INFINITI VC-T: Enjin Nisbah Mampatan Pemboleh Ubah (Variable Compression-Turbocharged) Yang Pertama Di dunia Ini Sudah Sedia Untuk Produksi

INFINITI VC-T engine - 14 August 2016 - F3-42k

INFINITI akan melancarkan enjin Penjana Turbo Mampatan Pemboleh Ubah (VCT, Variable Compression-Turbocharged), iaitu sejenis enjin nisbah mampatan pemboleh ubah pertama di dunia yang merupakan salah satu ciptaan enjin pembakaran dalam yang tercanggih pada 29 September di Paris Motor Show 2016 (Mondial De/ Automobile).

Dengan tempoh pembangunan lebih dari 20 tahun, INFINITI akhirnya memperkenalkan enjin VC-T petrol penjana turbo empat silinder INFINITI baharu. Ini merupakan detik kejayaan yang cemerlang dalam teknologi rangkaian kuasa pembakaran dalam.

Roland Krueger, presiden Infiniti Motor Company berkata, “Teknologi VC-T merupakan peristiwa penting untuk INFINITI. Ia merupakan revolusi lanjutan dalam mengoptimumkan kecekapan enjin pembakaran dalaman. Kejayaan teknologi ini dapat menawarkan enjin petrol turbo 2.0-liter berprestasi tinggi dengan tahap kecekapan optimum pada masa yang sama.”

INFINITI -VC-T tech jpg 4k

Teknologi VC-T menandakan lembaran baharu dalam sejarah enjin pembakaran dalam – enjin tidak lagi terbatas kepada nisbah mampatan yang tetap. Kecerdasan teknologi enjin VC-T bergantung pada keupayaan enjin untuk menaikkan dan menurunkan ketinggian omboh dengan lancar. Hasilnya ialah sesaran enjin dan nisbah mampatan boleh berubah-ubah di antara 8:1 (untuk prestasi tinggi) dan 14:1 (untuk kecekapan tinggi). Enjin yang canggih ini dikawal dengan nisbah optimum, bergantung kepada keadaan pemanduan yang diperlukan.

Kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi VC-T kepada pemiliknya ialah pengurangan penggunaan bahan api, pelepasan asap, gangguan bunyi bising dan getaran yang ketara dan enjin yang lebih ringan dan padat berbanding dengan enjin konvensional yang sama.

INFINITI VC-T engine - 14 August 2016 - R3-42k

Maklumat lanjut mengenai enjin VC-T pertama di dunia akan dimaklumkan INFINITI di Mondial de l’Automobile pada 29 September, sempena sidang akbar syarikat tersebut pada 12:30.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.