Perodua Alza Infinite Concept

Perodua Alza Infinite Concept.06

Tidak dinafikan kereta-kereta Perodua yang dimodifikasi memang cun. Paling popular ialah stail JDM namun trend untuk Myvi dan Viva tidak berapa menjadi mungkin kerana harga barang Jepang mari tidak semurah Mira, Move atau Cuore. Pengusaha kit badan tempatan pula masih gagal untuk menarik perhatian kaki modifikasi dan ini sebenarnya adalah peluang perniagaan keemasan kepada mereka yang berjaya merebutnya. Walau bagaimanapun kita harus ingat agama tidak suka pada yang menunjuk-nunjuk, jadi kit badan tersebut tidak harus membangkitkan rasa riak tetapi berfungsi untuk keselamatan seperti menjadikan kereta lebih stabil dengan ciri-ciri aerodinamik.

Perodua Alza Infinite Concept.12

Di KLIMS 2010 [yang penuh dengan eksploitasi wanita] Perodua mempamerkan Alza Infinite Concept, model modifikasi hasil tangan pereka Perodua sendiri. Mengikut info yang tercatat bersebelahan Infinite ialah Alza mempunyai potensi untuk menarik minat golongan muda cuma ianya belum diterokai lagi. Untuk itu Perodua Alza Infinite Concept dihasilkan untuk lebih berketrampilan.

Senarai modifikasinya agak ekstensif seperti di bawah:

  • Warna Matte White
  • Kit badan lebar [wide body]
  • Roda Aloi 18 inci
  • Bumbung panorama
  • Lampu utama LED & Xenon HID
  • Ekzos dua tip
  • Kerusi bucket depan dan belakang
  • Panel skrin sesentuh
  • Stereng dengan butang start dan kawalan pelbagai fungsi
  • Kemasan suede alcantara hitam
  • 12 pembesar suara dan sub woofer 12 inci
  • HU 2 Din skrin sesentuh dengan GPS dan kamera ‘gostan’
  • 3 skrin LCD
  • Suspensi boleh laras
  • Sistem kemasukan [intake] berprestasi

Alza Infinite adalah model konsep untuk menunjukkan berapa jauh kereta ini boleh pergi [dimodifikasi] dan agak mustahil untuk dikeluarkan dengan skala besar. Projek sekali saja.

-Mak Uia-

Muhammad

21 Comments

  1. mse gua g tgok kete ni aritu de mkcik sbelah gua ckp ngn laki dia.. “cmne nk letak brg2 klu g econsave ni bang..?”
    gua senyum sendiri…adoyai…

  2. cb400vtec, cakap kat makcik tu, pangku je barang-barang tu kalau ruang lain dlm Alza tu dah penuh dgn manusia…

  3. Tak lawa pon….Nampak sgtlah pereka Perodua ni tak reti nak ‘BIKIN’ kereta…

  4. Pompuan gak kene exploitasi.. Apsal lu x ankat gambo2 model kete tu mak uia.. Buat mag mempelam..

  5. hasang: tula..aku pn bosan…asl ade otoshow je, msti knpe msti pmpn jdi pgapit???
    npe xtruk uncle pkai sua pndek bersantai ke? kanak2 pkai gaun ke? matpon @ MakUia duk bersila betapa atas bumbg ke?? brula rare, bru gmpak!! hohoho

  6. ntah la…msia ni nama je negara islam…tp hampeh,klims ni utk tunjuk pompuan yg buka situ cni…

  7. lampu blkg cun.mcm lampu passo smoke.tentang istilah menunjuk2&riak ni aku rasa kena perhalusi lagi.boleh bankrap tauke2 & runner2 brg halfcut klu kita just terima apa seadanya dan x ubah apa2 kat kereta kita.klu pakai statement tu maknanya ramailah juga haji2 & ustaz2 yg riak coz sama2 main kereta

  8. Mahmood
    Apa gua tulis tu jelas, kalau mengaji dengan niat nak menunjuk pun salah bro. Bila tukar parts kereta kena tengok balik apa niat kita sebenarnya. Kalau niat nak menunjuk memang tak boleh la tapi kalau tukar disc brek daripada kedai half cut untuk kereta lagi selamat tu kan dah lain bunyinya. Benda riak ni tak kira haji atau ustaz.

  9. masalahnya berapa kerat yg tukar niat utk keselamatan.lagi 1 yg tukar bodikit ke JDM tu nak kategorikan apa.bodikit asal x selamat ke?ambil contoh aku sendiri, kereta dah siap bikin,’murtad’ JDM luar dlm.kereta jln seminggu sekali pun payah. dia lebih kepada KEGILAAN & bukannya apa2

    • Nak tukar barang apa pun ok, tapi sebelum tu cek dulu niat, adakah kita pasang tu untuk orang tengok kemudian kita rasa bangga.

      Gua bagi contoh, Wira Aeroback SE dengan rim 16 inci dan tayar lebar tu bukan Proton suka-suka pasang tetapi kereta dengan tayar lebar lebih selamat pada permukaan tar. Sebab banyak sentuhan tayar pada tar.

      Satu lagi ialah perbezaan kereta dengan kit badan yang aerodinamik berbanding tanpa kit badan pastinya yang ada kit badan lebih stabil.

      Cuba faham dulu apa gua tulis, gua bukan nak halang mod tetapi nak merasionalkan saja apa yang kaki mod suka buat, niat kena betul bro.

      ps: Gua rendahkan kereta & pakai rim besar bukan sebab cantik saja, tetapi kereta rasa lebih berat dan tidak terhoyong-hayang.

  10. sokong mak uia..
    skirt,lips,gt wing sume 2 de fungsi msg2 bkn psg untuk tayang kt org..tgok org psg kite pn nk psg..adoyai..
    xsilap gua de kaitan ngn air flow distribution n de kaitan ngn dynamic n fluid nth la xigt..time klas tido dulu..

  11. Memang chun la bodykit Alza ni. Kalau gua nak pasang kat Alza gua, mana boleh dapat ini bodykit…? Gua punya Alza bukan calang-calang orang punya Alza beb. Gua beli second, tapi dari orang besar jugak la. Gua rasa staff Perodua mesti ingat punya lah dengan gua punya Alza… Mana boleh dapat ini bodykit….?

  12. Hi. Where can I get this wide body kit from for Alza.

    Leonard
    0178811397

  13. Kalau tukar sportrim or bodykit memang la orang nampak.. hihi.. kene tukar dalaman la baru orang x nampak.. kita tukar itu ini ikut kemampuan dan cita rasa. Atau hobi.. jadi pada saya x salah.lagi pon orang tu mampu.. peace…

Kata Anda//