ETCM Anjurkan Kempen Servis Penyelenggaraan Untuk Model Nissan Grand livina, Latio dan Latio Sport

KUALA LUMPUR (15 April 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengadakan satu kempen servis penyelenggaraan untuk 32,100 unit Nissan Grand Livina yang dihasilkan dari Disember 2007 hingga Jun 2010. Selain 9,300 unit Nissan Latio dan Latio Sport yang dihasilkan dari Mei 2007 hingga Jun 2010 di Malaysia.

ETCM baru-baru ini, ada menerima beberapa kes yang mana meter minyak tidak menunjukkan bacaan rendah yang tepat mengenai posisi tolok bahan apinya. Setelah disiasat, didapati bahawa masalah tersebut mungkin disebabkan oleh perpindahan elektro kimia ke atas kad penahan di dalam tolok bahan api yang terjejas akibat kombinasi aspek-aspek persekitaran seperti variasi bahan api dan sebagainya.

Pada masa yang sama, untuk mengelakkan ketidakselesaan, kami ingin menasihatkan semua pemilik kenderaan Nissan yang terjejas untuk memastikan tahap minyak berada pada separuh tangki atau lebih sementara menunggu penggantian alat ganti dibuat.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata,“Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami mengadakan kempen servis penyelenggaraan ini yang meliputi semua kenderaan yang dihasilkan dalam tempoh tersebut, walaupun bukan semua kenderaan itu terjejas. Kos buruh dan penggantian alat ganti bagi kempen ini adalah percuma. Semua proses tersebut tidak akan mengambil masa lebih dari satu jam. ”

Pemilik kenderaan Nissan yang terjejas boleh menghubungi Tan Chong Express Auto Service Centre terdekat atau talian khas perkhidmatan pelanggan di talian Toll FREE: 1800-88-3838 untuk temu janji penyelenggaraan. Ia juga boleh dibuat semasa servis penyelenggaraan berjadual.

Muhammad

8 Comments

  1. tiade sape komen/kutok kaw apebile krete jepun buat hal
    namun jike proton
    gile2 punye kutuk

  2. (PENGALAMAN)gua ni pengguna kreta proton takat komen atau kutuk bagai nak rak mmg standard, tp mcm mana pun gua tetap sokong proton walaupun harga part mahal janji ori..ini tak, nak murah juga tp nak tahan lama mcm mana..klau nak tahu part basikal skrg silap2 lagi mahal dari part proton..renung2kan.gua ada baca 1 artikal pasal disc bengkok,mmg kali pertama gua dengar klau calar tu mmg kerap(btl ke..)pulak tu SA/technician yg bangang konpom bengkok tukar jelah kreta ada warranty, skim disc blh stabil semula ke..tapi gua pun perlu sedar dgn cara gua memandu part kreta kebal pun blh bengkok pulak tu servis cam biskut,bila nak claim je baru nampak muka kat proton.gua nak servis kreta tak perlu ada pemanis di depan, ape pun janji kreta gua ok.terpk jgk kenderaan d pusat servis banyak, mcm2 sakit yg ada pd kreta jd gua sebagai pengguna kenderaan 4 tayar memahami keadaan apabila kreta gua datang utk d baiki.klau nak sebut berapa biji dah pakai kreta tuhan yg tahu

  3. (PENGALAMAN)gua ni pengguna kreta proton takat komen atau kutuk bagai nak rak mmg standard, tp mcm mana pun gua tetap sokong proton walaupun harga part mahal janji ori..ini tak, nak murah juga tp nak tahan lama mcm mana..klau nak tahu part basikal skrg silap2 lagi mahal dari part proton..renung2kan.gua ada baca 1 artikal pasal disc bengkok,mmg kali pertama gua dengar klau calar tu mmg kerap(btl ke..)pulak tu SA/technician yg bangang konpom bengkok tukar jelah kreta ada warranty..tp ya jgk adakah masalah dr kilang..skim disc blh stabil semula ke..tapi gua pun perlu sedar dgn cara gua memandu part kreta kebal pun blh bengkok pulak tu servis cam biskut,bila nak claim je baru nampak muka kat proton.gua nak servis kreta tak perlu ada pemanis di depan, ape pun janji kreta gua ok.terpk jgk kenderaan d pusat servis banyak, mcm2 sakit yg ada pd kreta jd gua sebagai pengguna kenderaan 4 tayar memahami keadaan apabila kreta gua datang utk d baiki.klau nak sebut berapa biji dah pakai kreta tuhan yg tahu

  4. haha…yang komen kat atas tu…kamu semua nampak tak… honda,toyota,bmw,nissan … semua pernah panggil kereta dia semula..walaupun kete tu dah keluaran lama..3/4 kebelakang..kalau dia tengok ada problem..dia akan panggil semula kereta untuk repair… proton ader ker…rosak ler macamner pun…ko baiki ler sendiri.. amboiiii…tererr beno kalau jenama kete yang besar2 pernah panggil nalik kereta…proton tak pernah panggil pun…kereta perfect…haha…

Kata Anda//