MRC Kenyir 2010: Lohitt Urs Juara!

Muhammad Rafiq Udhaya MRC Kenyir 2010.01

Pasangan India-Malaysia, Lohitt Urs dan Manohar Menon yang memandu Mitsubishi Lancer menjuarai pusigan ketiga Kejohanan Rali Malaysia [MRC] di Tasik Kenyir semalam dengan masa total 1jam 39minit dan 40.0saat. Di tempat kedua pula Muhammad Rafiq Udhaya dan Sean Gregory dari MRU Motorsport yang memandu Subaru Impreza dengan masa 1jam 43minit 22.2saat. Menambahkan lagi kegembiraan MRU ialah apabila sepasang lagi pelumba mereka, Muhammad Siraj Abdullah dan Abi Redzuan menamatkan perlumbaan dengan kereta nasional, Proton Satria Neo dengan masa 1jam 46minit 43.8saat.

Karamjit Singh MRC Kenyir 2010.01

Dengan kemenangan Muhammad Rafiq menjadikan beliau peneraju kejohanan meninggalkan Karamjit Singh yang gagal menamatkan perlumbaan apabila aci pacu Mitsubishi Evolution 8 nya tercabut. Kemenangan Muhammad Siraj pula mengukuhkan penguasaan MRU Motorsport dalam kategori pasukan.

Pusingan terakhir MRC akan berlangsung pada pertengahan bulan Disember di Perlis.

Sumber Foto: Malaysianrally.com

-Mak Uia-

Muhammad

One Comment

  1. susah gak nak maintain kemenangan dalam rally ni…papepun tahniah kepada pemenang…

Kata Anda//