Apa sahaja berita yang melibatkan Proton, ia akan mendapat perhatian luas di seluruh negara. Gua jenis yang suka jalan-jalan dalam blog orang, bila ada isu Proton, tu dia dia punya komen punyalah banyak. Yang anti jangan ceritalah, daripada banyak yang gua tengok, tak ramai yang betul-betul faham industri automotif dan perniagaan. Jenis yang provokatif jangan ceritalah, itu belum masuk jenis pengetahuan zero. Jenis tulis merapu jadah apa tak tau.
Seperti yang lu orang semua semua tengok dalam akhbar, majalah, TV dan blog, inilah model Proton yang paling ditunggu tahun ini. Rasa gua, semua model Proton pun orang tunggu. Baru-baru ni, atau lebih tepatnya hari Khamis (14 Oktober) telah berlaku pelancaran lembut (soft launch) hahahaha, jadah apa gua terjemah ni.
Pelancaran lembut ni diadakan di Pusat Kecemerlangan Proton atau dikenali sebagai COE. Kalau lalu tepi lebuhraya KESAS menghala ke Shah Alam mesti lu orang nampak pusat pameran Proton dengan bumbung gerbang besar tu.
Walaupun model ini dikatakan tidak menggantikan Waja, namun semua faham yang Waja akan dihentikan pengeluaran sepenuhnya tidak lama lagi. Jadi gantiannya tentu sahaja kereta ini, yang diambil daripada Mitsubishi Lancer. Namanya pun dah dapat, Inspira. Nama ini diperolehi menerusi pertandingan dalaman yang diadakan di kalangan kakitangan Proton. Pemenang pertamanya dapat RM10k jangan tak tahu.
Berbeza dengan Lancer yang dijual Mitsubishi Motors Malaysia [MMM] dengan hanya satu varian Lancer satu enjin, Proton mengambil keputusan menawarkan varian yang paling asas iaitu enjin 1.8 liter manual dengan harga RM79,888. Model paling tinggi 2.0 GT dengan paddle shift pula tak lebih RM95 ribu. Memang berbaloi lah kalau banding dengan Lancer dekat RM30K boleh jimat Jo.
Kereta ini boleh ditempah mulai 14 Oktober dengan bayaran RM1000. Siapa yang tempah cepat sebelum 15 November akan dapat 2 tahun jaminan (atau 50,000 kilometer) dan servis percuma. Keseluruhan amaun servis ini berjumlah RM1658. Boleh tahan menarik ni.
Kalau lu orang ada duit, baik beli kereta ni. Tak payah pikirlah panjang kalau bajet lingkungan ni, lu orang cuma boleh dapat sedan segmen B, sedangkan kereta ni terang-terangan bersaiz C, macam Civic, Sylphy dan Altis. Kalau beli juga kereta Korea gua tak boleh kata apalah. Sendiri punya pitih.
Berikut adalah benda yang gua nak kongsi bersama:
Ada 3 pilihan warna hitam, putih, silver dan maroon.
- Sapa yang pandai-pandai cakap Lancer ni pakai enjin Campro? (mangkuk betul) dia pakai 4B10 dan 4B11 Mitsubishi.
- Siapa kata Proton ciplak Mitsubishi dan tak ada idea? Buat kereta bukan macam pasang basikal, kosnya tinggi dan tak berbaloi kalau jualannya kecil.
- Kolaborasi bukanlah perkara baru, Aston Martin pun boleh buat Cygnet ambik dari Toyota iQ. Lagi mau sembang kencang.
- Mahal? Nak murah mana lagi? Kereta nak cun, spek nak penuh, harga nak macam Myvi, mana dapat. Rebadge kereta China bolehlah kot.
- Kalau setakat pakai kereta torsion beam, stereng kena paut kaki tangan masuk selekoh tak payah nak cakap Inspira ni tak baguslah. Cuba test drive Insipira dan simpan pengalaman tu diam-diam. Nanti lu orang tau kenapa Proton beli Lotus.
