Feb 28

Harga minyak Mac 2017 – Petrol kekal, diesel naik 5 sen

Harga minyaRON 95, RON 97 dan diesel

Untuk bulan Mac 2017, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal tidak berubah manakala diesel naik 5 sen. Kenaikan bahan api diesel ini adalah kali yang ketiga berturut-turut selepas Januari dan Februari lalu.

Harga minyak RON95, RON97 dan diesel adalah seperti berikut:

  • RON 95/l: RM2.30 kekal
  • RON 97/l: RM2.60 kekal
  • Diesel/l: RM2.20 (naik dari RM2.15)
  • Diesel Euro 5/l: RM2.30 (naik dari RM2.25)

Harga minyak semasa adalah berdasarkan sistem apungan terurus selepas kerajaan mengumumkan tiada lagi subsidi bahan api.

Harga yang diumumkan tidak semestinya mengambil kira kadar petroleum semasa tetapi juga faktor lain seperti nilai tukaran matawang negara dan harga minyak bulan sebelumnya.

Silakan kongsi:

Kata Anda//