F1: GP Malaysia 2010: Petronas Podium!

Mercedes GP Petronas

Nico Rosberg berjaya menghadiahkan podium kepada Petronas dan negara selaku penaja utama pasukan Mercedes GP. Bermula dari tempat kedua pada grid perlumbaan, Nico tercicir ke tempat ketiga akibat dari putaran roda terlebih sehinggalah krew tim melakukan orkestra yang kemas pada hentian pit pusingan ke 22, menjimatkan satu saat dan menjarakkan kedudukannya dari Robert Kubica. Dari situ, Nico memandu dengan kemas, melepasi bendera penamat di tempat ketiga di hadapan ribuan peminat tempatan.

Malang buat Michael Schumacher apabila nut roda kiri belakang keretanya tercabut seterusnya menyebabkan kereta tidak stabil dan perjuangan Michael tamat pada pusingan ke’sipuluh’.

Mercedes GP Petronas

Tim Lotus Racing pula seperti berkelahi dengan Virgin Racing di mana pada awal perlumbaan Timo Glock melanggar Jarno Trulli yang mengakibatkan keretanya berpusing. Seolah-olah membalas dendam, Heikki Kovalainen terlanggar seorang lagi pemandu Virgin, Lucas Di Grassi tetapi malang buat Heikki apabila tayarnya pancit dan terpaksa melakukan hentian pit. Malang terus menimpa selang beberapa pusingan berikutnya apabila beliau terpaksa kembali ke pit akibat masalah hidraulik. Perjuangan Lotus Racing di litar tanah air tamat dengan Jarno di tempat ke 17 manakala Heikki bersara di pusingan 46. Tim Hispania Racing kali ini menjuarai perlumbaan antara tim-tim baru.

Lotus Racing

Drama perlumbaan diisi dengan babak pertarungan antara Lewis Hamilton dengan Vitaly Petrov untuk tempat kesembilan yang akhirnya dimenangi Lewis, beliau sekali lagi bertarung dengan Adrian Sutil namun kali ini Adrian berjaya mengekang Lewis daripada merebut tempat kelima. Felipe Massa pula mengetuai serangan Ferrari terhadap McLaren dengan memintas Jenson Button untuk tempat ketujuh dan seterusnya giliran Fernando Alonso pula untuk memintas namun keretanya jahanam sejurus saja dapat memintas Jenson pada pusingan ke 54.

Tamat pusingan ke 56, juara dan naib juara Petronas Malaysian GP 2010 adalah Sebastian Vettel dan Mark Webber dari tim Red Bull Racing yang sebelum ini tertunda kemenangan podium mereka dalam perlumbaan terdahulu.

Lotus Racing

Akhir sekali, walaupun ramai yang menjangka hujan turun namun perlumbaan ini dikira sebagai menarik juga. Iya, Lotus Racing gagal tapi sekurang-kurangnya Petronas berjaya mendapat podium.

Keputusan F1 Malaysian GP, Sepang 2010:

  1. Sebastian Vettel – Red Bull Renault
  2. Mark Webber – Red Bull Renault
  3. Nico Rosberg – Mercedes GP Petronas
  4. Robert Kubica – Renault
  5. Adrian Sutil – Force India Mercedes
  • 18. Jarno Trulli – Lotus Racing
  • Michael Schumacher – DNF
  • Heikki Kovailanen – DNF

Foto: Mercedes GP Petronas & Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • ala lingkup on April 5, 2010 at 8:37 am
    • Reply

    dua ribu sipuluh

    • pak mat tempe on April 5, 2010 at 9:29 am
    • Reply

    bkn lidah org melayu, 2 jd “sipuluh”

    • on April 5, 2010 at 11:08 am
    • Reply

    Harap2 biler resing dah masuk Eropah tim Lotus akan lebih power…Go go power renjer…

    • pendita_gila on April 5, 2010 at 11:17 am
    • Reply

    race yang berkualiti

    • jelapangPadi on April 5, 2010 at 3:56 pm
    • Reply

    taniah kepada tim petronas…

    • kete_hitam on April 5, 2010 at 6:57 pm
    • Reply

    tak hujan tuh…. pakai bomoh hujan mana hah?

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.