Benelli Leoncino 500 bakal masuki pasaran Malaysia

Benelli Leoncino

Benelli Malaysia mengesahkan akan melancarkan motorsikal gaya – retro Leoncino 500 ini pada separuh kedua tahun 2017.

Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, (Pengedar Benelli Malaysia), En. Asri Ahmad berkata, “Leoncino dijadualkan sebagai salah satu motorsikal yang akan tiba di Malaysia. Ia akan menjadi sebuah model yang dengan harga yang kompetitif.”

Benelli Leoncino

Enjin dwi silinder empat lejang 500cc

Leoncino mempunyai dwi silinder dan enjin empat lejang, penyejukan cecair, 500cc dengan kekuatan maksima pada 47.6 CV (35kW) pada 8500 rpm dan tork maksimum 45 Nm (4.6kgm).

Ia mempunyai sistem pelinciran takungan basah, suntikan elektronik, ‘overhead’ berkembar serta camshaft yang menggunakan sistem masa, 4 injap pada setiap silinder, klac hydraulik dan kotak gear 6-kelajuan. Rangka besi jejari yang menjanjikan pergerakan serba boleh pada tahap maksimum.

Suspensi USD

Suspensi hadapan yang berdiameter 45mm dan menggunakan teknologi fork terbalik, dipadankan dengan 4 omboh kaliper brek yang mencengkam cakera 320mm. Pergerakan lengan buai di bahagian belakang dikawal oleh penyerap getaran sisi dan system brek dikawal selia oleh cakera 260mm bersama sama satu omboh kaliper.

Ia menggunakan tayar 120/70-ZR17 untuk hadapan, dan 160/60-ZR17 untuk tayar belakang menjamin kestabilan dan prestasi terbaik dalam apa jua keadaan.

Singa Pesaro

Di bahagian fender hadapan, dengan bangganya ia memaparkan ikon Singa Pesaro, pada tangki bahan api dan tempat duduk penunggang, kesemuanya menekankan elemen keperibadian Leoncino yang serba baru ini. Sistem ABS, peralatan digital dan projektor dengan teknologi LED membuat mesin ini sangat berkualiti tinggi.

6,000 tempahan Benelli dan eksport ke luar negara

“Kita telah menerima tempahan lebih dari 6000 unit motosikal Benelli setelah pelancaran  RFS150i, ‘superbike’ 302R dan motorsikal kembara TRK502 pada awal April yang lepas.” tambah En. Asri.

Dengan pelancaran RFS150i, permintaan terhadap motorsikal keluaran Benelli telah meningkat tanpa dijangka di seluruh negara.

Benelli Leoncino

Ini disebabkan oleh tawaran penjenamaan yang menarik dan semakin diterima, harga yang kompetitif, reka bentuk Itali yang canggih dan dinamik serta teknologi terkini. B

Benelli Malaysia juga dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa Benelli Malaysia akan mengeksport dua model (RFS 150i dan TNT 135) ke Taiwan, Vietnam dan akan mensasarkan negara ASEAN yang berhampiran.

Galeri Gambar Benelli Leoncino 500:

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.