Kia Picanto Baharu [2]

Kia Picanto 201101

Kia Picanto baharu menjanjikan keselesaan kepada penumpang dengan saiznya yang lebih besar daripada model terdahulu, ruang kargonya juga 27% lebih luas. Picanto juga bakal ditawarkan dengan varian dua pintu menampilkan imej sporty dan bandar.

Bakal pembeli ditawarkan beberapa sesaran enjin iaitu 1 liter Kappa 3 silinder yang boleh menggunakan minyak biasa dan minyak campuran iaitu flex fuel dan bi-fuel serta enjin 1.2 liter Kappa 4 silinder petrol. Output kuasanya ialah dari 69 hingga 85 ps dengan tork di antara 94 hingga 121 Nm. Enjin bi-fuel 1 liter pula berkuasa 82 ps dengan tork 94 Nm. Transmisi pula sama ada lima kelajuan manual atau empat kelajuan automatik.

Kia Picanto 201102

Picanto baharu dibangunkan untuk memberi saingan kepada jenama lain dalam segmen A, selain daripada enjin yang efisien, luarannya bergaya dengan interior sofistikated dan mempunyai ciri-ciri kereta besar lain seperti lampu LED siang hari, butang menghidupkan enjin dan paling menarik standard dengan enam atau tujuh beg udara bergantung pada model.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Muhammad

7 Comments

  1. mnat ngan interior picanto ni.xde la futuristik sgt.cun.tp tang belah depan tu.muncung sgt

  2. aq dah ckp kereta korea cpt maju..hehe
    picanto ni jauh lebih lawa dr model lama yg lgsung xleh blah tu..

  3. lepas tu org2 Kia akan cakap,”Sejak Peter Schreyer menyertai kami 3 tahun dulu…” tak malu punya Kia,bangga dgn sentuhan mamat jerman tu!

Kata Anda//