KENDERAAN ELEKTRIK NASIONAL BAKAL DI PANDU UJI DI PUTRAJAYA MELALUI USAHASAMA PROTON, KeTTHA DAN MITI

Group Photo

PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER 2011 – PROTON hari ini menyerahkan sebanyak tiga unit model Saga ‘EV’ dan lima unit Exora ‘REEV’ kepada Pejabat Perdana Menteri serta empat lagi Kementerian Kerajaan iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF). Proton Saga ‘EV’ merupakan sebuah kenderaan elektrik, di mana ‘EV’ merupakan singkatan kepada ‘Electric Vehicle’. Proton Exora ‘REEV’ pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak, di mana ‘REEV’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘Range Extender Electric Vehicle’.

Penyerahan kenderaan-kenderaan tersebut memenuhi fasa pertama Program Kenderaan ‘Fleet Test’ yang merupakan satu usahasama di antara PROTON, KeTTHA dan MITI dalam membantu usaha Kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastuktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia. Program ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas serta data mengenai penggunaan kenderaan elektrik PROTON tersebut merangkumi sistem, teknologi dan rekabentuk kenderaan serta tingkah laku pengguna.

Dato Sri' Mohd Nadzmi handing over the mock key to PM

Pengerusi PROTON YBhg. Dato’ Sri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh telah menyerahkan kenderaan-kenderaan tersebut kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak serta Menteri-menteri berkenaan yang mewakili kementerian masing-masing di satu majlis penyerahan yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Turut hadir di majlis berkenaan adalah mantan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Penasihat PROTON, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, YBhg. Dato’ Sri Hj. Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang telah memberikan penerangan kepada YAB Perdana Menteri dan barisan Menteri kabinet berkenaan Program Kenderaan ‘Fleet Test’ serta kenderaan elektrik yang diserahkan.

Dato Sri' Hj Syed Zainal giving a brief to PM and Cabinet Ministers

Bersama-sama kenderaan elektrik, PROTON juga turut menyediakan kemudahan stesen pengecas (‘charging station’) kenderaan-kenderaan tersebut di premis Pejabat Perdana Menteri serta keempat-empat Kementerian yang terlibat. Sistem pengecas untuk kegunaan rumah juga akan dibekalkan kepada pemandu-pemandu kenderaan terbabit yang akan dikenalpasti daripada Pejabat Perdana Menteri dan keempat-empat Kementerian tersebut.

“Usahasama kami dengan pihak Kerajaan khususnya melalui pihak KeTTHA dan MITI dalam melaksanakan Program Kenderaan ‘Fleet Test’ ini adalah salah satu komitmen PROTON dalam menyokong objektif dan inisiatif Kerajaan untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida oleh kenderaan dan memelihara masa depan alam sekitar. Penggunaan kenderaan elektrik yang meluas di Negara kita juga, sudah pastinya akan dapat mengurangkan pergantungan pengguna terhadap petrol dan ini akan dapat membantu pihak Kerajaan dalam mengurangkan perbelanjaan subsidi bahan api secara keseluruhan,” menurut Pengerusi PROTON, Dato’ Sri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh

Mock key handover to Dato' Sri Peter Chin, Minister of Energy, Green Technology and Water

“Selain daripada itu juga, saya percaya inisiatif ini akan dapat menyumbang ke arah pembangunan modal insan dan kepakaran Negara dalam bidang teknologi automotif berasaskan sumber tenaga alternatif. Dalam aspek pembangunan industri automotif pula, inisiatif ini juga akan memberi peluang kepada Malaysia secara amnya dan PROTON secara khususnya, untuk menerajui pembangunan teknologi automotif hijau di rantau ASEAN dan menjadi hab serantau bagi kenderaan berteknologi elektrik dan hibrid,” menurut Dato’ Sri Mohd. Nadzmi lagi.

Daripada sejumlah lapan kenderaan yang diserahkan oleh PROTON, satu unit Exora REEV akan diberikan kepada Pejabat Perdana Menteri dan setiap Kementerian Kerajaan yang terlibat, manakala khusus bagi KeTTHA, MITI dan MOT, setiap Kementerian tersebut akan turut menerima satu unit Saga ‘EV’.

“PROTON berbangga kerana pada hari ini kenderaan prototaip Saga ‘EV’ dan Exora ‘REEV’ telah sedia dipandu-uji dan kami tidak sabar untuk mendapatkan maklumbalas mengenai penggunaannya daripada semua pihak yang terlibat dalam menggunakan kenderaan tersebut sepanjang program ini. Maklumbalas ini akan membantu kami dalam melaksanakan penambahbaikan dan pengubahsuaian yang sewajarnya pada kenderaan-kenderaan tersebut dan ini pastinya amat diperlukan sebelum pengeluaran dan pengkomersilan kenderaan-kenderaan tersebut dilakukan kelak. PROTON amat berterima kasih di atas sokongan pihak Kerajaan kepada PROTON dalam melaksanakan Program Kenderaan ‘Fleet Test’ ini,” menurut Dato’ Sri Hj. Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON.

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 15/09/2011 at 8:43 AM
    • Reply

    Go Proton go… gua berharap Persona R nanti ada teknologi KERS… hehe…

    • belalang_kontot on 15/09/2011 at 8:57 AM
    • Reply

    Harap lepas ni Proton berjaya produksikan keter ni kat pasaran….

  1. mahal tak nnt kete ni biler dah diproduksikan?

    • megatputrakuning on 15/09/2011 at 11:18 AM
    • Reply

    myvi dh kua 1.5…itu hari mag mne ntah buat test drive 1.3 nyer…tp bgtau 1.5 xdernyer…bai..tlg siasat gok….

    • Smut Liar on 15/09/2011 at 12:17 PM
    • Reply

    harap kuar model baru utk keta EV dan REEV ni..
    br nampak gempak skit..
    bila EMAS nak kuar ni…

    • jabroni on 15/09/2011 at 1:55 PM
    • Reply

    oh ya, gua br teringat hr 2 Datuk Syed Zainal cakap… org komplen kete elektrik ni senyap sangat sampai leh x perasan kalu lalu kt blakang kita ataupun kalu dia dtg dr jauh… Skrg Proton tgh wat kete 2 leh bunyi ikut suka kita… nk bunyi F1 ke, Ferrari ke, Harley Davidson pun boleh… hahaha…

    • megatputrakuning on 18/09/2011 at 9:58 AM
    • Reply

    merujuk kepada soalan goku>”eh..tak…bumper tu kitaorg design sendiri…”berikut kata2 org kuat perodua…hehehehe…biasalah…takkan nk kata tiru prius…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.