Harga minyak Februari 2017 – RON95, RON97 naik 20 sen

Harga minyak bulan Februari 2017

Untuk bulan Februari 2017, harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 20 sen manakala diesel pula naik 10 sen. Kenaikan ini adalah kali yang kedua berturut-turut selepas Januari lalu.

Harga baharu minyak RON95, RON97 dan diesel adalah seperti berikut:

  • RON 95/l: RM2.30 (naik dari RM2.10)
  • RON 97/l: RM2.60 (naik dari RM2.40 – Termasuk 6% CBP)
  • Diesel/l: RM2.15 (naik dari RM2.05)
  • Diesel Euro 5/l: RM2.25 (naik dari RM2.15)

Harga minyak semasa adalah berdasarkan sistem apungan terurus selepas kerajaan mengumumkan tiada lagi subsidi bahan api.

Harga yang diumumkan tidak semestinya mengambil kira kadar petroleum semasa tetapi juga faktor lain seperti nilai tukaran matawang negara dan harga minyak bulan sebelumnya.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.