Minyak pelincir Shell ini khusus untuk kenderaan dengan jarak perbatuan lebih dari 100K KM

Shell Helix High Mileage 15W-50

Bagi pemilik kenderaan yang telah mempunyai jarak perbatuan yang tinggi, kini terdapat minyak enjin khusus Shell Helix yang dapat membantu ‘melawan’ kesan penuaan (ageing).

Minyak enjin Shell Helix High Mileage 15W-50 synthetic technology multi-fuel baru ini dirumus khas dengan Teknologi Flexi Molecule menawarkan perlindungan khusus kepada enjin terutamanya sekali kenderaan dengan bacaan odometer lebih dari 100,000 km.

Shell Helix High Mileage

Shell Helix High Mileage menawarkan perlindungan dari kehausan sehingga 40% lebih baik untuk membantu memanjangkan jangka hayat enjin. Teknologi Active Cleansing dari Shell juga dapat menjadikan enjin lebih bersih seterusnya memberikan prestasi yang lebih baik dengan mengelakkan pengumpulan enap cemar dan endapan lain yang boleh membawa kerosakan.

Secara purata, ia terbukti dapat membantu menyingkirkan enap cemar sehingga 34% pada penukaran minyak yang pertama.

Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter Shell Helix High Mileage baru ialah RM148 bagi Semenanjung Malaysia dan RM150 bagi Sabah dan Sarawak. Satu pek 1 liter dijual pada harga RM40 di Semenanjung Malaysia dan RM41 di Sabah dan Sarawak.

Sempena pelancaran minyak pelincir baharu ini, pemilik kereta yang memilih untuk menggunakan Shell Helix High Mileage 15W-50 bagi servis penukaran minyak di bengkel-bengkel terpilih akan menikmati potongan harga sebanyak RM25 bagi setiap pek 4 liter daripada jumlah invois.

Promosi ini sah dari 15 Mac hingga 15 Mei 2017.

Separuh dari 11 juta kenderaan berusia lebih dari 10 tahun

 Shell Helix HM 15W-50

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Shairan Huzani Husain menyatakan bahawa varian minyak motor Shell Helix yang terkini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyediakan penyelesaian yang inovatif dan tertumpu untuk memenuhi keperluan pemanduan harian.

“Menurut statistik industri, terdapat kira-kira 11 juta kereta di atas jalan di Malaysia dan kira-kira separuh daripada jumlah itu berusia 10 tahun atau lebih.  Shell Helix High Mileage dirumus khas untuk menangani masalah yang biasa dialami oleh kereta yang mempunyai jarak perbatuan yang tinggi seperti kekotoran enjin, prestasi enjin yang berkurangan dan kebocoran minyak daripada kedap, gasket dan komponen yang telah haus,” katanya.

Pengarah Eksekutif Shell Lubricants SEA, Troy Chapman, menjelaskan bahawa Teknologi perintis Flexi Molecule merupakan kunci dalam melawan penuaan enjin dan membantu pemilik supaya kereta kesayangan mereka dapat digunakan dengan lebih lama.

“Apabila usia kita meningkat, tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral tertentu untuk membantu memperbaiki sel-sel yang rosak. Flexi Molecule yang dinamik dalam Shell Helix High Mileage baru juga memainkan peranan yang sama. Tidak aktif di bawah tekanan yang rendah, ia mempunyai kebolehsesuaian terhadap perubahan tahap tekanan enjin. Apabila haba dan tekanan yang sangat tinggi dikesan pada bahagian tertentu, molekul-molekul yang dinamik ini akan bergabung untuk membentuk lapisan pelindung, yang bertindak seperti ubat khusus dalam tubuh manusia,” katanya.

Formulasi lebih pekat

 Shell Helix HM 15W-50

Formulasi Shell Helix High Mileage yang lebih pekat membantu mengelakkan kebocoran minyak daripada kedap dan gasket yang sudah lama dan komponen yang telah haus.

Minyak tersebut juga mempunyai kadar kehilangan akibat sejatan yang rendah untuk mengurangkan penggunaan minyak dan kestabilan pengoksidaan yang hebat untuk mengelakkan penuaan minyak dan pembakaran.

