Nissan Juke-R: Dibuka Untuk Dibuat Koleksi

Awal bulan ini Nissan UK telah mengumumkan kalau sesiapa ada duit dan dah tak ada apa nak dibeli maka silalah beli Juke-R. Untuk info, Juke-R hanya dibuat kalau ada tempahan dan dalam unit terhad.

Juke-R dengan enjin 3.8 liter telah dibuat debut globalnya di Dubai pada Januari lepas dan telah menerima pengesahan pembelian sebanyak tiga unit. Dua darinya datang daripada pembeli Dubai yang berprofail tinggi.

Nissan akan membina lebih Juke-R berdasarkan permintaan dan akan mengambil pesanan sepanjang bulan ini sebelum produksinya dimulakan.

Juke-R asal menggunakan pakej tahun 2010 dan untuk model baru nanti, Juke-R akan menggunakan enjin dan casis GT-R tahun 2012. Produksi untuk tempahan pertama sudah pun bermula dan tiga kereta terawal akan dihantar kepada pemiliknya beberapa bulan lagi.

Gareth Dunsmore, Pengurus Pemasaran Produk Juke, berkata: “Juke-R sebenarnya adalah projek one-off sahaja untuk mengabungkan dua model Nissan paling inovatif, tetapi reaksi yang diterima di Dubai sangat menggagumkan di mana publik membuat tawaran sewaktu di atas jalan!

“Dengan reaksi yang kuat dan tiga tempahan, kami membuat keputusan untuk menjadikan kereta itu sebagai realiti. Kami tidak boleh menghampakan peminat yang mahukannya sebagai koleksi kereta mereka. Juke-R telah menjadi suatu fenomena dan saya sangat bangga dengan impaknya. Pada masa akan datang, ada lagi berita yang bakal menyusul mengenai Juke.”

Kepada sesiapa yang berminat dan dah habis tanggungjawab sebagai manusia prihatin dan nak merasai nikmat dunia, silalah sampaikan pesanan anda ke alamat: Juke-R@Nissan.co.uk.

-Md Uia-

Muhammad

9 Comments

  1. how to order? via skynet?? poslaju?

    gimme the salesman contact no.. very lazy to do marketing in msia.. you think i cant afford to pay?

  2. cute ape..awek2 pon sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  3. best btol kalo dpt pihak atasan yg supportive mcm nissan UK neh. luluskan dana utk projek one off mcm ni dgn tujuan suka suka. kalo pihak atasab proton mcm ni, gua yakin proton akn keluar dgn model2 yg lbh menarik dan pawer… mungkin akn kluar plak tiara enjin 1.6 CFE turbo. hahahaha

  4. kalo nissan buleh tarok enjin R35 kt body juke xkn proton x buleh.rsnye kejuruteraan bawah pokok kt malaysia ni pun da byk wat projek kacuk mengacuk ni.hahahahaha…. projek juke R ni gua rs lbh kpd membuktikan bahawa mereka ade teknologi utk wat projek projek mcm tu. to prove that they have the technology. perghhh… ckp omputih plak gua. hahahaha

Kata Anda//