Infiniti Bakal Memperkenalkan SUV Kompak Q30 di Frankfurt, Jerman Sehari Sebelum Hari Malaysia

Infiniti Q30 SECOND IMAGE image 4k - 1 Sept 2015

Hong Kong – Penampilan perdana Infiniti Q30 Premium kompak aktif yang pertama dijadualkan berlangsung di Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt tahun ini.

Penampilan luaran yang ekspresif dan uniknya menyumbang kepada visual dinamik bagi segmen kompak premium terbaru. Manakala, reka bentuk dan keluk dalaman Q30 yang ekspresif mewujudkan keperibadian yang diidamkan pemandu dan penumpang.

Pereka dalaman Infiniti telah memilih bahan-bahan dan proses yang paling berkualiti untuk mewujudkan suasana moden premium. Salah satu sentuhan terperinci ialah bahan Dinamika seperti suede dari Itali yang kian banyak digunakan dalam industri busana, dan kini digunakan untuk melapik bumbung dan tiang kabin Q30.

Tempat duduk pemandu dan penumpang telah direka untuk menambah keselesaan dan memberi sokongan dengan titik pinggul yang lebih tinggi. Gabungan tempat duduk dan kelincahan Q30 ini banyak membantu di jalan bandar mahupun luar bandar.

“Rekaan luaran dan bentuk kabin asimetri Q30 sememangnya menampilkan gaya Infiniti yang tersendiri,” kata Presiden Infiniti, Roland Krueger. “Dengan adanya Q30, kami memasuki segmen baru dan memperluaskan tawaran kepada para pelanggan kami. Kenderaan ini merupakan salah satu strategi penting kami untuk menjadi pengeluar kereta premium utama dalam pasaran antarabangsa.”

Infiniti Q30 akan dilancarkan secara rasmi di sidang akhbar Infiniti di Frankfurt pada 10:15am CET, 15hb September.

Muhammad

Kata Anda//