Aug 08

500CbyDiesel: Fiat 500 Lagi!

Fiat 500 ByDiesel.001

Nampaknya entri mengenai Fiat 500 berterusan lagi. Selepas edisi BlackJack dan Tributo Ferrari, jenama nasional Itali ini memperkenalkan lagi satu model edisi istimewa iaitu 500CbyDiesel.

Model dengan atap boleh tukar [convertible] ini dihasilkan dengan kerjasama Centro Stile Fiat dan jenama pakaian, DIESEL. Warna badan kereta ini ialah Midnight Indigo Blue, lebih kurang macam warna seluar jeans. Selain dari warna macam jeans kereta ini ditawarkan dengan 3 varians enjin iaitu 1.2 liter, 1.4 liter dan 1.3 liter MultiJet diesel. Pembeli juga boleh memilih atap lembut [soft top] dengan warna hitam, putih gading dan merah.

Ciri-ciri lain model ini adalah seperti berikut:

  • Rim 16 inci dengan logo DIESEL
  • Angkup brek warna kuning (opsyen untuk 1.4 sahaja)
  • Specific burnished-metal-finish front and rear bumper inserts
  • Specific burnished-metal-finish side rubbing strips
  • Specific burnished-metal-finish door handles and mirrors
  • Unique side pillar moulding embossed with the word DIESEL
  • Unique rear moulding with the DIESEL logo
  • Special DIESEL branded upholstery in denim fabric and yellow stitching
  • Stereng balutan kulit dengan sulaman kuning
  • DIESEL logo on the gear lever knob

500CbyDiesel juga dipasangkan dengan kawalan iklim auto, dan sensor undur sebagai ciri standard kilang. Harga model 1.2 ialah GBP 14,865, 1.4 GBP 16,265 dan 1.3 MultiJet Diesel pula ialah GBP 17,265.

Untuk pengetahuan sekutu, ada sebab mengapa saya paparkan jenama Fiat berkali-kali. Kata kuncinya ialah enjin diesel [yang saya tebalkan] dan rakan kongsi dari Eropah.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on August 8, 2010 at 8:52 am
    • Reply

    proton pon boleh nih.. wat kerjasama dengan selipas asadi….
    maka kuarlah Proton Saga By Asadi..

    x pon perodua Myvi By Ariani… hehehe

    • azwan nbs on August 8, 2010 at 9:01 am
    • Reply

    macam mini cooper….

    • jelapangPadi on August 8, 2010 at 9:07 am
    • Reply

    geng2 pink lady suka la keta mcm nie…

    • megat putra kuning on August 8, 2010 at 1:37 pm
    • Reply

    Diesel kat msia thp kotor lg..isuzu dmax latest pun xmasuk msia.kat thailand dh mcm2..

    • on August 8, 2010 at 2:43 pm
    • Reply

    tau x pe azwan nbs…
    =)

  1. enjin kecik pun dorg leh buat pkai diesel…proton & perodua tanak follow ke?

    • megat putra kuning on August 8, 2010 at 6:10 pm
    • Reply

    Disel masih d takuk xsht

    • kete_hitam on August 9, 2010 at 11:13 am
    • Reply

    apsal lak enjin diesel..?????
    DIESEL nih jenama pakaian le…..

    • megat putra kuning on August 9, 2010 at 12:47 pm
    • Reply

    Pandai…10markah utk anda…

    • kete_hitam on August 9, 2010 at 12:51 pm
    • Reply

    bukan takat theme DIESEL… ceh enjin dia pon ada ver. diesel.
    baru perasan…

  2. haa…tu laa baca betoi2>matpon dah nk bunuh diri dh..penat2 diaorg taip entri ni…mat kacau?dh kene penyepak dah..

    • belalang_kontot on August 13, 2010 at 3:01 pm
    • Reply

    mak uia, gua rase ape yg lu nak sampaikan adalah proton akan wat usahama ngan sykt pengeluar kete eropah dan akan hasilkan engine diesel..silap2 exora diesel kua nanti…yg pntg bukan vw kan mak?

Leave a Reply

Your email address will not be published.