BIASISWA PROTON UNTUK 13 PELAJAR MELANJUTKAN PENGAJIAN IJAZAH

Sekolah-sekolah angkat

SHAH ALAM, 11 Februari 2011 – 13 orang pelajar hari ini menerima biasiswa daripada syarikat pengeluar kereta nasional PROTON untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan, perakaunan dan teknologi maklumat di beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terpilih di seluruh negara.

Penyampaian biasiswa tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat PROTON, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu majlis yang diadakan di Auditorium PROTON, Shah Alam. Turut hadir di majlis penyampaian biasiswa tersebut ialah Pengerusi PROTON YBhg. Dato’ Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengerusi Yayasan PROTON YBhg. Dato’ Jaffar Indot.

Sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan oleh Yayasan PROTON untuk membiayai kos pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kesemua pelajar tersebut yang mengambil masa di antara tiga hingga lima tahun. Selain dari yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku dan tempat tinggal, kesemua 13 orang pelajar ini turut menerima sumbangan komputer riba bagi membantu pembelajaran mereka agar lebih efektif.

Biasiswa Yayasan PROTON memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang daripada keluarga yang berpendapatan rendah serta anak-anak kakitangan PROTON. Bagi Tahun Kewangan 2010/11, Yayasan PROTON telah menerima sebanyak 656 permohonan, di mana seramai 139 pelajar telah disenarai pendek untuk ditemuduga bagi sesi yang pertama dan seramai 69 pelajar dipanggil menghadiri temuduga sesi kedua.

Penerima-penerima biasiswa Yayasan PROTON untuk penggal 2010 kini menuntut di enam IPTA dan IPTS iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

“Penganugerahan biasiswa-biasiswa ini bukan sekadar untuk menunaikan tanggungjawab sosial PROTON tetapi ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina modal insan Negara yang berkaliber melalui program pendidikan yang dinamik dan menyeluruh,” kata Dato’ Sri Mohd Nadzmi.

“Biasiswa ini juga diwujudkan bagi tujuan pembangunan sumber manusia dari kalangan pelajar cemerlang untuk memenuhi keperluan tenaga pekerja PROTON bagi jangka masa panjang.”

Sejak penubuhan Yayasan PROTON pada tahun 1994, sejumlah RM12 juta telah pun diperuntukkan di mana seramai 127 pelajar telah menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Dari jumlah ini, seramai 44 penerima biasiswa kini bekerja di PROTON dan seramai 30 orang daripada mereka kini berkhidmat di bahagian kejuruteraan.

Pada majlis penganugerahan biasiswa tersebut, PROTON turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada 4 buah sekolah (RM5,000 setiap sekolah) di bawah Program Sekolah Angkat. Penerima sumbangan adalah terdiri dari Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari di Tanjung Malim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River dan Sekolah Kebangsaan Behrang.

Menurut Dato’ Sri Mohd Nadzmi lagi, PROTON terus komited dalam membantu pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memperolehi pendidikan di peringkat tertinggi, terutamanya mereka dari golongan yang kurang berkemampuan.

“Peluang yang diwujudkan ini merupakan satu sumbangan yang kecil berbanding hasil yang bakal diraih iaitu mewujudkan generasi muda yang berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif, lebih berdaya saing dan mampu memacu kejayaan Malaysia seterusnya di peringkat global,” kata beliau.

Yayasan PROTON telah dipertanggungjawabkan oleh PROTON untuk mentadbir dana bagi tujuan pendidikan, sains dan amal, mendorong peningkatan serta memajukan pendidikan bagi semua aliran yang diluluskan di bawah undang-undang pendidikan. Yayasan PROTON juga turut menghulurkan bantuan kewangan sekolah bagi anak-anak daripada golongan miskin, yatim piatu dan mereka yang memerlukan.

Sumber: Proton

Muhammad

9 Comments

  1. bestnya dpt biasiswa. aq dr kecik x penah dpt..
    rmai yg lg layak drpd aq..
    bagus bntu org susah ni..
    good job

  2. gua harap anak gua sambung cita2 tak kesampaian gua untuk jadi salah seorang team development proton…

  3. Nk ank korg jdik designer kete? suh anak korg amik jurusan industrial designer…x begitu MakUia?? hihihih

  4. dh jd designer kete 2 nt,hrp jgn design cm persona n gen2,totally sgt laksam design kete 2…proton satria neo cps plg bez…ari 2 gua tnampak gmbr foto model kete toyota iq smasa proton mlncarkn exora kt tv1..ntah pa kaitan exora dgn toyota iq…misteri sgguh..

  5. EJ
    A,a belajar biar dapat kelas pertama & jangan lupa baca benda-benda lain supaya design tak skema.

    MK
    Rekaan benda subjektif, ada yang kata lawa ada yang kata tidak. Kalau Gen.2 tak lawa cuba bandingkan dengan kereta Lotus Elise/Exige, letak sebelah-sebelah dan bandingkan tepi, sisi dan belakang.

    Persona pula cuba bandingkan dengan kereta yang asalnya hac [hatchback] kemudian dipanjangkan jadi sedan tengok sempurna ke tidak apa yang pereka Proton buat. Ada kereta jenama luar yang gagal langsung bila dipanjangkan. Rekaan bukan setakat lawa tetapi proportionate.

    Neo CPS memang lawa tetapi kombinasi rim dan fender flare tidak berapa sempurna. Rim masuk ke dalam, fender terlebih keluar.

Kata Anda//