Motor: Honda CBR250R, Masuk Malaysia Jo!

2011 Honda CBR250R

Honda telah mengeluar dan menawarkan model terbaru, CBR250R di Thailand pada November lepas. Yang menariknya motosikal tourer ini adalah model global yang mana senarai importnya adalah Jepun, Eropah, Amerika Utara, Australia dan ASEAN. Bila bercakap pasal ASEAN maknanya Malaysia pun masuk senarai jo!

Penyelidikan dan pembangunan [R&D] CBR250R dimulakan secara asas di Thailand dan dilanjutkan di Jepun. Untuk memenuhi pelanggan dengan pelbagai citarasa, Honda menggunakan konsep “Sport Quarter for One World, CBR250R” dengan tujuan memberikan keseronokan tunggangan sama ada untuk penunggang baru atau lama.

2011 Honda CBR250R

Honda India turut akan mengeluar CBR250R untuk pasaran India dan Amerika Selatan. Motosikal ini digerakkan dengan enjin sejukan cecair 250cc empat lejang DOHC baru yang senang untuk digunakan. Enjin ini juga menepati piawaian emisi Euro 3, suatu yang wajib untuk motosikal global. Sistem minyak menggunakan teknologi Honda yang terkenal iaitu PGM-FI dan sensor 02 dengan catalyzer dalam ekzos.

2011 Honda CBR250R

Fairing penuh motosikal ini bukan hanya untuk estetik sahaja malahan turut berfungsi dalam pengendalian disamping pengawalan angin pada penunggang mahupun enjin. Dari segi keselamatan pula, CBR250R dilengkapi Combined ABS yang berfungsi menjadikan motosikal lebih stabil semasa membrek, Combined Brake System [CBS] adalah sistem brek bersilang antara depan dan belakang manakala Anti-Lock Brake System [ABS] adalah sistem brek yang menghalang roda daripada terkunci sewaktu brek mengejut atau keadaan yang tidak disangka.

Namun, yang paling hebat adalah harganya. Di India motosikal ini dijual di bawah RM15 ribu.

Sumber foto: Honda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

32 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on 06/12/2010 at 8:48 AM
    • Reply

    kalau di india rm15k,di malaysia berapa??…matpon tolong kira..

  1. di malaysia cukai 200% so sendiri kira hehehe

    • pak mat tempe on 06/12/2010 at 12:43 PM
    • Reply

    25k-35k arr 2

  2. gua rasa bawah 25k nih…………….

    • Jamil Butang on 06/12/2010 at 6:07 PM
    • Reply

    Dengar gossip2, yang masuk malaysia single silinder je. zzzzzz……

    • Joule on 06/12/2010 at 6:36 PM
    • Reply

    harga pusing2 dekat2 ninja la kot..

    • 5ruz on 06/12/2010 at 11:24 PM
    • Reply

    Ada can harga mcm Kawasaki ER-N6 nihh…..

    • encikpadil on 07/12/2010 at 9:26 AM
    • Reply

    kawasaki dah lama ada, honda baru ada, yamaha mana?

    • sas on 07/12/2010 at 2:36 PM
    • Reply

    kalu rege rm >< 20k baik beli muto sing. dpt 1000cc second.

    • exJAVANESE on 07/12/2010 at 8:49 PM
    • Reply

    Kt KLIMS ade sebijk..23k jee..650cc..NAZA Blade bru..huhuhu

    • Cekwang on 09/12/2010 at 10:54 PM
    • Reply

    Honda Rider all the best. Hahahaha….Takpon wave,ex5….blalalala

    • doyok on 10/12/2010 at 10:51 AM
    • Reply

    byk nampak baka vfr daripada cbr

    • nz on 17/02/2011 at 10:01 AM
    • Reply

    yamah bukan xnk kuar..ade model2 camni
    tp ikut market malaysia jugak sy rasa
    malaysia pulak bukan kurang peminat
    tp semuanya atas faktor cukai yang melampaui batas

    • kancilburuk on 17/02/2011 at 12:01 PM
    • Reply

    dengar cite masa launch kat SIC neari…

    harga dalam lingkungan RM11K lebih aje…

    ok la tu!

