Kempen Servis Khas Untuk Toyota Prius 1.8

Toyota Prius C&A Custom Concept.01

12 Februari 2014 – Toyota Motor Corporation (TMC) mengumumkan kempen servis khas bagi menangani isu perisian yang mengawal pengubah galak (boost converter) Toyota Prius 1.8. Kesan yang dikenal pasti ialah pelbagai lampu amaran akan menyala dan seterusnya kereta berada di dalam fail safe mode yang mengakibatkan kereta kehilangan kuasa.

Pembaikan yang dilakukan ialah dengan menala semula perisian Motor Generator Control ECU dan Power Management Control ECU pada Toyota Prius yang terjejas. Sebanyak 6160 unit Prius 1.8 yang dibina dari tahun 2009 hinga 2013 telah terjual di dalam negara dan kesemua unit tersebut perlu menjalani proses penalaan semula. Walaupun tiada kes tempatan dilaporkan namun UMW Toyota tetap menjalankan kempen ini bagi memastikan kenderaan pelanggan kekal boleh dipercayai dan beroperasi pada tahap terbaik.

UMW Toyota akan menghubungi kesemua pelanggan terlibat dalam pelaksanaan kempen ini dan tiada caj dikenakan. Model lain (Prius C) yang dijual di bawah UMW Toyota tidak terlibat di dalam servis khas ini.

*Gambar Hiasan – Newspress

Muhammad

Kata Anda//