KENDERAAN NISSAN NAIK HARGA, KETAHUI HARGA 2016 DI SINI

Nissan Almera 2015.01

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia hari ini mengumumkan kenaikan harga untuk beberapa model terpilih sebanyak 2.8% hingga 6.7% berkuat-kuasa 1 April 2016. Keputusan untuk menaikkan harga ini berikutan kemerosotan nilai Ringgit yang memberi kesan besar ke atas kos operasi keseluruhan syarikat.

ETCM sentiasa mencari jalan dan menilai peluang untuk mengekalkan harga kenderaan Nissan seperti sekarang demi kepentingan para pelanggannya. Malah, ia menjadi antara syarikat automotif terakhir yang menaikkan harga kenderaan. ETCM telah mengambil langkah rasionalisasi kos dan menilai semua operasi rantaian bekalan secara keseluruhan untuk mengurangkan kesan kemerosotan nilai Ringgit.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, “Berikutan tekanan berterusan akibat kemerosotan nilai Ringgit sejak beberapa bulan lalu, ETCM telah melaksanakan beberapa langkah perlu untuk mengurangkan impak tersebut. Namun, oleh kerana tukaran wang asing yang tidak memberangsangkan dan peningkatan kos operasi yang berlanjutan, harga beberapa model terpaksa dinaikkan.”

Kata beliau lagi, “Kami di ETCM sentiasa cuba untuk menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan. Kami telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kenaikan adalah seminimum mungkin dan ke atas beberapa model terpilih sahaja. Kami ingin memberi jaminan bahawa kami akan terus menawarkan produk dengan nilai tambah dan kualiti khidmat pelanggan paling tinggi sebagaimana yang diharapkan oleh pengguna.”

Harga Serena S-Hybrid, X-Trail, NP300 Navara dan NV200 tidak berubah. Kenaikan harga hanya melibatkan empat model CKD yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

Nissan 2016

Muhammad

Kata Anda//