F1 Malaysia 2011: Vettel Menang Lagi, Begitu Juga Dengan Lotus Renault!

Champion FI Malaysia 2011.00

Buat pertama kalinya di dalam sejarah GT saya buat liputan F1 yang saya tonton sendiri secara langsung. Sebelum pergi memang boleh tahan malas tetapi dek kerana dapat tiket terpijak akhirnya sampai juga ke sana. Boleh tahan juga tonton secara langsung. Lihat kereta lumba dengan teknologi hebat memang mengasyikkan. Tetapi bila masuk bab pusing-pusing atas trek dengan aksi sama boleh tahan juga bosan. Siap ada brader sebelah tidur lagi.

FI Malaysia 2011.02

Apapun perlumbaan yang berlangsung semalam adalah yang menggembirakan untuk pasukan Red Bull sebab Sebastian Vettel sekali lagi berdiri atas podium juara selepas F1 Melbourne. Vettel patut diberi anugerah brader konsisten sebab beliau pandu dengan cermat dan konsisten, beliau mampu menyerap tekanan dengan baik. Di tempat kedua pula Jenson Button daripada pasukan McLaren Mercedes.

FI Malaysia 2011.01

Pasukan Lotus Renault sekali lagi menggembirakan Grup Proton selepas berjaya di Melbourne apabila Nick Heidfeld menduduki podium di posisi ketiga. Kereta Lotus Renault biasa-biasa sahaja tetapi ketahanan dan kelasakan yang berjaya membuat mereka mengharungi perlumbaan dengan trek yang teknikal serta mencabar. Lain pula dengan Vitaly Petrov pada pusingan ke 53 apabila beliau mengambil selekoh dengan lebar, menaiki batas, terbang dan terapung di udara dan mendarat seterusnya mengalami kerosakan stereng dan menamatkan terus perlumbaan.

FI Malaysia 2011.03

Michael Schumacher yang mewakili Mercedes GP Petronas berjaya mengutip mata pertama untuk pasukan selepas menduduki tempat ke 9 manakala Nico Rosberg pula di tempat ke 12. Sebuah lagi pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia iaitu Team Lotus pula tidak berapa bernasib baik apabila seorang pemandu mereka iaitu Jarno Trulli gagal untuk menamatkan perlumbaan. Yang tinggal hanya Heikki Kovalainen di tempat ke 15.

Foto: LRGP, Daimler, TL [Sesi Jumaat dan Sabtu]

-Mak/d Uia-

Muhammad

7 Comments

  1. Sekurang2nyer ade gak tim yg kena mengena dgn M’sia naik podium…Syabas buat pemenang

  2. takziah diucapkan kepada saudara Zaid Mustapha salah sorang petugas media selepas keretanya Satria GSR Turbo kaler merah enjin 4G93T dilarikan manusia tak beriman (kalau Islam lah ) atau manusia keparat (non-muslim) ..yang best tu hilang dalam compound parking utk media crew.. awat teruk sangat security SIC ni..?

  3. gambar ke3 tu mmg terbaek der…
    kereta pasukan malaysia ngan bandera malaysia..

Kata Anda//