Oct 21

Mitsubishi Lancer 2.0 DI-D Juro

Mitsubishi Lancer 2.0 DI-D Juro.01

Selain Aston Martin yang menjenamakan semula Toyota iQ, Mitsubishi juga popular dua tiga hari kebelakangan kerana Lancer yang dijelmakan sebagai Inspira. Pelbagai hujah ditampilkan sama ada dari kem pengguna yang menyokong atau membangkang projek ini dan rasanya satu negara pun tahu bila mana seorang ahli parlimen mendakwa tindakan Proton ini sebagai memalukan negara. Ini bukan soal maruah negara tetapi ringgit dan sen, seluruh rakyat lagi malu rasanya jika Proton gagal dalam bisnes dan tidak mampu bertindak dengan mood pasaran.

Kembali kepada entri ini, saya tidak pernah mendengar tentang Mitsubishi Lancer 2.0 DI-D Juro sehinggalah siaran akhbar mengenainya disebarkan. Walau bagaimanapun tidak banyak info yang dibekalkan terutama sekali enjin dieselnya. Antara info yang diberi ialah sistem hiburan dari jenama Kenwood yang diintegrasikan dengan navigasi satelit, bluetooth, kamera undur dan sambungan iPod. Pakej keselamatan pula terdiri dari beg udara pada bahagian depan, sisi, tirai dan lutut. Sistem brek pula didatangkan dengan Emergency Stop signal System [ESS] dan Brake Assist [BA]. Terdapat enam warna yang kesemuanya metalik iaitu Cool Silver, Stone Grey, Orient Red, Amethyst Black, Lightening Blue dan Frost White.

Harga model ini bermula dari GBP14,999. Carian akhir saya enjin 2.0 DI-D Juro ini merujuk kepada 2,000 cc 16 injap pengecas turbo dengan interpendingin [intercooler]. Sistem minyaknya ialah pam minyak suntikan terus yang dikawal secara elektronik. Enjin diesel generasi baru adalah menjimatkan dan mesra alam.

Cakap-cakap industri mengatakan yang Lancer Hatchback akan dibawa masuk untuk mengantikan Lancer Sedan.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

17 comments

Skip to comment form

    • delusional of love on October 21, 2010 at 8:12 am
    • Reply

    Org yg xpaham je akan kutuk proton..

    • C27 on October 21, 2010 at 8:25 am
    • Reply

    orang bengap aja akan kutuk Proton..

  1. yg penting jgn kutuk myvi gua… hu hu hu

    • C27 on October 21, 2010 at 10:18 am
    • Reply

    Gua faham..lu adalah penyokong tegar Myvi..kehkehkeh..
    pat, fazrin dah order Inspira tu..

    • kete_hitam on October 21, 2010 at 10:25 am
    • Reply

    buat Inpira erobek cung jugak nih…

    • Han on October 21, 2010 at 12:50 pm
    • Reply

    waa, lama da gua tak dengar istilah erobek..
    inspira erobek pun smart jugak.. hhuhuhuhu

    • gua_pangkah on October 21, 2010 at 3:23 pm
    • Reply

    sapa ahli parlimen tu bro? tongong nye… gua nk tanya dia… apa yg lu tau tntg KEJURUTERAAN? kalu main catur, nk menang pakai akal ke pakai kepala lutut? ke saja nk jd champion kt parlimen… lain kali guna mulut pakai otak, jgn pakai perut. proton belum bodoh utk memalukan negara!

    • Cekwang on October 22, 2010 at 8:28 am
    • Reply

    Aku pun bengkek gak bila dpt tau yg ahli parlimen tu kata mcm tu.Aku yg join dunia KEJURUTERAAN ni pun kena bersaing utk hasilkan idea dan kerja yg bernas.

    • the123code on October 22, 2010 at 2:24 pm
    • Reply

    nasihat skit kt ahli parlimen tu..
    aku sokong statement Cekwang tu.

    • highway star on October 22, 2010 at 4:46 pm
    • Reply

    salam semua ahli.

    aku sokong apa yg cekwang & the123code ckp kan.
    tp mungkin dia (ahli parlimen)ada masalah xpaus ati dgn proton sampai tergamak kata mcm 2.
    tp kita sebagai manusia yg blh pk jgn hentam dia mcm 2.
    cuba minta org media g kcu dia. srh dia ckp kat media knp dia down kan proton.

    sekian.

    • belalang_kontot on October 22, 2010 at 5:45 pm
    • Reply

    die orang politik, so tau berpolitik je…
    mungkin ilmu bisnes die kurang…
    maafkan die…

    tapi kalo pasal bisnes Proton pun nak dipolitikkan, sampai bile Proton nak majunye?
    Aduhaii…Aduhai….

    • Ahli Politik on October 23, 2010 at 11:08 am
    • Reply

    kalu xnk politik..xyah la cukai belambak
    aku nak beli gtr ni
    lari….jgn mrh aku!!aku xtau pape!!

    • v00nz on October 23, 2010 at 9:48 pm
    • Reply

    kenaper keta proton banyak tersadai ahh??x der org nak beli keta proton ker??kalu bleh,ikut permintaan,baru bleh kuar keta tuu….kalu permintaan sdikit tp keta banyak kuar,mcm membazir je bunyi nyer!!(aku pake myvi)mau tunggu sbulan jo!!

  2. jualan x setimpal tuk kos RnD.
    tu yg plagiat lancer, takat syarat tuk waja.

    • bmw (budak muda wei) on October 24, 2010 at 12:38 am
    • Reply

    atee cobe deme rebadge kn kete mercedes kt proton.bru le layak ahli parlimen tu nk downkn proton.ini tidak, tau duduk mengangkang kt tmpt seat blakg aje.d suhnye drebar bwk kete mhl2.sedri xnk bwk.

    • bawang on October 24, 2010 at 11:09 pm
    • Reply

    Wind up Proton as it’s a failure, says Bung Mokhtar
    BACKBENCHER’S Club deputy chairman Datuk Bung Moktar Radin has called for Proton to be wound up claiming that the national car maker had embarrassed the nation by trying to pass off a rebadged Mitsubishi Lancer as the Proton Inspira.
    Bung Moktar (BN-Kinabatangan) said h…e could not accept Proton’s excuse that it was too costly to develop its own car to replace the Proton Waja.
    “Proton said it would cost RM700mil to produce a new car. If it cannot afford (to design a new model), then just close down.
    “Do not embarrass the country. Proton has been doing research and development for years. Don’t tell me that there is no design that can make the people proud,” he said while debating the Budget 2011-sumber the star

    • akula on October 26, 2010 at 9:28 am
    • Reply

    harap suv proton nnt adalah wajah proton sndri..

Leave a Reply

Your email address will not be published.