Galeri Gambar Proton Ertiga 1.4 VVT 2016

proton-ertiga-2016-06

Proton Ertiga telah pun dilancarkan pada 24 November 2016. Model itu adalah susulan hasil kerjasama PROTON dan Suzuki Motor Corporation Japan. Proton Ertiga didatangkan dalam 2 varian iaitu Executive dengan dua opsyen transmisi iaitu manual [MT] dan automatik [AT]). Model paling premium ialah Executive Plus AT dengan opsyen tunggal transmisi Automatik. Harga Proton Ertiga bermula dari RM58,800 – RM64,800 di Semenanjung Malaysia.

Proton Ertiga ialah MPV kompak pertama Malaysia berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang disahkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI). Kereta famili dengan 6 tempat duduk ini dilengkapi enjin 1.4 VVT diperbuat daripada aluminium ringan dengan teknologi Suntikan kuasa multipoin (MPI).

Penggunaan bahan api Proton Ertiga ialah 5.7L/100km bagi (MT) dan 6.0L/100km bagi (AT) mengikut Kitaran Pemanduan Eropah (New European Driving Cycle, NEDC) yang menggabungkan kedua-dua kitaran bandar dan luar bandar.

Harga Proton Ertiga adalah seperti berikut:

MT (Manual)Executive RM58.8K
AT (Automatik) Executive RM61.8K
AT Executive PLUS RM64.8K
Di bawah ialah 26 keping gambar luaran dan dalaman Proton Ertiga 1.4 VVT 2016.

Muhammad

Kata Anda//