Pameran Jalanan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 25 Proton!

Karnival Proton 2010.09

Sempena ulang tahun ke 25, Proton akan mengadakan pameran bergerak daripada 18 November hingga 31 Disember ke seluruh semenanjung dengan sebelas lokasi persinggahan. Destinasi pertama ialah di Stadium Indera Mulia, Ipoh bermula semalam [18 November] dengan 180 peserta yang menaiki 60 kenderaan Proton termasuk 25 kenderaan dari pelbagai kelab pemilik kereta Proton.

Karnival Proton 2010.01

Antara yang dipamerkan ialah pencapaian Proton selama 25 tahun termasuk beberapa model konsep seperti yang dipertontonkan pada KLIMS baru-baru ini. Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri kereta lumba Satria Neo S2000 yang digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC], Exora Extended Range Vehicle yang memenangi perlumbaan Brighton to London Future Car Challenge, hibrid EMAS dan kereta konsep Jebat dan Kasturi. Peminat kereta juga dijemput untuk melawat Studio Proton Design bagi mendapat peluang melakar kereta secara digital serta pemodelan tanah liat [clay modeling].

Karnival Proton 2010.02

Sebagai sebahagian daripada Kempen Keselamatan Proton dan tanda penghargaan, setiap lokasi persinggahan juga disediakan krew servis dan pemilik kereta Proton boleh membawa kenderaan mereka untuk pemeriksaan keselematan 18 poin. Golongan yang tidak bernasib baik juga tidak dilupakan dan bagi memenuhi program tanggungjawab sosial korporat [CSR], Proton turut menjemput rumah-rumah kebajikan dari setiap negeri semenanjung untuk menyertai program khas dan penyerahan barangan persekolahan.

Karnival Proton 2010.04

“Ini adalah peluang untuk kami mendekati masyarakat, kerana tidak semua orang mampu datang melawat kami di sini. Proton semakin berkembang, matang serta berpengetahuan sebagai pembuat kenderaan dan sementara kami bergerak ke hadapan untuk menjadi pembuat kereta global yang kompetitif, kami ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan seluruh rakyat Malaysia yang juga pemilik Proton pencapaian dan cita-cita kami untuk masa hadapan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Teks: Proton

-Mak Uia-

Muhammad

7 Comments

  1. 2nd. Entah gua tak taw, gua baca tajuk ni ingat demo jalanan tadi ekekeke. Sori bos. Jgn marah.

Kata Anda//