Testimoni pemandu

Pemandu yang diberi peluang untuk mencuba Shell Helix High Mileage baru ini mendapati bahawa hasilnya adalah memberangsangkan. Berikut ialah testimoni dari pengguna:

“Ia menjadikan kereta saya lebih lancar.”

– Agilan Elan Ponnusamy, Mercedes Benz E200 Stationwagon keluaran tahun 1992, 323,000 km

“Perbezaannya begitu ketara sekali selepas memandu sejauh 300 km menggunakan minyak baru ini. Bunyi enjin adalah lebih padat semasa pemelahuan dan kurang teragak-agak semasa pecutan. Ia juga nampaknya berjalan pada suhu yang lebih rendah.”

– Daniel Fernandez, Volkswagen Golf GTi Mk 1 Cabriolet keluaran 1979, 135,000 km

“Saya memperolehi jarak perbatuan yang lebih dan penggunaan bahan api yang lebih rendah dengan Shell Helix High Mileage.”

– Dexter Raj, Honda City Vtec tahun 2007, 112,000 km

“Pada awalnya saya ragu-ragu tetapi setelah menggunakan minyak ini, kebocoran minyak telah berkurangan dengan begitu ketara dan saya tidak lagi perlu menambah minyak enjin!”

– Salihin Rahim, Perodua Kancil 850 EX tahun 2001, 220,000 km

“Bunyi enjin telah berkurangan dan kini saya mengalami perbatuan yang lebih baik.”

– Zhiji Ng, Toyota Camry 2.2 tahun 1996, 378,000 km

Silakan kongsi:

26 comments

Skip to comment form

    • Rxcv on 07/11/2017 at 4:34 PM
    • Reply

    keta lama blh gune

    • Pueh Yusu on 14/11/2017 at 6:31 AM
    • Reply

    keta lama boleh guna ni, tapi aq pelik dgn synthetic, apa beza full dgn semi ni?
    mana satu lebih bagus ni?

      • Zabidin on 14/11/2017 at 12:27 PM
      • Reply

      Mungkin lbh kurang sama dgn ron97 & ron95 cam tu kut
      Mmg mahal punya, lbh bagus

        • gongeng on 17/11/2017 at 7:15 AM
        • Reply

        hahaha, ron97 boleh guna jauh lagi compare dengan ron95, tapi sekarang minyak petrol dah mahal, memang sakit jika guna ron97, sama dengan minyak engin, mahal memang sakit

        • Pueh Yusu on 20/11/2017 at 5:25 AM
        • Reply

        hahaha, aku pun tau, macam tu sebernanya kereta kena guna sampai that mahal ke?
        aku pun bukan racer atau apa2, biasa guna kereta, pandu slow je…

    • Irwan on 14/11/2017 at 6:44 AM
    • Reply

    yang sy tau, ada mineral, semi dan full synthetic, mineral biasa bagi kereta baru, ada tiap2 berapa bulan kena tukar engin minyak…
    tapi semi dan full, saya tidak faham dah, harap ada org boleh guide korg

      • Bestari on 14/11/2017 at 9:52 PM
      • Reply

      aku sedang guna shell high mileage tu aka ke full, mineral atau semi?
      tapi aku kerata lama dia org kata guna ni lebih baik utk kerata… best utk kerata lebih 10 tahun ni…

        • freadoua on 15/11/2017 at 7:11 AM
        • Reply

        ya, tapi aku tengok shell high mileage ada warranty promotion, tapi jika shell high mileage best untuk kereta lebih 10tahun, warranty promotion itu hanya valid untuk kereta kurang dari 8 tahun

          • Sejati on 17/11/2017 at 9:17 AM
          • Reply

          hahaha… betul ni… mcm ada masalah sedikit…
          high mileage mesti nak sampai 10 tahun baru guna ke? biasa 5 tahun aku pun pernah cuba…
          tapi akhirnya kerata rosak betul2 dah tukar baru ni…
          minyak shell ni blh tahan hanya kerata cukup masa rosak dah…

          • Cik Malayisa on 22/11/2017 at 10:48 AM
          • Reply

          ya la..mana la ada yg blh gerenti seumur hidup…tp jika selalu guna minyak itam mcm shell high mileage ni..blh kurangkan kerosakan kat engine..mcm minyak bocor dll..klau x bocor x pyh nak masuk minyak itam byk2…
          bila engin dh bersih..nak start kereta pon senang kan…

        • Today on 16/11/2017 at 11:55 AM
        • Reply

        Masa tukar minyak enjin ko knp xtanya foreman tu?Atau ko sendiri tukar je?