    • jika apa on 18/02/2011 at 10:00 PM
    • Reply

    RM11k bleh la nk beli… buat hrga mcm er-6 bail cari honda raider kt mudah.com ja…
    xpon beli keta trus, ke-70 ka,ferio ka…
    hahahahaha

  3. Dah jual, RM18k – 21k

    • hasang on 19/02/2011 at 6:04 PM
    • Reply

    Baik luorg simpan tzm korg… 5 -10 thn lg meletop blk tu,..

    • bijan on 20/02/2011 at 2:05 PM
    • Reply

    dah jual.. 18k.. without ABS, 21K..with ABS

    • azimat on 24/02/2011 at 11:16 AM
    • Reply

    Dah buat sikit homework. kalau nak dibanding dengan ninja 250, honda lebih baik dari segi handling dan torque, tp dari segi kelajuan, ninja lebih laju. Cbr lebih vibrate dari ninja terutama sekali bila capai 7000 rpm. accelerate pun cbr kalah:
    cbr : 0-100km 8.4 saat. ninja 7.6 saat je.
    Fuel consumption : honda sangat baik, melebehi 70mpg, ninja lebih kurang 63-65mpg je.
    Kesimpulan, nak kepada elegance dan ekonomi, pilih honda, nak kepada power, pilih kawasaki, sekarang ninja dah ada versi injection.

  4. Handsome this bike, smart tapi tak ganazzz… bley pakai neck tie naik motor ni…

    • beca250rr on 26/02/2011 at 3:29 PM
    • Reply

    cantik gak….tapi nmpk slim sket…mcm 150 je…hehehe…

    • M13 on 27/02/2011 at 1:28 AM
    • Reply

    Bleh masuk loan 20 tahun ke?

    • pak maun on 04/03/2011 at 3:25 PM
    • Reply

    minat tu ada tp dlm d lema nk angkat cbr atau er6n jer klu da alang2

    • knee down@ bukit tggi on 29/03/2011 at 2:01 PM
    • Reply

    kawasaki ninja 250r overpriced…

    patut harga ninja ard cbr250r nye price jugak..

    refer rantau asia lain

    org malaysia ni kreative2..dapat c70 pn leh titik 135lc…

    dapat cbr250r boleh titik er6 barangkali…dashayt2

    • Lanun on 02/06/2011 at 6:11 PM
    • Reply

    tukar enjin cbr1000rr kat thailand.dengar citer kat sana boleh buat.complete ngan nombor enjin.kene road block jpj sendiri tanggung sendiri da.jampi-jampi le sikit moga-moga dia tak perasan

    • nobi santa on 19/08/2011 at 8:58 AM
    • Reply

    kat KL takde cawangan Honda ke?puas cr kedai moto honda.ingat nak g tengok dulu.klu berminat nak cube dulu.

    • encikpadil on 20/08/2011 at 10:04 AM
    • Reply

    1 silinder? 2 silinder? arrrrrgggggggg, zx2 dalam kenangan…

    • izzara on 20/12/2011 at 4:52 PM
    • Reply

    nak tanye ade tak sape2 tahu harga tayar, spoket or ape2 pasal moto nie..nak tahu maintainace die..

  5. izzara …lu pegi kedai spare parts dkt Sentul nun…mcm2 ade…pilih je kedai mane lu nak…

  6. gua nak angkat lusa ini punya motor… trade in lc gua beb…. mmg gua nk pkai nektie nek mtr ni… hahaha… x nak laju2… kalu x terbang gua punye neck tie… kesimpulannye… sape minat bli la… sape x minat… x yh bli.. abih citer… hik3…

    • syazwirepsol on 05/02/2012 at 4:04 PM
    • Reply

    harga dia bawah 19k

    • sacha islam on 03/01/2013 at 10:18 PM
    • Reply

    salam.. saya seorg wanita berumur 18tahun.. minat gan motor yg berkuasa tinggi dan ingin memiliki nye,,, motor ni harga nye berape ???

Leave a Reply to pak mat tempeCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.