-Baii-
Matpon: Komen Mak Uia “KENAPA NAK GUNA NAMA SMART GUYS GET IT?” Kenapa tak guna bahasa Melayu? Orang Engrish banyak beli ke Inspira ni?
64 comments
Skip to comment form
gua bru ja tumbuk member gua tadi dia ckp jgn amik inspira sebab guna campro 1.6 underpower katanya
kalau income gua lepas nk pkai keta nie,gua xde nk pikir2 pnjang,terus g booking jo…!!..evo x jo..!!!
terbaek la baii punya pengenalan pasal inspira nih..
gua dah book kete ni..tggu la nnt mcmanae rase bwk..
gua syak baii di bayar lebih ni ekekekeke tapi betul la baii cakap..rakyat malaysia tak tau menghargai barangan buatan sendiri..cuba la bangga dgn apa yang kita telah buat..kira ok la ni..nak cun macam maner lagi??? nak murah macam maner lagi???
fikir2 kan la…gua dah test kete lancer polis..x best maner pon..samer je klu lu org naik INSPIRA ni(2.0 laaa)….klu x caya lu ikot cakap baii test dulu baru tau
pada aku, inspira lagi cun dari lancer, dengar kata handling lagi best dan confort dari lancer.. ape2 pun, pilihan di tangan pengguna, tp yg sedih nye org kite nih tak pandang sgt buatan malaysia, apa boleh buat….
terbaeekkkk……
mari convert inspira jd evoX…
muahahahahaha
ala lingkup
Jgn tumbuk sedara.. lu nasihat je dia harimau mati meninggalkan belang. Usaha tangga kejayaan ok.
jelapangPadi
Income tax!
Han
Gua yg post ni mlm2 tak tdo.
mat
Ok. Nnt dh dpt jgn lupa dtg umah. Kita g jln ok.
pendita_gila
Lu test kete polis lu polis ke?
wiradohc1.7
Iye, gua skang nk meniaga bodykit Inspira. Yeah.
kete_hitam
Ye gua angguk2 tanda setuju.
selipor japan
Jgn. Tunggu gua jadi tokan convert dulu ok.
good2….
cayak proton INSPIRA akan mengembalikan zaman WIRA di mane akan ramai org convert evo… melantun harga halfcut evo x. saper beli evo x atu lencer GT msti bengkak hati…
‘Kalau setakat pakai kereta torsion beam, stereng kena paut kaki tangan masuk selekoh tak payah nak cakap Inspira ni tak baguslah. Cuba test drive Insipira dan simpan pengalaman tu diam-diam. Nanti lu orang tau kenapa Proton beli Lotus’—kena lagi myvi wakaka
ini kalo lagi setahun gerenti belambak da kat jalan raye…
matpon
gua gaban
Matpon..bia gua terjemahkan dalam Bahasa Kebangsaan..khas untuk Mak Uia…
‘SMART GUYS GET IT’ bermaksud org berpakaian kemas je yg ble dapt beli kete nih…termsukla kepada guru2 tadika kemas…tapi kalau xpakai kemas pon xpe..asalkan die mandi hari2 dan sikat rmbut belah tengah..amcam? tepat dan jitu tak penterjemahan gua??? hahaharamjadah…
Lancer GT vs Proton Inspira tngok sape lg best…..(dr segi handling la kan) tp bodykit Lancer Evo X aku pnh tnye Complete Set RM12k gile ape nak sembelih org mcm ni…..
akhirnya…hehe…tq baii…i love u lah…mmuuahhh!hahahahahahahahaha
sib bek ak mude lg..
tepat pd mse ny..hahaha
kat blog gua, tak penah kutuk proton..sbab proton trbaik!!buat apa bangga ngan buatan org,pdahal sndiri tak spport brang sndiri..mcam mane nak maju..
nk suruh bapak aku beli nih!!
test drive dlu klau best bru bli
nak booking inspira nih..nak trade in civic 2.0 2004..diorg nak amik 50k jer…hancur harapan…
aku mmg mnt gler la kete ni mmg rsa nk bli laa…..syabas proton….bek ambk kete ni drpd persona y enjin ntah pape…..
