Alat Ganti Terpakai Diharamkan, Apa Nasib Pada Jun 2011?

Halfcut.02

Datang bulan Jun akan datang selain dari ulang tahun GT yang kedua ialah pengharaman import alat ganti dan komponen kenderaan terpakai. Peraturan ini dibuat oleh kerajaan semasa semakan Dasar Automotif Nasional pada tahun 2009 kerana faktor keselamatan dan alam sekitar.

Bak kata Matpon, sekarang macam mana kira? Untuk informasi pembuat dan yang melulus dasar kerajaan, apabila pengguna menggantikan alat ganti rosak dengan yang terpakai maknanya telah berlaku proses kitar semula di situ. Kitar semula adalah kerja yang mulia, kita kurangkan pembaziran, guna mana yang ada. Senang cerita, formulanya seperti di bawah:

Alat ganti terpakai = Murah dan kitar semula, tidak perlu korek bumi cari bijih timah, besi, petroleum dan lain-lain.

Alat ganti baharu = Mahal, perlu banyak proses produksi, korek muka bumi cari bijih timah, besi, petroleum dan lain-lain.

Sekarang, jelas yang mana lebih mesra alam.

Selain dari itu, dakwaan yang lain ialah sebab keselamatan.

Alat ganti terpakai = Kemungkinan tidak selamat kerana barang terpakai, memang logik ringkas.

Alat ganti baharu = Logiknya lebih selamat kerana baru diproduksi tetapi masih tidak terjamin kerana tiada standard yang menjamin keselamatan alat ganti setakat ini. Lebih dirisaukan jika alat ganti terpakai diharamkan lebih banyak barang sub-standard berlegar dipasaran. Sudah tentu tidak selamat.

Halfcut.01

Ada pro dan kontra dalam dasar baharu ini, kerajaan perlu pastikan dalam apa dasar pun yang dibuat tidak membebankan rakyat. Apabila Perdana Menteri melaung-laungkan slogan rakyat didahulukan maknanya keuntungan kapitalis-kapitalis ditolak ke tepi, rakyat diutamakan. Jika hendak dibuat juga, bentangkan kajian-kajian dan dapatan-dapatan akademik supaya senang hendak dibuat penerangan kepada rakyat.

Halfcut.03

Walau bagaimanapun secara jujurnya saya tidak merasa risau dalam hal ini kerana industri alat ganti terpakai melibatkan sebahagian besar peniaga Cina. Dalam keadaan sokongan pengundi Cina semakin berkurangan sudah pasti kerajaan tidak mahu kehilangan undi mereka.

Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek [CSL] mendakwa industri ini bernilai RM10 bilion dengan 5,000 peniaga dan 100,000 pekerja. Bahkan, Malaysia menjadi hab import ke Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura dan Jepun. Tambah beliau aspek keselamatan untuk sebahagian besar alat ganti sukar untuk dinilai kecuali item utama seperti kotak gear dan pencengkam brek.

Ini menteri yang kata, bukan penulis GT yang kata. Untuk info sekutu, CSL telah pun membawa hal ini ke peringkat tinggi negara dan pastinya ini adalah isu penting dalam komuniti perniagaan Cina. Jika Barisan Nasional menganggap pengundi Cina penting lah.

-Mak/d Uia-

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajisemulahentiimportalatterpakai/Article

Muhammad

58 Comments

  1. BODOH PUNYA GOMEN!…ambik kau…dah smpi masanya untuk kita ‘UBAH’…

  2. tenang2 je…bro.korang jgn halang itu kerajaan punya haq, dia tau la …nk buat utk rakyat undi je Usof wheel char.!jgn duk byk bunyi…hg pa jgn risau lps ni kita rembat keta goment kita potong buat hf.cut…la.,depa dpt keta pun free.tol x kena, minyak orng tangung..duit makan orng bg..bali spre part pun utang..kenyang la oooi…

  3. wow,,,pasni x yah susah2 nak cari kedai mkan da,,,bile gomen da stat haram brang halfcut compom sume kedai2 kete potong jd kedai makan pasni,,yg pakai barang import kite ramai2 g umah najib mintak duit belanje nak beli kereta nasional kebanggaan kite sume..

  4. saya merayu kepada PM Dato Sri Najib,jangan lepas pandang kepada rakyat yg lapisan sederhana dan pendapat rendah,yg mampu memiliki beli kenderaan terpakai,kenderaan seperti kereta, adalah sekarang ini suatu keperluan utama masa kini, bukan lagi suatu lambang kemewahan kepada gulungan seperti kami.terutama sekali alat-alat ganti kenderaan terpakai, apabila kami menghadapi bermasaalah kenderaan kami belaku kerosakan,alat ganti terpakai lah pilihan utama kami,bagi mengurangkan kos sara hidup kami, supaya kenderaan ini dapat di gerakan untuk kegunaan harian,mehantar anak-anak kesekolah,ketempat kerja,berniga kecik-kecilan .alat-alat ganti yg baru amat mahal harganya yang bukan-bukan.kadangkala alat ganti terpakai lebih baik dari yg baru dari segi kualitinya dan ketahananya,harganya berpatutan yg mampu di beli gulungan seperti kami,terutama sekali pertani, perkebun kecil,dan nelayan yg mana pendapatanya tidak tetap. YB Dato Sri Najib gulungan ini akan terlibat sama telalu ramai.kami meyokong MOTO yg di perkatakan, Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan.

  5. msia skrg ni bigmomma yg kontrol….bkn bijan…….
    hapuskan halfcut sbb nk kurangkan cukai beg tgn,coli,suar dlm…
    pastu bile ada lawatan kerja kat luar negara shopping…kalah permaisuri agong….lambat laun jadik mcm mesir ngan libya jgk msia ni….

  6. alat2 ganti terbaru dari vendor2 yg dilantik kualiti mcm hampas…
    alat2 ganti halfcut,kualiti giler babas+murah….

  7. untuk pengetahuan semua, alat ganti baru yang ada kat pasaran, kebanyakannya kualiti amat TERUK berbanding dengan alat ganti tulen terpakai. Kenapa teruk? sbb bahan yang digunakan tidak memenuhi piawaian. pakai sekejap, pastu rosak. Cubalah berfikir sikit. mana ada tauke kedai jual alat ganti terpakai yang rosak kepada pelanggan. kalau tauke kedai buat jugak, alamatnye gulung tikar la. Saya memang tak setuju kerajaan mengharamkan import alat ganti terpakai. Tolong la sedar. Bagi golongan yang sederhana dan yang miskin, mana ada duit nak beli kereta baru. mungkin bayaran ansuran dlm RM400-RMM700 mampu la bagi golongan yang berpendatan sederhana. Tapi kos penyelenggaran mcm mana? dah la kena servis dgn authorised dealer. mahal plak tu. PIKIR lah wahai golongan atasan. Sekali sekala cuba fahami dan cuba selami hidup kami.

  8. kadang2 tukar kat ejen dalam resit jenama lain. bila tgok barang yang di tukar jenama lain. mau tipu eaaa…. baik pakai yang terpakai, ori xada tipu2 kita sendiri gi cari.

Kata Anda//