Honda CRF250 Rally & CRF250L 2017 Kini Di Pasaran

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengumumkan penawaran model CRF250L dan CRF250 Rally 2017 serba baharu untuk memenuhi kehendak penggemar motosikal pengembaraan ringan yang menginginkan keseronokan tunggangan di atas jalan raya dan off-road bagi kembara hujung minggu, keselesaan untuk dibawa melancong dan berfungsi praktikal untuk kegunaan harian.

CRF250L

Model Honda CRF250L, yang dilancarkan pada tahun 2012 di pasaran seluruh dunia termasuk Malaysia, menemui populariti dalam kalangan penunggang berpengalaman – yang sering menyimpan ia sebagai motosikal kedua – pada masa yang sama, turut menarik demografik lebih muda kepada Honda, kebanyakan daripada mereka menggunakannya sebagaii alternatif yang lebih  bergaya berbanding sebuah skuter.

Bagi setiap pemilik, ia menawarkan peluang untuk keluar dari jalan berturap dan terus ke laluan tanah. Dengan penggayaan yang diambil secara terus daripada jentera CRF250R, model CRF250L bersedia untuk mendepani segala dilontarkan penunggang terhadapnya: ia teguh, praktikal dan sesuai sama ada di dalam bandar mahupun denai.

CRF250L adalah jentera kecil yang benar-benar serba boleh dan dibina agar bentuk dan fungsi terjalin sempurna. Kelebarannya yang kecil tidak hanya membantu ketika berada di jalan raya, tetapi juga ketika off-road, di mana antara muka tempat duduk/tangki membenarkan penunggang beralih berat mereka dengan mudah.

Model yang dikuasai oleh enjin DOHC silinder tunggal penyejuk cecair 249cc itu mempunyai daya kilas pada kelajuan enjin rendah dan kuasa RPM tinggi, dengan penyampaian linear dan juga mematuhi standard EURO4. Kuasa maksimum 18.2kW disampaikan pada 8,500rpm dengan tork puncak 22.6Nm tiba pada 6,750rpm daripada PGM-FI dirombak dan badan pendikit termasuk kotak udara, tiub penyambung dan ekzos ringan serba baharu.

Aci pengimbang utama meningkatkan keupayaan pengurangan getaran dan kotak gear enam kelajuan serta klac dihasilkan untuk menahan tekanan tambahan ketika menunggang secara off-road. Radiator lepasan haba 10.7kW memaparkan kipas pendingin guide-ring nipis untuk mengekalkan suhu sekata pada kelajuan rendah. Tangki minyak 7.8L (termasuk simpanan 1.8L) menyediakan julat perjalanan yang mendahului kelas: dengan penggunaan bahan api pada kadar 33.3km/l (mod WMTC), jarak perjalanan yang melebihi 250km adalah tidak mustahil.

Rangka CRF250L dibina daripada keluli dengan spar bahagian bujur berkembar dan endul separa berganda. Namun demikian, badan baharu motosikal itu memaparkan pengaruhnya daripada minimalisme yang ada pada CRF450R MX untuk penampilan yang lebih kemas dan tirus. Pemuka digital dengan sebuah takometer dan tolok bahan api serta dwi-sistem (2 channel) ABS sebagai standard, dengan pilihan untuk menutupkan ABS brek belakang.

CRF250L menampilkan warna perlumbaan Honda, Merah Menyala Honda sebagai asas dengan serlahan hitam dan putih yang diinspirasikan daripada mesin-mesin HRC.

CRF250 RALLY

Model CRF250 Rally dengan moto “Weekend Adventure (Pengembara Hujung Minggu)” merupakan motosikal dwitujuan 250cc patuh standard EURO4 yang membuka peluang dunia kenderaan dua roda yang baharu, tanpa mengira tahap pengalaman penunggang. Ia bukan sahaja kelihatan bersedia untuk bersaing di padang pasir tetapi juga menyediakan pengalaman pengembaraan sebenar kepada penunggang yang menggemari sebuah mesin ringan dan mudah dijaga.

CRF250 RALLY menggunakan CRF250L sebagai asasnya dengan pelbagai perubahan yang menjadikannya satu tawaran unik di pasaran. Inspirasi penampilannya datang daripada jentera perlumbaan CRF450 RALLY. Di bahagian depan, paparan, fairing dan penutup radiator menyediakan perlindungan terhadap angin, dengan bahagian lain pada jentera berkenaan memaparkan gaya MX yang minimum. Lampu depan model berkenaan bersaiz kompak dengan dwi-LED asimetrik sementara lampu belakang, lampu isyarat LED dan braket nombor plat yang tidak menonjol.