syabas proton….cayalah
gua suka bloq GT sbb rmai yg sokong proton, x mcm bloq yg lain2,kira nk hamtam ja…
klau bukan kita yg nk sapot barang kebangsaan,sapa lagi…
perghhh!!!kuar kilang nanti trus tuka rims!!!boring la standard rim…x masyukk!!!mcm bleh hentam 19 inci kot….hahaha…
mcm blakang keta nie masih saga skrang nie kot…mungkin x lari jauh dri saga….i rsa la…hahahaha
@jelapangPadi
gua sokong kenyataan lu.. blog lain, kebanyakan orang yang bagi komen menghentam membuta tuli, dan spesis yang tak baca berita..
yeah! hidup proton..
jgn lupa kereta buatan rawang
2.0 GT gan paddle shift…fuh! tak dpt gua bayangkan…mesti masyuk….mcm ferrari tuu..mana nak dpt keta bwh 100k pakai paddle shif….tapi basikal gua ada paddle bro….
Mak oiii banyak gilew ni komen gua nak jawab mana 1 ni.
Takpe demi berlaku adil gua tak yah jawab semua.
Terima kasih.
cantik arr wat dua ketegori
1.8 manual n auto
2.0 sales speed (sape x prnah bwk sales speed kene g kursus kot, nak bg paham guna sales speed)
sapa nak beli alza gua ni…
adoi… dia kutuk myvi. dia kutuk myvi.
huhu…terbaek…..bl lah najib nak bg nek gaji nei…ari2 dah mimpi inspira….
haha…dan2 je sume sokong baii..klu tidak sume mengutuk proton..lg2 owner myvi (sepat bkn nme sebenar)..
ok la inspira nie…bgus mantap tp proton jgn sekadar bg enjin Mitsubishi, paddle shift la bagai…power window level waja lg..
pe pn tahniah proton…
kpd yg nak beli CVT
sile perhatikan/amik tau psl CVT oil (minyak gear dia)
sbb ade kebarangkaliaan warranty Mitsubishi utk CVT (gearbox) void klo pkai minyak stended Proton
ape kate pkai dlu minyak stended Mitsu
then bile line clear bru pkai Proton
just for info…
pecah kepale nk buat
last2 kasi name inspira
adoiii
skema gileeee
persona R kang letak name ape
Proton Visi
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
saga…persona…waja…wira…iswara…exora…alza…inspira… tu semua nama2 malaysia bai…memang x bleh nak lari jauh…Gen 2 ja ala2 knight rider skit…nasib inspira…kalo proton mempelam…x bli gua bai…Muahahaha
nampak hub mcm 5 lubang..rim lancer 2nd byk kat kodai aku tgk..menarik2
nak pakai… tp x mampu la..
Wow. Banyaknyeee komen. Lagu meniaga gua.
apasal gua ketinggalan ni….
INSPIRA – inspirasi daripada WIRA.. 🙂
gua nak tengok bape ramai yg kombet jadik evo x
hahahaha..
haaa camnile bru proton…xmerepek neo la gen 2 la,macam profile shift lahh….sng2 amik mivec…aku pon rase nok beli………
long live proton!!!!
bleh convert ke evo 10 tpi jgn nak ngada2 nak jungkit,buruk bebenor…
info dari yuri…ada betol…papehal try check dulu.arigato yuri..
yeah! formula lme.. lu org pnah bca tk kat stu mjlah pemotoran trknal mngatakan isu convet mengonvet ni menyinggung pemilik keta sebenar.. sbg contoh, pemilik evo 3 real punye msti la bengang kan klu paking sbela wira perang evo 3… so inspira ni rsenye sme je la ngan kes tesebut.. so ape pndapat korg? gua pki ferari je… spe nak mrh… wahahahaha!!!!
gua dah test kete lancer polis..x best maner pon..samer je klu lu org naik INSPIRA ni(2.0 laaa)….klu x caya lu ikot cakap baii test dulu baru tau
lu naik helang lebuhraya ke peronda lebuhraya? boleh ko citer x nek keta polis nih camne?