F1 Malaysia 2011: Vettel Bermula Di Petak Hadapan [Lagi!]

FI Malaysia 2011.02

Jujurnya saya memang tak berapa into menulis tentang F1 sebab kimia tak berapa kuat dengan sukan paling mahal ini. Daripada kecil sampai besar lagi berdebar tonton rali, setakat ini kebanyakan perlumbaan F1 yang ditonton kaca TV yang akan menonton saya balik sebab tertidur. Tetapi itulah dia, walaupun tak berapa minat realitinya berita F1 akan sentiasa dilaporkan di dalam GT.

FI Malaysia 2011.03

Ok, kita balik kepada topik. Saingan hari ini nampaknya sekali lagi akan dimulakan oleh Sebastian Vettel daripada Red Bull selepas beliau mencatat masa terpantas ujian kelayakan semalam. Grid kedua pula akan diisi oleh Lewis Hamilton daripada McLaren Mercedes. Dominasi grid memang jelas dikuasai oleh Red Bull apabila seorang lagi pemandu mereka, Mark Webber di kedudukan ketiga. Kemudian di tempat keempat pula ialah Jenson Button daripada McLaren Mercedes. Selang seli di antara Red Bull dan McLaren Merc.

FI Malaysia 2011.00

Bagaimana pula dengan pasukan yang ada kaitan dengan Malaysia? Di hadapan sekali ialah Nick Heidfeld di grid keenam manakala rakan sepasukannya daripada Lotus iaitu Vitaly Petrov di grid ke 8. Nico Rosberg dan Michael Schumacher daripada Mercedes GP Petronas pula masing-masing di grid ke 9 dan 11. Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli daripada Team Lotus di grid ke 19 dan 20.

Peminat F1 secara amnya akan berdebar menantikan siapa yang terlebih dahulu melepasi bendera penamat, tetapi secara khususnya rakyat tempatan pula lebih kisah dengan tiga pasukan dengan DNA negara.

Akhir sekali untuk info lu orang buat pertama kali di dalam sejarah F1 dianjurkan di SIC gua akan ke sana. Gua tak pernah lagi ke SIC sebab nak tonton F1 walaupun SIC dibina untuk F1.

-Mak/d Uia-

Muhammad

3 Comments

Kata Anda//