Prestasi enjin DOHC lejang tunggal penyejukan cecair 250cc CRF250 RALLY tertumpu pada  daya kilas pada kelajuan enjin rendah dan kuasa rpm tinggi termasuk penyampaian linear. Kuasa maksimum 18.2kW disampaikan pada 8,500rpm dengan tork puncak 22.6Nm pada 6,750rpm.

Kerangka model tersebut dibina daripada keluli, dengan spar utama bahagian bujur berkembar dan endul separa berkembar. Tangki minyak yang besar iaitu 10.1L (termasuk simpanan 1.6L) membenarkan perjalanan jauh sehingga lebih 320km, disumbangkan oleh penggunaan minyak pada kadar 33.3km/l (mod WMTC), manakala pemuka digital turut merangkumi tolok minyak dan takometer. Jarak roda 1,455mm dipadankan dengan rake  28.1° dan kelegaan tanah sebanyak 270mm (lebih 15mm berbanding CRF250L). Manakala berat ialah 157kg.

Suspensi perjalanan jauh dan kelegaan tanah tinggi mempertingkatkan keupayaan jarak jauh dan cakera depan yang lebih besar – termasuk ABS yang boleh ditutup untuk brek belakang – menyediakan kuasa hentian. Enjin yang mematuhi piawaian EURO4 menampilkan tork kelajuan enjin rendah bersama kuasa terbaik ekoran perubahan yang dibuat berbanding model CRF250L yang asal. Ia termasuk PGM-FI dan badan pendikit, tiub penyambung kotak udara baharu dan ekzos ringan.

CRF250 RALLY didatangkan dengan perapian warna perlumbaan Merah Menyala Honda sebagai asas dengan serlahan hitam dan putih yang diilhamkan oleh mesin-mesin kilang HRC.

Dibina berdasarkan peningkatan selera terhadap pengembaraan, BSH memutuskan untuk membawakan CRF250 RALLY yang funky dan direka sebagai sebuah motosikal pengembaraan berkapasiti kecil ke pasaran Malaysia. RALLY merupakan tambahan sempurna rangkaian Honda yang sepadan dengan pasaran khusus, seterusnya menyediakan sebuah motosikal pengembaraan ringan yang sesuai ketika di atas jalan dan off-road.

Harga

Model-model baharu CRF250L dan CRF250 Rally akan berada di pengedar Honda dari 28 Ogos 2017 dan masing-masing ditawarkan pada harga RM 24,378.94 dan RM 28,618.94. Harga tersebut termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model-model tersebut juga didatangkan dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau jarak 20,000km (yang mana terdahulu). 

 Honda CRF250L

Model CRF250L
Engine Type / Jenis Enjin 250cc Liquid-Cooled Single DOHC/ 250cc Penyejuk Cecair, DOHC
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang 76.0mm x 55.0mm
Frame/ Rangka Steel Twin Tube (Tiub Dwi Besi)
Compression Ratio / Nisbah Mampatan 10.7:1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum 18.2kW@8500rpm
Max.Torque / Tork Maksimun 22.6Nm@6750rpm
Clutch Type / Jenis Klac Wet Multiplate Hydraulic / Multi Plat Basah Hydraulik
Transmission / Transmisi 6 Speed Manual  / 6 Kelajuan
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm) 2195 x 815 x 1195mm
Wheelbase / Asas Roda (mm) 1,445
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg) 146kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(?) 7.8Liter
Suspension Type / Jenis Suspensi Front Axle: 43mm Telescopic / Teleskopik
Rear: Pro-link / Prolink
Tyres Size / Saiz Tayar Front: 3.00-21 51P
Rear:  120/80-18M/C 62P

Honda CRF250 Rally

Model CRF250 Rally
Engine Type / Jenis Enjin 250cc Liquid-Cooled Single DOHC/ 250cc Penyejuk Cecair, DOHC
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang 76.0mm x 55.0mm
Frame/ Rangka Steel Twin Tube (Tiub Dwi Besi)
Compression Ratio / Nisbah Mampatan 10.7:1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum 18.2kW@8500rpm
Max.Torque / Tork Maksimun 22.6Nm@6750rpm
Clutch Type / Jenis Klac Wet Multiplate Hydraulic / Multi Plat Basah Hydraulik
Transmission / Transmisi 6 Speed Manual  / 6 Kelajuan
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm) 2210 x 900 x 1425mm
Wheelbase / Asas Roda (mm) 1,445
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg) 157kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(?) 10.1Liter
Suspension Type / Jenis Suspensi Front Axle: 43mm Telescopic / Teleskopik
Rear: Pro-link / Prolink
Tyres Size / Saiz Tayar Front: 3.00-21 51P
Rear:  120/80-18M/C 62P
Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.