Modenas Kriss MR2 110CC kini di pasaran – RM3,890!

Modenas Kriss MR2

Motosikal Dan Enjin Nasional (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad telah melancarkan model terbaru KRISS MR2 pada harga mampu milik iaitu RM3,890.00 (harga runcit disyorkan, tanpa CBP). 

KRISS MR2 tampil dengan reka bentuk yang berani dan agresif menampilkan sistem gear berputar dengan kuasa enjin yang mampu mencapai 6.2kw @ 7,500rpm.

Ciri-ciri lain termasuk lampu depan dan belakang yang menarik dan sporty serta tangki minyak berkapasiti 4.5 liter yang mampu bergerak sejauh 200km. Selain daripada tangki minyak yang besar, ia juga mempunyai ruang simpanan barang yang luas iaitu 6.6 liter beserta ruang simpanan untuk kit penyelenggaraan di bawah tempat duduk.

Rim aloi bersaiz 17” yang unik juga terletak kemas bersama cakera brek depan untuk cengkaman yang efisien.

Modenas Kriss MR2

Modenas percaya KRISS MR2 mampu meningkatkan penguasaan pasaran segmen sebanyak 10 peratus menjelang akhir tahun 2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS / Edaran Modenas Sdn Bhd (Emos) Amirudin En. Abd Kadir, keyakinan itu disokong oleh permintaan yang meningkat terhadap motosikal mampu milik dan nilai untuk wang dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang.

“Kami percaya bahawa enjin 4 lejang berkuasa 110 cc, yang menepati piawaian baharu Euro3 akan menjadi daya tarikan kepada generasi muda yang mencari keseimbangan  di antara motorsikal berkuasa dan nilai untuk wang,” katanya.

MODENAS mensasarkan untuk mencapai jualan keseluruhan sebanyak 60,000 unit dalam pasaran tempatan dan serantau menjelang akhir tahun. MODENAS telah berjaya meningkatkan kecekapan teknikal pembuatannya bagi memastikan kos operasi yang minimum dalam pembangunan KRISS MR2 di mana penjimatan kos itu dikembalikan kepada pengguna.

“Saya gembira untuk menyatakan bahawa kami telah berjaya meningkatkan kecekapan pengeluaran dan perkhidmatan sokongan selepas jualan, yang menyumbang kepada pengurangan yang besar dalam kos, dan ini dapat dipindahkan kepada pelanggan kami. Di MODENAS, kami amat menitik beratkan kualiti dan sentiasa peka terhadap keperluan pasaran bagi golongan berpendapatan pertengahan dalam memperkenalkan model-model dan variasi baharu”, tambah Amirudin.

Modenas Kriss MR2

MR2 merupakan kombinasi dua konsep warna di antara ‘Sand White’ dengan ‘Celebration Red’, serta ‘Strike Blue’ dan ‘Canary Yellow’.

Sementara itu, bagi meningkatkan Perkhidmatan Sokongan selepas jualan, MODENAS akan membuka Pusat Latihan yang kedua di Subang Service Center pada pertengahan bulan April 2017 bagi memberi sokongan kepada perkhidmatan selepas jualan dan rangkaian pengedar yang lebih sistematik.

Galeri gambar Modenas Kriss MR2:

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.