Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi Advance Kini Pada Harga Lebih Rendah!

Perodua Myvi Mei.201603

Kereta paling laris dan kegemaran rakyat Malaysia, Perodua Myvi kini ditawarkan pada harga lebih rendah. Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi Advance kini masing-masing RM3,650 dan RM3800 lebih rendah. Penurunan harga tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Love the Nation dan ditawarkan sehingga 7 Julai 2016 sahaja.

Menyegarkan semula produk, Myvi Advance kini mempunyai dwi tona warna iaitu Metallic Ebony Black di bahagian atas manakala Electric Blue pada bahagian sisi kereta. Menurut Perodua, warna tersebut disasarkan untuk golongan dan berjiwa muda dan dipasarkan pada harga RM55,118.00

Selain dari penambahan itu, Perodua juga bakal mengurangkan varian dengan menghentikan produksi Myvi 1.3L Premium X (AT) dan Premium XS (AT).

Perodua Myvi Mei.201604

Perodua turut memperbaharui khidmat pelanggan mereka dengan memperkenalkan beberapa alat ganti tulen pada harga mampu milik yang dikenali sebagai ProGanti. Buat permulaan terdapat enam produk di bawah ProGanti di mana 30 lagi produk bakal dipasarkan pada hujung tahun ini. Kesemua produk ProGanti didatangkan dengan waranti selama 6 bulan dan ianya diperkenalkan untuk menggalakkan pelanggan Perodua supaya memilih produk yang berkualiti, tahan dan pada harga mampu milik.

Di bawah ialah senarai harga terkini dan galeria Perodua Myvi.

Price list Myvi May 2016

This slideshow requires JavaScript.

 

Muhammad

Kata Anda//