Jualan Proton Meningkat 12.5% – Proton Saga Paling Laris!

PROTON merekodkan kenaikan jualan 12.5% setakat tahun sehingga Oktober lalu dengan jumlah jualan sebanyak 56,297 unit berbanding 50,091 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini dapat dicapai meskipun  keseluruhan jualan kereta pada September 2017 mengalami penurunan berikutan bilangan cuti umum yang banyak pada bulan tersebut.

Peningkatan ini turut disebabkan oleh pertumbuhan sebanyak 1.7% tahun sehingga kini untuk jumlah keseluruhan industri (TIV) berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Kerusi Bayi & Kanak-Kanak Perodua Pada Harga Istimewa – Hanya RM 660 & RM 780

Pada 30 Oktober lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Ab Aziz Kaprawi telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua dan Kerusi Kanak-Kanak Perodua di Perodua Sentral, Petaling Jaya.

Istimewa sempena kempena ini ialah penawaran kerusi bayi dan kanak-kanak pada harga mampu milik dan ia boleh dipesan semasa pembelian kereta baharu Perodua.  Sehingga Tahun Baru Cina 2018, harga pengenalan untuk kerusi bayi dan kanak-kanak GearUp ialah RM660 dan RM780.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Honda HR-V 2016 Terlibat Dalam Penggantian Semula Bar Penstabil Depan

Honda-HR-V-2015

Honda Malaysia telah mengumumkan panggilan semula sebanyak 2,814 unit model HR-V tahun 2016 kerana terdapat kemungkinan bar penstabil depan boleh patah di bawah tekanan tinggi.

Kerosakan itu berpunca dari suhu yang tidak mencukupi semasa proses pengeluaran dan mengakibatkan kerosakan yang mungkin berlaku semasa tekanan tinggi.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Honda CRF250 Rally & CRF250L 2017 Kini Di Pasaran

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengumumkan penawaran model CRF250L dan CRF250 Rally 2017 serba baharu untuk memenuhi kehendak penggemar motosikal pengembaraan ringan yang menginginkan keseronokan tunggangan di atas jalan raya dan off-road bagi kembara hujung minggu, keselesaan untuk dibawa melancong dan berfungsi praktikal untuk kegunaan harian.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Geely GC9 Terpilih Sebagai Kenderaan Diplomatik China

Geely Auto (Geely) mengumumkan bahawa Biro Perkhidmatan Kementerian Luar Negeri China akan terus menggunakan model sedan daripada Geely, Geely GC9 sebagai kenderaan rasmi diplomatiknya.

Sebanyak 50 unit Geely GC9 baharu diserahkan kepada Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing pada satu majlis penyerahan, yang mana kereta tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik di China.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Volvo S90 T8 Twin Engine Inscription CKD Kini Sudah Boleh Ditempah

Volvo Car Malaysia telah mengumumkan S90 T8 Twin Engine Inscription yang dipasang di kilang Shah Alam sudah sedia untuk ditempah pada harga RM 348,888 (di atas jalan tanpa insurans).

Volvo S90 sebelum ini diimport (CBU) dan dipasarkan melalui dua varian iaitu V90 dan S90 T6 AWD R-Design.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Haval H2 CKD Kini Di Pasaran – RM98K dan RM102K

Pengedar rasmi jenama Haval di Malaysia, Go Auto melancarkan model Haval H2 versi pemasangan tempatan (CKD) dengan memperkenalkan beberapa pembaharuan dari segi penampilan dengan harga bermula RM98,950 untuk Comfort Auto dan RM 101,950 Premium Auto, termasuk insurans dan cukai jalan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

VPCM Lancar Akademi Automotif Volkswagen Pertama

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini melancarkan Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia secara rasmi.

Terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam, akademi baharu itu memiliki keluasan lebih 14,117 kaki persegi.

Ia dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: