Honda Civic Euro Generasi Kesembilan

Honda Civic Euro 2011.01

Generasi kesembilan Honda Civic Hatchback untuk pasaran Eropah akan dipamerkan kepada umum pada September depan. Civic Euro baru dikatakan mempunyai rekabentuk yang menarik dengan ruang untuk penumpang dan barangan yang terluas di dalam kelasnya disamping mengekalkan kos pemilikan yang rendah melalui kualiti yang sinonim dengan jenama Honda.

Tahap kualiti dan keselesaan juga banyak dipertingkatkan daripada model sebelumnya. Kereta keluarga kecil Honda ini direka secara eksklusif untuk pasaran Eropah dan turut diuji pada keadaan jalan di sana. Pasukan Jurutera Honda menghabiskan banyak usaha dan masa bagi memperbaiki kualiti pemanduan dan pengendalian model baru ini yang dicapai melalui talaan suspensi.

Bagi memastikan ruang kabin dan barangan paling luas di dalam segmen C, Civic baru mengekalkan torsion beam belakang tetapi dengan beberapa penambahan seperti bush yang diisikan bendalir untuk memberikan pemanduan dan pengendalian terbaik buat pelanggan. Ianya turut diperkukuhkan bagi menjadikan kereta lebih stabil terutama sekali semasa kelajuan tinggi.

Newspress

-Mak/d Uia-

Muhammad

15 Comments

  1. Myvi Lg Best 1.5 Extreme & SE, benchmarknya Honda City…. Kalau terajang body Honda City dengan Myvi, body Myvi lg kuat… xde bohong punye!

  2. baru ari ni gua tau civic euro ni pakai torsion beam…

  3. gua masih lg x mampu nak beli honda klas c ni..
    meskin tegar.. nak kaya jer brg naik harga.. jd miskin balik…
    apala nasib badan…

  4. Pantai dalam

    Gua tak rasa kereta ni akan penetrate ke msian market tp as grey import mungkin ada tapi rega mcm beca enjin ferarri tqqqqqq

  5. Aku tak pikir kereta ni akan masuk dalam market biasa melainkan recon. Recon pun mahal der (pinjam kata BAiii dlm MK Ogos’11)

  6. Gua minat giler dgn Honda…cuma mampu pakai Honda EX5 jer…tu pun dah kena rembat dgn mamat lahabau mane ntah…Ilang jumpe balik…pastu dah siap repair ilang balik…aduhai…malang sungguh nasibku…

  7. CaparZo
    Aku cadang ko tukar Honda Cagiva70 (C70). Tu susah hilang.
    Member aku parking tinggal kunci kat stesyen LRT & pegi shoping berjam-jam tak hilang. Disentuh pun tidak….

  8. Alteja…gua ade sebijon C50 tu kat kpg…rare giler beb…gear satu tekan blkg…tak berani nak bwk KL…ade org offer RM3k gua tak jual…sayang beb

  9. CaparZo, aku penah tengok orang nak jual C50 siap bikin RM7k tu. Dah tergolong dalam dalam koleksi klasik. Simpan utk pelaburan masa depan…

Kata Anda//