          • Pueh Yusu on 20/11/2017 at 5:26 AM
          • Reply

          sendiri bukan senang nk tukar minyak engin, tidak tau tuang mana minyak engin yang lama

    • freadoua on 15/11/2017 at 7:13 AM
    • Reply

    high mileage ni memang untuk sesuai kereta yang lama ke?
    aku tengok high mileage pun ada warranty dari shell, tentang warranty banyak engine part…
    tapi warranty kereta yang tidak lebih 8 tahun…

      • suhunasam on 17/11/2017 at 7:35 AM
      • Reply

      ya lar, memang blur dengan shell ni, shell extended warranty kan?
      high mileage recommend bagi kereta yang lama tapi ada kat shell extended warranty promotion, pelik betul

        • Sejati on 17/11/2017 at 9:25 AM
        • Reply

        jika x silap kereta lama pun boleh pakai shell helix mana2 mcm hx7…
        bukan kata hanya kerata lama sesuai utk high mileage shj…
        ada warranty bagus la, tapi mesti nak ikut syarat2…
        lebih baik drpd apa warranty pun x ada… pergi register dulu sebab kita x tahu bila2 kerata akan masalah…

        • Cik Malayisa on 22/11/2017 at 11:02 AM
        • Reply

        yg high mileage ni minyak itam utk kereta lama yg selalu ada masalah bocor la dll..
        yg warranty tu utk engine dan parts..tpi ada T&C..kena baca dulu la…

    • mohamad on 21/11/2017 at 4:50 PM
    • Reply

    admin, klu pkai yg ni brape ribu KM baru kena tukar minyak baru?

      • Jutaa on 15/12/2017 at 9:17 PM
      • Reply

      biasa pekerja akan bagi satu plastic lekat dekat cermin kan… itu ingatkan bila nak balik service kereta…
      biasa aku guna shell helix7 8000k sekali… tak tahu ada betul ke… dia org kata sampai 10k pun blh…

    • ada on 07/12/2017 at 5:09 PM
    • Reply

    weeee

    • Syaba on 11/12/2017 at 9:50 PM
    • Reply

    Setiap 5 ribu kena tukar sekali kan? Tapi 5 ribu sgt cepat capai! sebulan sebotol…

      • Kekasih on 11/12/2017 at 9:58 PM
      • Reply

      Jika guna Shell Helix Ultra blh tahan 10km sekali… setiap minyak hitam lain…
      Ultra ni lebih panjang perjalanan dan lebih kuat tahan kpd enjin kita…

        • Jutaa on 11/12/2017 at 10:00 PM
        • Reply

        mcm mana beza shell ultra ni dgn shell hx7? harga ultra lebih tinggi drpd hx7…
        biasanya dengar kedai kata ultra baik tapi x jelas baik2… aku pun pakai apa kedai cakap shj…

      • Bravo Yee on 13/12/2017 at 4:26 AM
      • Reply

      sebulan sebotol? gila macam mana ko guna kereta? biasa pun 1 minggu isi 1 kali minyak, 1 minggu pun dekat 400KM saja… tapi aku rasa kereta lama yang guna shell high mileage ni, memang tahan lama kereta engin, x mungkin guna kereta sampai 1 bulan 5 ribu km, haha

        • Jutaa on 15/12/2017 at 9:16 PM
        • Reply

        hahaha… shell untung ada pemandu mcm anda… biasa satu botlle shell helix hx7 aku blh guna 3 bulan… rasa jimat dan enjin lagi bersih drpd dulu…

        • Kekasih on 15/12/2017 at 9:20 PM
        • Reply

        gila betul… dia dari 6am pandu sampai 6am ke? sebulan dah tukar sebotol…
        minyak enjin baik tapi kerata pun x blh tahan kan? hahaha, tapi kalau kereta x ada masalah maksudnya minyak berfungsi

    • Kurenie on 13/12/2017 at 4:22 PM
    • Reply

    Whuuuuttt?

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.