundai Sonata yg saya pakai kalau harganya di Korea lebih rendah dari RM80k (menngikut kata teman yg belajar di Korea) sedangkan specnya lebih baik berbanding dari spec untuk dieksport (betapa sayangnya Korea pada rakyatnya sendiri). Oleh itu, mungkin dah sampai masanya untuk Proton mengkaji semula harga produknya kerana ia manufactured di Msia juga, dan demi menjaga sokongan rakyat kepada Proton.

    • megatputrakuning on 07/02/2012 at 4:48 PM
    • Reply

    kepada encik entah ler…kat sini gua nk bgtau…kitaorg kat sini mmg mentaliti bdk darjah 6,blaja paling tinggi pon spm jew,dan gua xtau la kalau lu degree or phd title.walaupun mentaliti kami budak darjah 6,tp…slh seorg member kami iaitu ferdinand ferry porshece,anak kpd founder dr.in.ferdinand porshece,pas sekolah menengah dh jaga deepartment r n d porshece,xder pon owg kata dia wat kete ikut mentaliti bdok2 drjh 6…sekutu2 kat sini tegur pon utk kebaikan proton …jgok..kalau lu xbleh terima apa kiteowg kata,ko overtake la proton…..ko buat sale,R n D,design….lotus…pastu ko rembat le cukai bebanyak…lu hujah kat sini apsal kete2 kat eropah murah siot…gaji 2000 euro,kete hrg paling murah 18000 euro…apa cer???lu kasi hujah skit gua ni spm je…sekutu2 lain setakat upsr je…lu kasi hujah skit komen skit

    • skyjuice on 07/02/2012 at 8:14 PM
    • Reply

    aslmkum, salam sejahatera dan slmt mlm semua…

    mslh harga ni bkn pd kereta jer, brg lain sama gak…
    try banding harga nasi lemak dan air sirap semasa kita sekolah rendah 20 thn dulu…cer bgtau harganya skrg nih…
    benda bkaitan ekonomi dan polisi, bkn senang kita nk menghuraikannya setakat bsembang di kopitiam ahli gt nih…huhuhu…

    sy tak suka sgt cite panjang2 psl isu sensitif nih…tp satu jer nk bgtau…
    masalah yg blaku tdk akan selesai sekiranya kita hanya ckp ttg kesannya tanpa bfikir utk menyelesaikan ‘PUNCA’ kpd masalah tsebut…

    silalah tuan2 dan puan2 nyanyikan lagu ‘Bangau Oh Bangau’…
    mesti anda semua faham maksud sy…hehehe…

    • megatputrakuning on 08/02/2012 at 8:01 AM
    • Reply

    APS:gua sokong apa yg lu bgtau…gua xmalu mengaku gua penah pakai putra 1.8..15thun dulu dlm taun 94,95,96,97,98,99, kereta2 proton banyak lg yg jdik igauan org msia contoh?:
    wira 1.6
    wira 1.8 sohc
    wira 1.8 dohc
    putra
    satria gti…
    kpd pi one>lu bukak mata,jgn pekakan telinga, lu pakai dulu senarai kete2 proton ni sblum lu nk mrh sekutu2 komen pasal proton baru…kalau setakat lu nk pakai blm pastu jdik ahbeng pereza lu pakai ex5 lg baik der…kalau setakat lu keje gomen pastu baca katalog baik xpyh der…lu sembang pon xgune…cuba lu hujah blik apsal ko sakit hati org pakai honda,vw,nissan…mai habaq mai…kitaorg kat sini sekolah xabis…

    • perdanaburuk on 08/02/2012 at 10:04 AM
    • Reply

    Tuan Megatputrakuning, toksah di layan org yg tlalu pandai ni. Buat sakit hati lu je nnt. Kita ramai2 kat sini bkn nak kondem P ke arah kehancuran, ttp utk tujuan kebaikan sebenarnya. Jgnlah diulangi kesilapan yg lalu akibat terlalu ingin memonopoli pasaran d mana telah mengakibatkan beberapa model P yg telah gagal d pasaran. Akhirnya yg menjadi mangsa pengguna sendiri jugak. Contohilah encik produa yg amat memenuhi selera rakyat malaysia d mana barisan produknya yg tidak pernah mengalami kegagalan apabila ada model baru menjengah ke pasaran. Beliau sentiasa berada di carta teratas penjualan berbanding encik P. Bak kata pepatah alang membeli menang memakai. Ok ke ayat gua ni…..

