Petrol RON 97 Kini RM2.90 Seliter

Rasionalisasi Subsidi

Berita-berita di dalam media sekarang menyesakkan dada. Kes lucah, sumpah dan pengganas yang mendakwa kumpulan lain sebagai pengganas.

Di dalam negara pula harga petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.90 seliter. Petrol gred itu tidak disubsidi oleh kerajaan dan harganya ditentukan berdasarkan pasaran semasa. Mereka yang menggunakan kereta-kereta biasa tidak terjejas dengan kenaikan tersebut kecuali pemilik Evo, Impreza, Type R, Skyline dan model-model seumpamanya.

Buat masa ini, petrol RON 95 dan diesel masih dikekalkan. Walaupun begitu, tiada jaminan ianya tidak akan berubah.

-Mak/d Uia-

Muhammad

20 Comments

  1. kami sokong bn. tapi bn kene janji akan naikkan lagi tau.
    tak cukup rm2.90 tu. padan muka pembangkang.
    BN? kami mesti pilih biarpun kami kebuluran!

  2. Terima Kasih Kerajaan Naikan harga minyak. Seronoknya… Aku nak try buat rakit lalu ikut longkang untuk pergi kerja.

  3. murah lg 2. . tmpt len lg mahal jk dbandingkn dgn negara kita. . hehe. . bln dpn naik lg sbb osama kena serang. .

  4. lepas ni pg keja naik beskal,baru la jln x jem…

  5. ish…kan negara akan bangkrap kalo bagi subsidi…sianla negara kite kalo bangkrap…tapi negara akan betambah maju kalau gaji tak naik (save duet kerajaan/majikan), buat bangunan tinggi2 yg taktau ape pekdahnye utk rakyat, buat perhimpunan 1st lady sedunia kat palace of golden horses…hahahahaha…haaaaraaammm!

  6. Masa untuk pemerintahan berubah … Tepuk meja pangkah undi…haha

  7. buat bgunan tinggi tp rakyat nk msuk pn nk mlawat ssh.pigidah.gua rase rakyat ni mcm layak pnjt pokok tinggi bg dorg.pasni da xde istilah pe2 da bg gua

  8. Harga minyak naik semua nampak. Harga rumah naik merepek-repek, org tak nampak ke??
    Ada ke patut, rumah kat Pajam sebelah Mantin NS tu meloncat sampai RM500 ribu. Padehal teres je…. agak-agak, kalo rega minyak ni naik, berapa pulak la harga rumah naik???
    Flat pun RM160kkkkk

  9. kat msia ni apa yang tak naik? silap2 anu boleh tak naik sebab siang malam pikir nak survive.. ohhh msia gua!

  10. tapi yg paling kritikel naik skrng adelah harge jam OMEGA
    rare wei natang nih…

  11. oh,Malaysiaku….. rege minyak globel naik kite pon gatal naik, global turun kite haram, senyyyaaaapppp tak berkutik…..

Kata Anda//