    • hairy on 28/03/2012 at 1:00 AM
    • Reply

    Aku dah test Saga FLX, memang puas hati tang cornering, atas highway pun mantap. Dikatakan safety kereta Proton Saga ni lebih baik dari Myvi sebab ada kerangka sisi dan depan yang menghalang impact kuat kepada pemandu. Cuma yang tak berapa best sebab design tak berapa cantik. Kalau nak jualan mantap, sepatutnya Proton kena buat ikut kehendak pengguna bukan buat ikut kehendak sendiri. Biasa la, first impression pengguna cam aku ni mestilah nak beli kereta yang nampak CANTIK luar dan dalam, pass tu baru tengok kualiti, maintenance, fuel consumption dll.

    • honda ek on 01/05/2012 at 5:36 AM
    • Reply

    aku baru pi test saga flx 1.6 (mula2 tu niat nak test preve),top speed meme terbaik la,cecah 190kmh….mcm tak caya ja…bab lawa atau dak,tu terpulang pada individu…ada org kata cun,ada org kata tak…tp,pd aku buleh tahan la drpd myvi…

    • danial on 28/09/2012 at 2:01 PM
    • Reply

    Jgn la citer pasal honda, mazda, naza, etc. kat sini…mmm mcm x rasional. Kita kan org malaysia. jadi banggalah dgn kereta buatan sendiri. Lainlah kalau kita ni bkn rakyat malaysia. Klau bangga sgt jenama luar, apasal x jadi warganegara luar je? Beli rumah kat AS ke, UK ke dok sana. Beli kereta luar negara tapi duduk kat Malaysia. EEEEEE malunyer

    • zaza on 25/12/2012 at 7:55 PM
    • Reply

    waaa…ingt nk beli saga flx se thun dpn…rase2 mcm xjadi pulak…huuu…

    • uncle bob on 11/04/2013 at 9:44 AM
    • Reply

    untuk maintenance seeloknya ambik myvi n sbab lain myvi jmat minyak..kualiti pon ok..n msti rmai yang tnya knapa hrga myvi lgi mahal..ini kerana AAM x benerkan harga kereta perodua mngatasi hrga proton sbab itu hrga viva x munasabah dngan saiz dan cc nya bgtu jga dngan wyvi yg lgi mhal,,ni sume slah AAM demi untk jga proton..n biar rkyat yang merana dengan enjin n servis protn yng ntah pape hnya yg cerdik akan memilih produa,,yg poket tebal sila la pkai produk proton mmg murah tp bnyak mslah cme de yg blum kne bleh la ckp ok bla2..

    • fairus on 10/09/2014 at 10:56 PM
    • Reply

    bagi aku keta proton memang ok sebab aku guna gen2. dah masuk 9 tahun memang xde masalah dan masih guna yang ori spt alternator, radiator dan clutch. tahun depan besday dia ke 10 so ujung tahun ni aku nak tuka alternator baru, clutch, plug set dan arm set dgn absober dan tukar skali timing belt. so far keta aku xde masalah sebab dah 2 kali aku drive dr sarawak ke sabah. milage dah nak cecah 190k. jadi second car aku, aku nak beli yang import pula. honda city 2014.. sebab bini aku dah beli rush 2013. but gen2 still in my herth. tq proton sebab keluarkan Gen2 1.6.

  10. I am actually grateful to the owner of this web page who has shared this enormous post at here.

Leave a Reply to zzzzzz Cancel reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.